Disiplin Ilmu : Dari Mula HIngga Akhir.
#NotaTerjemahanBroSyarief (060818) 090919
al-Imam al-Mawardi (w.450H) berpesan,
وَاعْلَمْ أَنَّ لِلْعُلُومِ أَوَائِلَ تُؤَدِّي إلَى أَوَاخِرِهَا، وَمَدَاخِلَ تُفْضِي إلَى حَقَائِقِهَا.
Ketahuilah, bahawa ilmu-ilmu ini mempunyai permulaan yang membawa kepada pengakhirannya, dan (ia juga mempunyai) asas-asas yang kemudiannya menjelaskan hakikat (ilmu tersebut).
فَلْيَبْتَدِئْ طَالِبُ الْعِلْمِ بِأَوَائِلِهَا لِيَنْتَهِيَ إلَى أَوَاخِرِهَا، وَبِمَدَاخِلِهَا لِتُفْضِيَ إلَى حَقَائِقِهَا.
Oleh itu, hendaklah seorang penuntut ilmu mulakan (usahanya) di (peringkat) permulaan (kemudian) berakhir dengan (peringkat) pengakhirannya, dan (dia juga perlu mulakan) dengan yang asas agar dapat memahami hakikatnya.
وَلَا يَطْلُبُ الْآخِرَ قَبْلَ الْأَوَّلِ، وَلَا الْحَقِيقَةَ قَبْلَ الْمَدْخَلِ.
Jangan cari apa yang di penghujung, sebelum (menguasai apa) yang asas di permulaan. Jangan kejar hakikat tanpa memahami asas-asasnya.
فَلَا يُدْرِكُ الْآخِرَ وَلَا يَعْرِفُ الْحَقِيقَةَ؛
Maka, (jika dia melanggar prinsip ini) dia tidak akan sampai ke penghujung, malah dia juga tidak akan mengenal hakikat (ilmu ini).
لِأَنَّ الْبِنَاءَ عَلَى غَيْرِ أُسٍّ لَا يُبْنَى، وَالثَّمَرُ مِنْ غَيْرِ غَرْسٍ لَا يُجْنَى.
Ini kerana bangunan tanpa asas tidak akan dapat dibina; begitu juga tanaman tanpa menyemai benih, tidak mungkin membuahkan hasil (untuk dituai).
[Ādab ad-Dunyā wad-Dīn] __
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
<<t.me/brosyariefshares>>
Comments
Post a Comment