Posts

Showing posts from August, 2019

PETUNJUK ISLAM DI DALAM KITAB HINDU

NABI MUHAMMAD ADALAH MANUSIA YG DITUNGGU OLEH PENGANUT AGAMA HINDU   New Delhi, India. Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul   *KALKY AUTAR*  (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu. Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, karena menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual. ** Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahwa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-cir

Dosa besar ke 34 : Khianat.

Sebahagian daripada sifat nifak itu adalah khianat. Apabila disebut pengkhianat, bangsa kita akan terbuka mata. Dan pengkhianat itu akan dipandang serong sepanjang hayatnya.   Pengkhianat ini terkandung di dalam banyak istilah. Pengkhianat bangsa. Pengkhianat negara. Pengkhianat agama. Yang paling cela, adalah pengkhianat agama. Iaitu khianat kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT   Al-Anfal ayat 27 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا أَمٰنٰتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.    Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT supaya jangan menjadi pengkhianat. Terutama kepada Allah dan Rasul-Nya. Selain itu, ayat ini juga memberi ingatan supaya jangan kita mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita. Apabila

Dosa besar ke 33 : Riyak yang termasuk di dalam Nifak.

Riyak merupakan salah satu sifat di dalam syirik khafi. Iaitu syirik yang tersembunyi. Sifat ini juga termasuk di dalm ciri nifak, iaitu ciri - ciri orang yang munafik. Dalam erti kata mudahnya. Baik di hadapan, buruk di dalam. Sifat ini menjadi penghapus semua pahala amalan kebajikan. Yang apabila dibentang di hadapan Allah, kebajikan yang telah dilakukan tiada dalam catatan amal baik kerana dihapus oleh sifat riyak Lawan pada sifat ini adalah ikhlas, Sifat ikhlas sangat sukar dibentuk. Ia memerlukan jihad yang sangat besar untuk menundukkan sifat riyak   Sifat riyak digambarkan oleh Allah melalui firmanNya    An-Nisa' ayat 142 إِنَّ الْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا إِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوا كُسَالٰى يُرَآءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka

Dosa besar ke 32 : Orang Yang Selalu Memungut Cukai.

 Cukai yang dimaksudkan adalah cukai yang tidak mengikut hukum syarak. Apabila pemerintah mengenakan pelbagai cukai dalam keadaan negara kaya raya, dan boleh menampung perbelanjaan negara. Cukai yang dibenarkan ialah cukai dalam keadaan sebaliknya. Iaitu ketika negara mengalami kekurangan wang untuk perbelanjaan negara. Nilai cukai adalah bergantung kepada keadaan semasa. Dan cukai tiada nilai tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa. Cukai merupakan hasil kerajaan yang memerintah. Ia biasanya dikenakan kepada rakyat yang bukan Islam. Bagi orang Islam, hasil negara dikutip daripada zakat yang ditetapkan. Zakat harta, pendapatan, emas, perak, simpanan, ternakan dan sebagainya. Terdapat juga cukai yang dikutip daripada negara luar yang dikenali sebagai ufti  Namun, dikala negara kaya, cukai tertentu sepatutnya dihentikan kerana pendapatan negara mencukupi. Hanya mengambil cukai yang utama sahaja sebagai pendapatan. Orang yang mengenaka

BACAAN KETIKA MEMANDANG KE LANGIT

BACAAN KETIKA MEMANDANG KE LANGIT Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata: بِتُّ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فَلَمَّا كَانَ ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ أَوْ بَعْضُهُ قَعَدَ فَنَظَرَ إِلَى السَّمَاءِ فَقَرَأَ إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ "Aku telah bermalam di rumah Maimunah radhiallahu anha, padahal Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ada bersamanya. Tatkala sepertiga akhir malam atau sebahagiannya, Baginda telah duduk dan memerhati ke langit lalu dia membaca: إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (Surah Ali Imran: 190) "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."(Riwayat al-Bukhari). Koleksi Doa Nabaw

Dosa besar ke 31 : Tidak memastikan kebersihan ketika Kencing dan ia adalah sifat orang Nasrani.

Kebersihan merupakan perkara paling penting di dalam kehidupan seorang Muslim. Kerana, kebersihan merupakan sebahagian daripada Iman. Bermakna, tidak sempurna iman seseorang yang bersolat, bersedekah, berbuat kebajikan tetapi tidak menjaga kebersihan. Dalam syarat sah sembahyang, pakaian, tempat dan badan perlu bersih daripada najis. Perkara ini dipastikan sebelum melaksanakan sembahyang. Agar sembahyang kita diterima Allah SWT. Secara fitrahnya, manusia itu sangat suka kepada kebersihan,benci kepada kekotoran. Allah SWT itu suka kepada kebersihan. Maka, apabila seorang Muslim itu kotor dan tidak menjaga kebersihan, ia telah melanggar perintah Allah. Justeru, dia telah melakukan dosa yang besar kerana Ingkar. Allah memerintahkan kita menjaga kebersihan melalui firmanNya.. Al-Muddassir ayat 4 وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ "dan pakaianmu bersihkanlah" Perkataan فطهر pada kalimah kedua dimulakan dengan huruf fa (ف). Huruf ini ada

Dosa Besar ke 30 : Makan Bangkai, Darah dan Babi.

Allah SWT telah menjadikan bumi ini sebagai tempat untuk manusia menjalankan ibadah. Tempat Allah menguji keimanan manusia. Tempat manusia membuktikan sifat khalifah yang Allah berikan kepada manusia. Sebagai jalan menerima balasan di akhirat nanti. Sama ada balasan baik (syurga) atau buruk (neraka). Ianya bergantung kepada kesungguhan hati mentaati Allah SWT serta Rasulullah SAW. Selain itu, Allah menjadikan bumi ini penuh dengan khazanah termasuk makanan. Allah telah memberi izin kepada manusia untuk makan apa sahaja dimuka bumi ini, melainkan yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Mengapa ada halal dan haram?  Mengapa tidak dicipta semuanya halal? Di sinilah peranan ujian daripada Allah kepada hambaNya. Ujian ketaatan. Faktor kejayaan dalam ujian ini adalah bergantung kepada ketaqwaan hamba kepada Allah SWT.  Semakin manusia itu bertaqwa, semakin dia jauh dari perkara yang haram. Firman Allah SWT di dalam perkara yang haram di makan.

Dosa besar ke 29 : Lelaki Yang Mengahwini Perempuan Yang Ditalak Tiga Dengan Niat Menceraikannya Agar Menjadi Halal Kembali Kepada Bekas Suaminya.

Dalam hukum Munakahat (Perkahwinan), terdapat keadaan hukum talak. Talak terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Talak Raj'ie 2. Talak Bain. Talak Raj'ie adalah talak 1 dan talak 2. Dimana, seorang suami boleh merujuk kembali isteri yang ditalak selepas disetubuhinya. Dengan syarat proses rujuk berlaku sebelum habis tempoh Iddah.  Manakala talak Bain ialah Talak yang tidak boleh dirujuk semula. Yang memerlukan pernikahan semula jika ingin bersama semula. Walaubagaimanapun, bagi wanita yang telah ditalak dengan talak 3, bekas suaminya tidak boleh merujuk kembali dalam tempoh iddah. Dan tidak boleh menikahi semula bekas isterinya, walaupun selepas habis tempoh iddah. Kerana pernikahan itu menjadi haram bagi suami terhadap wanita yang dia telah talak dengan talak 3. Untuk menjadikan pernikahan itu halal semula bagi lelaki kepada bekas isteri yang telah ditalak 3, Seorang wanita perlu yang ditalak 3 itu perlu berkahwin dengan lelaki lain dengan rela hati,

Dosa besar ke 28 : Perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Dunia pada hari ini penuh dengan kecelaruan. Baik dari sudut akhlak, akidah, akal, nafsu juga jantina. Terdapat sebilangan manusia, yang tidak mahu menerima asal kejadiannya. Yang menunjukkan bahawa asal kejadian itu dari takdir Allah SWT. Mereka melawan takdir ini bagi menunjukkan sifat dan sikap memberontak mereka terhadap Pencipta mereka. Mereka tidak sedar, bahawa mereka melawan kuasa Allah SWT sekaligus menjadi manusia yang kufur bahkan ada yang menjadi kafir. Pada fikiran waras manusia, barang ciptaan manusia dicipta kerana ada fungsinya yang tersendiri. Sebagai contoh, Pisau dicipta untuk memotong, maka, jadilah ia sebagai pemotong. Pisau tidak boleh melawan fungsi itu untuk menjadi baju, pintu, atau kenderaan. Ciptaan manusia yang tidak sempurna ada fungsi tersendiri, apa lagi ciptaan Allah SWT yang maha bijaksana lagi sempurna. Perempuan diciptakan Allah SWT dengan fungsinya yang tersendiri, menjadi hiasan dunia, melahirkan anak, menjadi

Derhaka suami yang menuruti Isteri?

Assalamualaikum Ustaz. Mohon pencerahan diperhalusi atas persoalan ini. Suami merupakan ketua, imam, pemimpin keluarga. Bagaimanakah jika suami yg terlalu mengikut kata isteri hingga hilang ketokohannya sebagai ketua keluarga. Mengabaikan ibu Dan ayahnya sendiri dengan melebihkan keluarga mentua hingga terluka hati ibunya dan ayahnya sendiri. Sedangkan surganya dan redhanya sorang lelaki itu adakah ibu kandungnya. Jawapan : An-Nisa' ayat 34 الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوٰلِهِمْ ۚ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَالّٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),

Dosa besar ke 26 : Hakim yang Jahat

Dalam sesebuah negara, akan dibentuk undang - undang bagi menjaga keamanan negara. Undang - undang ini boleh jadi menurut ajaran Islam (Al - Quran) mahupun ciptaan manusia. Bagi menjalankan undang - undang, ia memerlukan penguatkuasaan seperti polis, kementerian, peguam dan lain-lain.. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan ini hanya boleh menangkap atau menahan dan tidak boleh menjatuhkan hukum. Yang boleh dan berkuasa menjatuhkan hukuman adalah hakim. Sebelum menjatuhkan hukuman, ia perlu kepada proses perbicaraan. Dan hakim, akan mendengar, menilai dan membuat keputusan berdasarkan hujah pendakwaan serta pembelaan. Maka, seharusnya hakim itu terdiri dari seorang yang berkebolehan. Namun, jika dia merupakan hakim yang jahat, maka dia tidak akan menjalankan perbicaraan secara adil. Bagi hakim yang muslim, menjadi kewajipannya untuk taat kepada perintah Allah dan Rasul. Takut kepada ancaman azab Allah jika tidak berlaku adil. Kerana iman, maka