Dosa Besar Ketiga : Sihir
Menurut Imam Az Zahabi,
Pengamal sihir adalah kafir.
Jika dia Islam, dia telah murtad
Firman Allah SWT,
Al-Baqarah ayat 102
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُوا الشَّيٰطِينُ عَلٰى مُلْكِ سُلَيْمٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمٰنُ وَلٰكِنَّ الشَّيٰطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَآ أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هٰرُوتَ وَمٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتّٰى يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُمْ بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرٰىهُ مَا لَهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ مِنْ خَلٰقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِۦٓ أَنْفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
Sebab turun ayat di atas ini adalah ketika seorang Yahudi membantah Rasulullah SAW mengatakan Nabi Sulaiman itu adalah Nabi. Sedangkan pada mereka, Nabi Sulaiman adalah ahli sihir
Ayat ini menjawab tuduhan tersebut
Dan 2 orang malaikat yang diceritakan di dalam ini adalah utusan Allah yang diturunkan untuk menguji manusia tentang sihir.
Adakah mereka menjadikan sihir sebagai amalan atau pun percaya kepada kekuasaan Allah.
Di dalam ayat ini juga menyatakan bahawa, sihir tidak akan terjadi tanpa izin dari Allah.
Membuktikan bahawa, sihir ini hanya ilmu.
Tetapi yang berkuasa adalah Allah
Maka sesiapa yang beramalkan dan percaya pada kekuasaan sihir, dia menjadi kafir kerana telah menafikan kekuasaan Allah sebagai kuasa Mutlak.
Kata Imam Az Zahabi, tiada tujuan bagi syaitan yang dilaknat itu mengajarkan ilmu sihir kepada manusia melainkan untuk mensyirikkan Allah melaluinya
Ramai yang sesat kerana melibatkan diri dengan sihir kerana menyangka sihir hanya berstatus haram.
Hakikatnya, sihir ini adalah kekufuran..
Mereka mempelajari sihir as-simiya (memberi khayalan pada mata manusia yang sebenarnya tidak wujud)
As-simiya ini boleh menyebabkan manusia seronok atau takut dengannya
Sihir juga memisahkan lelaki dgn isterinya,
Sihir juga menimbulkan sayang seorang suami kepada isterinya.
Sihir juga mencampakkan kebencian pada hati suami dan isteri.
Sihir itu adalah syirik dan sesat
Hukuman bagi pengamal sihir adalah bunuh.
Kerana ini adalah perbuatan kufur yang menyerupai murtad.
Di dalamnya terkandung syirik
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
حد السحر ضربة بالسيف
Hukuman bagi pengamal sihir adalah dipancung kepalanya
.
HR At Tirmizi, daripada Jundub RA.
( sebenarnya ucapan ini adalah dari Jundub RA sendiri. Beliau adalah sahabat Nabi SAW)
Bajalah bin 'Abadah berkata "Surat Umar Ra telah sampai kepada kami setahun sebelum kewafatan beliau yang memerintahkan supaya pengamal sihir lelaki dan wanita itu dibunuh."
Diriwayatkan daripada Abu Musa RA, Nabi S.A.W bersabda
ثلاثه لا يدخلون الجنة : مدمن خمر، وقاطع رحم، ومصدق بالسحر.
Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga : Penagih Arak, Pemutus silaturrahim, orang yang membenarkan sihir
.
HR Imam Ahmad di dalam musnadnya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud secara marfu,
الرقى والتمائم والتولة شرك
Jampi - jampi (yang menggunakan nama berhala dan syaitan), tangkal - tangkal, dan sihir pengasih iailah perbuatan syirik
.
Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud
Kalimah التولة adalah sihir menjadikan isteri sayang kepada suami
Kalimah التميمة adalah tangkal yang menghalang kejahatan 'ain (kejahatan pandangan mata)
Seharusnya kita perlu berhati - hati dengan amalan - amalan yang tidak kita ketahui
Kerana ada diantara amalan yang menjadi adat adalah sihir dan syirik kepada Allah
Boleh jadi niatnya baik, tetapi jalan yang dipilih adalah kufur
Seperti merapatkan hubungan suami isteri.
Menghalang penyakit
Melindungi harta,
Tetapi kerana tangkal, kita telah syirik kepada Allah
Berhati hati juga dgn tangkal, azimat yang menggunakan kalimah Al Quran.
Kerana, ayat - ayat itu telah disalahguna bagi org yang jahil untuk tujuan sihir
Seorang hamba seharusnya bertaqwa kepada Allah, dan janganlah terlibat dalam urusan
yang merugikan dirinya di dunia atau di akhirat.
Kitab Al - Kabair : Dosa - dosa Besar, karangan Imam Az - Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment