Dosa besar ke 17 : Liwat.

Hari ini, menjadi kegemparan dunia Islam, khususnya di Malaysia, apabila di dedahkan kepada kita terdapat 310,000 dalam kalangan masyarakat kita melakukan hubungan sejenis.

Kita kenali sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual atau singkatannya LGBT.

Golongan ini telah mengundang murka Allah sebagaimana Allah telah murka kepada kaum Nabi Lut AS.

Kemurkaan Allah telah meranapkan keseluruhan penduduk negeri tersebut kecuali pengikut Nabi Lut yang diarahkan untuk keluar.

Kita beruntung pada hari ini, kerana Umat Nabi Muhammad SAW, tidak dikenakan azab yang menghancurkan kita sepenuhnya.

Namun, Allah hantar peringatan berupa bala yang menyusahkan kita, agar kita kembali kepada Allah.
Pencemaran udara, kesempitan hidup, tekanan kepada agama Islam.

Ini semua adalah bala yang Allah beri sebagai peringatan kepada Umat Islam, supaya kembali taat kepada Allah sepenuhnya.

الله اكبر.. 

Moga Allah beri keampunan kepada kita. Sama2 kita perbaiki, menentang kemungkaran di Malaysia. Jangan berhenti berdoa agar Islam kekal kuat di Tanah Melayu ini.

Liwat

لواط.

Di ambil sempena perbuatan keji kaum Nabi Lut (لوط) yang mengadakan hubungan sejenis.

Liwat dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sodomy. Juga diambil dari nama kaum Nabi Lut iaitu kaum sadom.

Diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai "Semburit" yang membawa maksud persetubuhan lelaki dengan lelaki.

Lihat sahaja asal perkataan, bunyinya sudah menjijikkan, apalagi perbuatannya.

نعوذ بالله من ذلك...
Kata pengarang,

Allah SWT telah menceritakan kepada kita tentang kisah kaum Nabi Lut pada banyak tempat di dalam Al Quran.

Allah telah membinasakan mereka disebabkan perbuatan keji mereka.

Seluruh Umat Islam dari kalangan sejarawan perbandingan agama bersepakat bahawa liwat merupakan dosa besar.

Firman Allah SWT

Ash-Syu'ara ayat 165

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعٰلَمِينَ
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,

Allah persoal tindakan mereka yang melakukan hubungan sejenis.

Allah SWT menyambung lagi.

Ash-Syu'ara ayat 166

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِّنْ أَزْوٰجِكُمْ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

Ada isteri, tapi suka pada yang sama jenis, tinggalkan isteri yang halal, pilih jalan mungkar dan haram.

Ini adalah sikap melampaui batas.

Dan Allah benci kepada sikap ini

Kata pengarang kitab,

Perbuatan liwat lebih teruk dan buruk daripada zina,

Sabda Rasulullah SAW,

"Bunuhlah pelakunya (liwat) dan orang yang rela diperlakukan (dengan perbuatan liwat).

HR Imam Al - Tirmizi, daripada Abu Hurairah.

Sanad hadis ini hasan.

Sheikh Muhammad Soleh Al-Uthaimin dalam syarah kitab Al-Kabair menyatakan bahawa,

Para fuqaha berpandangan bahawa, hukuman bagi pelaku liwat terbahagi kepada beberapa jenis :

1. Ditangkap, dibawa ke tempat yang paling tinggi dalam tempat tersebut, dan dilemparkan ke bawah.

2. Ditangkap, dibuang negeri dan dibunuh di luar negeri. Jenazahkan dikebumikan diluar.

Betapa hina dan kejinya perbuatan ini sehingga cara hukuman juga sangat mengerikan.

Diriwayatkan daripada baginda Rasulullah SAW lagi, sabdanya,

"Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut"

Riwayat Ibnu Hibban, daripada Ibnu Abbas.

Sanad hadis ini juga hasan.

Laknat Allah itu ialah, mereka tidak lagi menerima rahmat Allah.

Tiada lagi kasih sayang Allah pada mereka.

Sehingga mereka bertaubat.

Jika tiada kasih sayang Allah, agaknya dapat ke kita masuk syurga?

الله اعلم.

Ada di antara mereka dikurniakan istidraj. Mereka menerima kesenangan, kekayaan, kemewahan, kemasyhuran. Hidup mereka sangat berjaya. Kerana Allah tidak mahu mereka ingat pada Allah.

Allah sibukkan dia dengan kesenangan, lalai dan leka,

Hingga suatu masa, mereka dimatikan secara mengejut.

Hingga tidak mampu berbuat apa2.

Mati dalam keadaan hina.

Allah.. 

Moga Allah lindungi kita dari dosa2 besar.

Kata Ibnu Abbas RA, sahabat Rasulullah SAW yang juga sepupu baginda Rasulullah SAW.

"(hukuman baginya ialah) dicari tempat paling tinggi dalam sebuah perkampungan, kemudian dicampaklah dia dari atas, kemudian dilontarkan pula batu kearahnya."

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

"Hubungan sejenis antara wanita (lesbian) termasuk daripada perbuatan zina sesama mereka."

Riwayat Al-Tabarani dalam Mu'jam Al-Kabir, daripada Watsilah bin Al-Asqa'.

Sanad hadis ini longgar (lemah).

Kata Imam Az Zahabi, menurut Mazhab Syafie RH, hukuman Had (hudud) bagi peliwat adalah sama seperti hukuman zina. Ijmak ulama pula menegaskan, sesiapa yang melakukannya terhadap hambanya, dia turut dikira sebagai peliwat, serta berdosa.

الله اعلم..

Semoga Allah pelihara kita dari melakukan dosa besar.

Kitab Al Kabair, dosa-dosa besar, karangan imam Az-Zahabi, terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?