Dosa besar ke 64 : Minum (dan makan) menggunakan bekas emas dan perak.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Allah telah menghalalkan emas untuk dipakai oleh perempuan dan wanita.
Manakala lelaki hanya dibenarkan memakai cincin perak sahaja.
Emas dan perak halal digunakan sebagai perhiasan sahaja.
Atau keringanan diberikan atas dasar kesihatan mahupun perubatan.
Namun begitu, makan dan minum di dalam bekas emas atau perak adalah diharamkan secara mutlak oleh Allah SWT kepada lelaki mahupun perempuan.
Sedikit kandungan emas dalam pembuatan bekas makanan tidak menjadikan perbuatan itu halal.
Ia kekal haram sama ada banyak atau sedikit.
Cuma, sekiranya berlaku berlaku kerosakan pada sebuah bekas makanan yang bukan dibuat daripada emas atau perak, bekas tersebut dibenarkan untuk dibaiki menggunakan perak.
Tetapi emas, tetap diharamkan walaupun bertujuan untuk membaiki.
Ini bertujuan untuk memelihara diri dari sifat sombong dan takbur pada manusia.
Bekas emas dan perak adalah bekas makanan buat penghuni syurga.
Maka, halalnya itu hanya disyurga.
Rasulullah SAW bersabda,
"Janganlah memakai sutera dan pakaian yang diperbuat daripadanya.
Janganlah minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak.
Serta janganlah makan dalam pinggan yang diperbuat daripadanya,
Kerana sesungguhnya ia adalah buat mereka di dunia, sedangkan buat kamu diakhirat. "
Muttafaqun alaih daripada Huzaifah.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesungguhnya orang yang makan atau minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, sesungguhnya dia telah membuatkan neraka jahannam menggelegak dalam perutnya."
Kata pentahqiq kitab,
"Lafaz hadis ini secara tepatnya diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah dalam kitabnya, al - Mushannaf, daripada Ummu Salamah. Dalam riwayat Muslim, tidak dinyatakan perbuatan makan."
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesiapa yang minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada perak, nescaya mereka tidak akan minum menggunakannya diakhirat kelak."
Kata pengarang kitab,
"Kedua - dua hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Yang pertama daripada Ummu Salamah,
Yang kedua daripada Al-Bara' bin 'Azib.
Menampakkan kemewahan dengan cara sombong dan takbur merupakan ciri Alhi neraka.
Maka, peliharalah diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka.
Kitab Dosa - dosa besar , Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Al-Kabair, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment