Posts

Showing posts from July, 2015

Katakan tidak pada BULI : 8 cara menjaga anak dari BULI

BULI Sinonim dengan penderaan.. mari kita katakan tidak kepada buli dengan cara mendidik anak - anak kita cara pencegahannya... 1. Bina keyakinan dan jati diri anak anda. 2. Galakkan anak anda untuk berkawan 3. Kekalkan hubungan rapat dengan anak. 4. Pantau perubahan sikap anak anda 5. Bina hubungan rapat dengan cikgu anak anda 6. Ajar anak cara menangani buli dan cara mengelaknya 7. Ajar anak anda untuk menghalang pembuli membuli orang lain. 8. Akhirnya, ajar anak anda supaya tidak menjadi pembuli. Sumber : asianparenting.com

"MAAF Kosong - Kosong"

Bermaafan, fahami istilah 'kosong-kosong' - Mufti SYAMSIAH SAHAT | 15 Julai 2015. KUALA LUMPUR:  "Minta maaf, kita kosong kosong ya." Ayat ini biasa kita dengar atau luahkan apabila bermaaf-maafan pada hari lebaran.    Namun dengan hanya meluahkan ayat ini adakah kita mendalami makna 'kosong-kosong' itu?    Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, istilah 'kosong-kosong' mungkin merupakan istilah santai orang zaman sekarang, namun istilah berkenaaan harus diterjemah dengan hati yang ikhlas melambangkan betapa kita telah memaafkan segala kesalahan seseorang tanpa meninggalkan sedikit parut pun dalam hati kita.    "Di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat ada disebut mengenai maaf iaitu disebut 'faafu wasfahu', makna "faafu" - 'hendaklah kamu maafkan' manakala 'wasfahu' - 'buka lembaran baharu umpama sehelai muka surat kosong'.    "Ini bermakna bila kamu bermaafan deng