Posts

Showing posts from April, 2018

Pendekatan Populisme

بسم الله الرحمن الرحيم . Populisme merupakan salah satu kaedah ahli politik untuk meraih sokongan pengundi. Populisme adalah cara meraih sokongan dengan memainkan isu semasa yang ditakuti oleh masyarakat setempat. Populisme pernah digunakan oleh Donald Trump dalam kempen politiknya sebelum menjadi Presiden AS. Sebagai contoh isu imigran muslim dan terrorisme diperhebat dalam kempen Donald Trump yang akhirnya meraih 53% undi sokongan dikalangan rakyat AS. Di Eropah, Brexit telah menggunakan kaedah populisme yang hampir sama iaitu imigran muslim ke Eropah. Hasilnya, rakyat UK telah mengundi untuk keluar dari EU. Tidak dinafikan, populisme merupakan jalan pintas ahli politik untuk meraih undi daripada rakyat sebelum pilihanraya. Namun, ia merupakan jalan negatif dalam sistem demokrasi kerana kaedah populisme meletakkan sesuatu perkara tanpa bukti dan fakta jelas yang boleh dinilai oleh rakyat. Justeru, rakyat akan cenderung memilih berdasarkan perasaan mereka ketika itu dan memilih