Posts

Showing posts from January, 2024

Pengamalan Tahlil di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله اللهم صل على محمد وبعد ✏️ Pengamalan Tahlil di Malaysia. 1. Mengapa ada yang menentang? Kerana perbezaan pegangan dan kefahaman terhadap tahlil.  Kebanyakkan yang berselisih kerana mereka mengambil tafsiran hadis secara terus atau menggunakan manhaj pemikiran ahlul hadis. Manakala yang mengamalkan pula berpegang kepada kaedah dan manhaj mazhab utama di sesebuah negara. 2. Apa yang berbeza? Manhaj Ahlul Hadis tidak mempunyai kaedah fiqh. Mereka tidak menggunakan usul fiqh dan tidak menggunakan qawaid fiqh dalam menentukan hukum. Lalu mereka berpegang kepada status hadis sama ada sahih, hasan, daif dan maudu'. Sekiranya suatu amalan tiada dalam hadis. Maka mereka menganggap ia adalah perbuatan yang mungkar. Bagi manhaj mazhab pula, terdapat kaedah yang memberi ruang untuk para fuqaha mengeluarkan hukum. Oleh itu, jika terdapat perkara yang tiada di dalam sumber hukum asal seperti al-Quran dan Hadis, maka, fuqaha menyelesaikan sesuatu masalah hukum den

Ulama dan Maksum : Sebuah Definisi

Ulama dan Maksum : Sebuah Definisi. Ulama dari sudut bahasa bermaksud berpengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua ulama bermaksud orang yang berpengetahuan dalam agama Islam.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ulama bermaksud orang yang ahli dan pakar dalam pengetahuan agama Islam. Berdasarkan Mu’jam Maani, Ulama berasal dari kalimah عَالِمَ dengan kata jamak yang berubah menjadi عَالِمُوْنَ  dan عُلَمَاءُ , ia adalah kata nama pelaku yang menunjukkan sifat kepada individu atau sekumpulan orang dengan suatu ilmu dan pengetahuan yang banyak dan dikhususkan dalam sesuatu ilmu tertentu.  Juga bagi menggambarkan orang yang mempunyai pengetahuan dalam semua urusan agama dan sains (kehidupan). Dengan makna lain, mereka adalah arif dan pakar dengan kedua-dua ilmu tersebut. .... Maksum berdasarkan Kamus Dewan Edisi Kedua adalah terlepas dari sesuatu yang buruk.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela dan tidak berdosa. Maks

Siapa Nasrani dan Yahudi?

  Siapa Nasrani Nasrani adalah keturunan Bani 1sra3l dari kerajaan Yahudi. Hakikatnya mereka adalah Yahudi Bani Israel. Mengapa tidak disebut sahaja Bani Israel atau Yahudi? Hal ini kerana Nabi Isa AS telah diutuskan oleh Allah SWT kepada Bani !sra3l untuk membetulkan kefahaman terhadap agama Islam yang telah diseleweng oleh bangsa Yahudi. Ajaran Islam melalui Nabi Musa AS dan berpandukan kitab Taurat diubah dan ditukar maknanya, isi kandungannya dan tafsirannya mengikut kehendak nafsu semata-mata. Taurat pernah diperbetulkan oleh Allah SWT melalui mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Uzair AS. Namun, mereka menganggap Nabi Uzair sebagai anak Allah kesan dari kelebihan ini. Kemudian diselewengkan semula selepas kewafatan Nabi Uzair. Allah menyelamatkan Taurat lagi dengan perutusan Nabi Yahya AS yang diajarkan kitab Taurat melalui perantaraan Jibril. Namun, Nabi Yahya AS dibunuh kerana menegur kemungkaran pemerintah berdasarkan undang-undang Taurat yang sebenar. Ol