Posts

Showing posts from November, 2019

Doa apabila dipuji

‎اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangka, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka.

HADITH : PERBANYAKKANLAH DOA KETIKA MUSAFIR

• Sebelum Musafir Berdoa Dahulu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: Daripada Saidina Abu Hurairah bahawa Nabi ﷺ bersabda:  ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْوَالِدِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ "Tiga doa yang akan dimustajabkan, dan tidak diragukan padanya, iaitu: Doa ibubapa, Doa orang yang bermusafir, dan Doa orang yang di zalimi." HR. Abu Daud (1536) dalam Sunannya. Hadis ini hasan lighairih. Keterangan Hadis : Permusafiran merupakan sebahagian daripada lumrah kehidupan seorang yang bergelar manusia. Permusafiran adalah perpindahan daripada satu tempat menuju ke tempat yang lain bagi tujuan tertentu. Untuk itu, agama Islam tidak pernah sesekali membiarkan umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ada panduan atau garis panduan yang perlu dilakukan oleh seseorang itu apabila ingin melakukan sesuatu perkara seperti permusafiran. Terdapat doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ kepada kita

Dosa besar ke 74 : Mencabul Kehormatan Tanah Haram.

Bagi umat Islam seluruh dunia, terdapat 2 Tanah Haram yang menjadi tempat mulia bagi kita. 1. Tanah Haram Mekah 2. Tanah Haram Madinah. Tanah Haram ini adalah tempat yang harus dihormati serta dimuliakan. Kerana Allah SWT telah menjadikan tanah haram ini sebagai tempat ibadah bagi Umat Islam. Di tanah haram ini, setiap perbuatan baik buruk akan menerima balasan berganda. Tidak sama dengan keadaan di tempat lain. Tanah Haram Mekah dibangunkan oleh Bapa segala Rasul, iaitu Ibrahim Kalimullah AS. Dijanjikan dengan kemakmuran dan ketenangan berpanjangan. Tanah Haram Madinah pula dibangunkan oleh Penghulu segala Rasul iaitu Rasulullah Muhammad SAW. Dijanjikan sebagai tanah yang penuh keberkatan dan penawar.  Oleh itu, seharusnya kita menjaga dan menghormatinya Mencabul kehormatan tanah ini, Allah menjanjikan azab yang sangat pedih Firman Allah SWT Al-Hajj ayat 25 إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ

Dosa besar ke 73 : Pertaruhan.

Pertaruhan adalah antara salah satu cara untuk mencabar. Pertaruhan ini merupakan satu perjudian yang akan menguntungkan sebelah pihak dan merugikan sebelah pihak yang lain.  Pertaruhan boleh melibatkan banyak perkara seperti : 1. Pertaruhan haiwan. 2. Pertaruhan perlawanan. 3. Pertaruhan kemampuan. Dan sebagainya. Pertaruhan merupakan perkara keji, yang Allah larang umat Islam untuk melakukannya Firman Allah SWT Al-Ma'idah ayat 90 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطٰنِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Judi dan mengundi nasib itu adalah pertaruhan Pertaruhan ini adalah kezaliman kerana ada Penganiayaan wujud di da

Dosa besar ke 72 : Orang Yang Menanda Binatang Pada Wajahnya.

Menjadi kebiasaan bagi penternak haiwan, akan menanda pada haiwan ternakannya. Ia merupakan salah satu jalan mengetahui umur haiwan tersebut atau tanda hak milik. Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kita pastinya ada sifat kasih sayang kepada semua makhluk. Maka, memelihara hubungan baik dengan makhluk itu, secara tidak langsung akan memelihara hubungan dengan Allah. Oleh itu, tidak wajar bagi orang Islam menanda haiwan pada wajahnya. Kerana wajah adalah lambang kemuliaan bagi sesuatu tidak kira manusia atau haiwan. Haram bagi kita untuk memcabul kemuliaan itu. Diriwayatkan daripada Jabir RA, Rasulullah SAW telah melintasi seekor keldai yang telah ditanda pada wajahnya, lalu baginda Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat orang yang menandanya (pada wajah)." Riwayat Muslim. Dalam sebuah riwayat lain pula, daripada Jabir RA, Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu tahu bahawa aku melaknat orang y

Dosa Besar Ke 71 : Menahan Lebihan Air

Air merupakan perkara paling asas dalam kehidupan.  peratus terbesar bahagian bumi adalah air Sebahagian besar isi kandungan manusia, haiwan, tumbuhan adalah air  Tanpa air, makhluk akan mati kekeringan Dalam feqah Islam, air yang asal iaitu air mentah tidak boleh dijual beli. Kerana ia merupakan hak Allah SWT untuk makhluknya.  Air tidak boleh dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah. Sekiranya dalam sebuah kawasan yang dimiliki oleh seseorang itu mempunyai sungai, telaga, tasik atau apa2 bentuk takungan air, pemiliknya hanya boleh menyimpan untuk keperluan untuk diri dan keluarga sahaja. Selebihnya, dia tidak boleh menahan, atau menyimpan sebagai haknya.  Malah, hukum menyimpan adalah haram dan melakukannya adalah dosa  Air perlu dikongsi dengan orang lain dan makhluk lain, kerana ia bukan hak mutlak seseorang Firman Allah SWT Al-Mulk ayat 30 قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَآءٍ مَّعِينٍۢ Katakan

Hati kecewa dan sedih?

Saya terima permintaan untuk bercerita tentang perasaan kecewa. Jiwa manusia ini dipegang oleh Allah. Bahagia, sedih, gembira mahupun kecewa. Ia adalah hak Allah. Dan Allah beri kerana ada sebabnya. Firman Allah SWT Al-Baqarah ayat 155 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Kerana Allah nak uji kesabaran kita, adakah kita berputus asa dengan Rahmat Allah? Atau kita kekal sabar kerana kita tahu ia datang dari Allah. Bila terasa sedih atau kecewa, ingatlah, bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Dan dia sentiasa memberi khabar gembira buat hambaNya  Hayati firman ini  Al-'Imran ayat 170 فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِا

Dosa besar ke 70 : Kufur Terhadap Nikmat Daripada Orang Yang Berbuat Baik.

 Menjadi orang yang bersyukur merupakan perintah Allah SWT. Kerana, sikap orang yang bersyukur akan mencukupkan hidupnya dengan apa jua nikmat yang dikurniakan.  Firman Allah SWT  Ibrahim ayat 7 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Jika kita bersyukur, maka Allah tambah nikmat,  Lawan bagi sifat syukur adalah kufur, maka, bagi orang yang kufur, azab Allah menanti, dan azab itu sangat pedih Berterima kasih kepada  orang yang membantu adalah perintah Allah. Terutama kepada ibu bapa. Kerana pada merekalah yang paling banyak kita terhutang budi Firman Allah SWT Luqman ayat 14 وَوَصَّيْنَا الْإِنْسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ

Dosa besar ke 69 : Hilang Harapan Dan Sangat Berputus Asa Daripada Rahmat Allah

Allah SWT merupakan Tuhan yang memiliki sifat Rahman dan Rahim yang luas. Sifat yang menjadikan kita sebagai manusia menerima nikmat Allah dalam keadaan taat kepada perintah Allah mahupun melanggar perintah Allah. Allah kekal memberi nikmatNya walaupun ada hambaNya yang Engkar kepada Nya. Maka, dengan sebab itu , kita sebagai hamba Allah, tidak ada sebab untuk berputus asa dengan Rahmat Allah. Diberi ujian demi ujian di dunia sebagai jalan untuk bersabar. Tanda mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar - benar iman. Sebagai orang yang beriman, kita seharusnya semakin dekat dengan Allah saat kita sakit, saat kita sedih, saat kita kecewa, saat kita jatuh tersungkur. Itulah saat kita sedar bahawa kita perlu lebih dekat dengan Allah. Sikap orang yang beriman, tidak akan berputus asa dengan Rahmat Allah, walau sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan, sebesar manapun ujian yang ditimpakan. Mukmin harus terus kekal dalam kepercayaan kepada Rahmat Allah.

Disiplin Ilmu : Dari Mula HIngga Akhir.

#NotaTerjemahanBroSyarief (060818) 090919 al-Imam al-Mawardi (w.450H) berpesan, ‎وَاعْلَمْ أَنَّ لِلْعُلُومِ أَوَائِلَ تُؤَدِّي إلَى أَوَاخِرِهَا، وَمَدَاخِلَ تُفْضِي إلَى حَقَائِقِهَا. Ketahuilah, bahawa ilmu-ilmu ini mempunyai permulaan yang membawa kepada pengakhirannya, dan (ia juga mempunyai) asas-asas yang kemudiannya menjelaskan hakikat (ilmu tersebut). ‎فَلْيَبْتَدِئْ طَالِبُ الْعِلْمِ بِأَوَائِلِهَا لِيَنْتَهِيَ إلَى أَوَاخِرِهَا، وَبِمَدَاخِلِهَا لِتُفْضِيَ إلَى حَقَائِقِهَا. Oleh itu, hendaklah seorang penuntut ilmu mulakan (usahanya) di (peringkat) permulaan (kemudian) berakhir dengan (peringkat) pengakhirannya, dan (dia juga perlu mulakan) dengan yang asas agar dapat memahami hakikatnya. ‎وَلَا يَطْلُبُ الْآخِرَ قَبْلَ الْأَوَّلِ، وَلَا الْحَقِيقَةَ قَبْلَ الْمَدْخَلِ. Jangan cari apa yang di penghujung, sebelum (menguasai apa) yang asas di permulaan. Jangan kejar hakikat tanpa memahami asas-asasnya. ‎فَلَا يُدْرِكُ الْآخِرَ وَلَا يَعْ

Dosa Besar ke 68 : Berasa Aman Daripada Balasan Buruk Allah.

Rasulullah SAW diutuskan ke dunia ini sebagai pelengkap kepada kerasulan. Sebagai tanda, agama yang Allah bawa untuk manusia ini telah sempurna. Tiada lagi Rasul yang akan di utus. Juga tiada lagi wahyu yang akan diturunkan. Selain itu, Rasulullah SAW juga diutuskan sebagai pembawa khabar gembira buat orang - orang yang beriman. Dan juga sebagai peringatan atau amaran azab daripada Allah SWT buat orang - orang yang melanggar perintah Allah. Di dalam Al - Quran, terdapat banyak khabar gembira dalam  yang biasanya diakhiri ayat yang menyedapkan hati. Kebanyakkannya menyebut tentang nikmat syurga dan juga sifat kasih sayang Allah SWT. Begitu juga ayat yang berbentuk amaran serta peringatan. Ayat - ayat itu diakhiri dengan cerita azab seksa neraka, juga sifat - sifat Allah yang maha pemberi azab mahupun kemurkaan  Allah terhadap sesuatu kaum. Sebagai orang yang beriman kepada Allah. Kita sangat gembira dengan nikmat yang bakal diterima dari Allah

Dosa Besar ke 67 : Orang Yang Mengurangi Timbangan Atau Takaran.

Dalam perniagaan, terdapat unsur kezaliman. Unsur zalim ini termasuklah memaksa, mengurang, menyembunyi, sumpah palsu dan sebagainya. Kezaliman paling besar adalah perbuatan riba Unsur zalim ini akan menyebabkan golongan yang lemah tertindas, lantas menyebabkan hidup mereka bertambah tertekan.  Dalam bab timbangan atau takaran, ketepatan amatlah penting. Kerana, jika mengurangi timbangan dengan sengaja, maka, kita bakal termasuk di dalam golongan yang celaka di sisi Allah  Allah SWT merakamkan perbuatan ini dalam Al - Quran Al-Muthaffifiin ayat 1 وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang Al-Muthaffifiin ayat 2 الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, Al-Muthaffifiin ayat 3 وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengur