Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.


Berperang merupakan perintah Allah SWT kepada orang Islam dalam beberapa keadaan.

Ia bukanlah kewajipan mutlak pada waktu - waktu aman. Tetapi kewajipan apabila berlaku penindasan terhadap umat Islam atau negara Islam.

Dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..

Antaranya :

1. Negara Islam mestilah berdaulat (kerajaan yang kuat)

2. Diperangi oleh musuh dengan ancaman. (bukan mencari musuh)

3. Mempertahankan negara Islam dari pencerobohan.

4. Menyebarkan Islam dengan baik kepada orang kafir. jika ditolak, perlu menawarkan mereka supaya tunduk kepada Islam, jika mereka menolak, boleh memulakan peperangan dengan tujuan menyatakan kehebatan Islam. Jika mereka menyerah diri, peperangan perlu berhenti serta merta.

Maka, jika berlaku peperangan, askar - askar Islam merupakan kekuatan kepada tentera Islam.

Jasa mereka mendapat balasan Syahid fi sabilillah.

Namun, jika askar - askar ini takut.

Lalu melarikan diri. Ia adalah penghinaan kepada Allah dan Islam.

Dari segi hubungan dengan Allah ia adalah keingkaran.

Dari segi hubungan dengan Rasulullah SAW, ia adalah pengkhianatan.

Dari segi ketenteraan, ia menjatuhkan moral anggota yang lain.

Firman Allah SWT

Al-Anfal ayat 16

وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُۥٓ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِّقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلٰى فِئَةٍ فَقَدْ بَآءَ بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَمَأْوٰىهُ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.

Askar/tentera yang keluar atau lari dari barisan perang BUKAN sebab strategi, atau mencari kekuatan lain adalah mengundang kemurkaan Allah.

Jika nak pasang strategi lain, tidak mengapa.

Tapi jika sebab nak lari kerana takut, ia adalah dosa besar.

Rasulullah SAW pernah memulau 3 orang sahabat yang balik dari peperangan hunain ketika peperangan masih berlaku. 

Mereka dipulau lebih 50 hari. Sehingga mereka rasa sangat sedih.

Ketika perang uhud, umat Islam dilihat seperti diambang kekalahan, tetapi, mereka bangkit mengatur strategi dan mengejar semula musyrikin.

Musyrikin lari bertempiaran. 

Hakikat sebenar perang uhud, umat Islam tidak tewas sepenuhnya. Mereka masih mengejar musyrikin..

Hanya laungan dari abu sufiyan yang mengatakan musyrikin telah menang menyebabkan tentera musyrikin berundur dan mengisytiharkan kemenangan.

Padahal, tentera Islam masih bersemangat dan tidak lari dari medan perang. 

Tetapi luka dan dukacita pada peperangan itu kerana kecederaan Rasulullah SAW itu yang memberi kesan mendalam.

Tetapi, umat Islam tidak lari dari medan perang itu

Rasulullah SAW bersabda

" Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan.." baginda menyebut salah satu daripadanya ialah lari dari medan perang.

HR Al Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah RA.

Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru

Comments

  1. Replies
    1. Menurut Imam Az Zahabi, Hukum Lari Dari Medan Perang Adalah Haram Dan Berdosa Besar.

      Delete
  2. kalimah hadis yang bermaksud "lari dari medan peperangan" ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalimah hadis lari dari medan peperangan ?

      Delete

    2. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات
      ِ
      Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina”.(HR Bukhari No: 2560)

      kalimah yang dicari ialah dari jumlah berikut وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ
      Allahu A'lam

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?