Posts

Showing posts from January, 2020

Apa itu Nur Muhammad : Suatu kefahaman asas

 Boleh jelaskan mengenai nur muhammad?  بسم الله  الرحمن الرحيم Penulis tidaklah sampai ke tahap Tuan Guru. Jauh sekali Ulama. Penulis merupakan pelajar yang masih dahagakan ilmu.  Jadi penulis beritahu apa yang penulis faham sahaja.  Berdasarkan apa yang telah dipelajari dari para guru Hafizahullah.  Jika ada yang lebih alim, elok rujuk pada mereka. Nur Muhammad ni kefahamannya terbahagi kepada beberapa perkara.  1. Nur Muhammad itu adalah Rasulullah SAW. 2. Nur Muhammad itu adalah cahaya Rasulullah SAW. 3. Nur Muhammad itu adalah cahaya Allah SWT. Konsep ini perlu berhati - hati dalam memahaminya. Sebab kalau tersalah faham. Boleh tersalah aqidah. Keterangan 1 Nur Muhammad itu adalah Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah SAW itu hadir bawa cahaya Islam kepada seluruh umat manusia. Ia adalah Rahmat Al-'Alamin Keterangan 2. Nur Muhammad itu cahaya Rasulullah SAW kerana sebelum kelahiran Rasulullah SAW, cahaya itu turun dari sulbi datuk nenek moyang Rasulullah SAW. Pernah diriwayatkan b

Perjalanan Penulisan Tafsir Said Qutb - Fi Zilal Al-Quran

PERJALANAN PANJANG FI ZILAL AL-QURAN - SAID QUTB SEBELUM SAMPAI KE TANGAN UMAT. Said Qutb merupakan tokoh gerakan Islam yang cukup masyhur & namanya tidak lekang dari kontroversi. Kitab besarnya yang berjudul 'Fi Zilal al-Quran' atau jika diterjemahkan bermaksud 'Di Bawah Naungan al-Quran', turut menjadi sasaran kritikan.  Bagi pendukung-pendukung gerakan Islam, karya Said Qutb seakan menjadi antara senarai buku yang mesti ada dalam perpustakaan peribadi di rumah masing-masing. Sudah pasti, Said Qutb adalah tokoh yang menginspirasikan ramai orang. ⚫ Syeikh Solah, Pengkaji Tegar Manhaj Said Qutb. Sarjana ilmu tafsir Jordan yang terkenal, Syeikh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi memperuntukkan usianya untuk mengkaji manhaj tafsir Said Qutb. Kajian PhD beliau bertajuk 'Fi Zilal al-Quran: Dirasah wa Taqwim' disempurnakan pada tahun 1984. Kajian tersebut akhirnya dicetak menjadi 3 jilid kitab tebal yang bertajuk 'Madkhal - Fi al-Mizan - al-Manhaj al-Haraki Fi

BERMULA DENGAN IQRA

BERMULA DENGAN IQRA   Umurnya ketika itu 40 tahun. Gua Hira’ yang menjadi tempat pertapaan nenek-moyangnya   turun-temurun menjadi lokasi pilihan. Dipanjatnya Jabal Nour yang setinggi 300 meter itu, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu. Muka gua Hira’ betul-betul menghadap ke pusat kota Makkah, kota yang membuat jiwanya resah lalu membuat pilihan untuk berkhulwah (bersendirian) di sana. Beliau adalah Muhammad bin Abdullah, Selawat dan Salam ke atas Baginda.  Kerosakan kaum Baginda bukan alang kepalang. Sedangkan bekas tinggalan Nabi Ibrahim   AS, bapa sekalian Nabi dan Ismail AS, masih di hadapan mata mereka. Mereka masih bertawaf mengelilingi Ka’bah, masih lagi berulang-alik melakukan Sa’i antara Safa dan Marwa, masih berdoa dan merayu kepada Allah SWT. Malangnya orientasi jiwa mereka tidak lagi mentauhidkan Allah SWT yang satu. Habis rosak Syariat mereka campuri dengan keberhalaan yang menjadi rutin harian mereka, sejak Amru bin Luhai Al-Khuza’i membawa pulang berhala Hubal masuk

Doa Orang Yang Bersyukur

An-Naml ayat 19 فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلٰى وٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صٰلِحًا تَرْضٰىهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصّٰلِحِينَ maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".