Dosa besar ke 15 : Takbur, Bongkak, Sombong, Ujub dan Angkuh

Sifat-sifat yang dinyatakan ini adalah sifat mazmumah bagi manusia. 

Juga dikenali sebagai sifat yang tercela.

Sifat-sifat ini merupakan sifat yang perlu dibuang jauh dari hati kita. Kerana sebahagiannya 
merupakan syirik Khafi (tersembunyi).

Merasa diri hebat, merasa diri terbaik, merasa diri tiada tandingan.

Sifat ini ada pada Firaun, dan dia mengaku sebagai tuhan.

Inilah syirik yang ada dalam hati.

Menafikan adanya kekuasaan Allah tanpa kita sedari.

Kerana apa?

Kerana manusia itu tidak sempurna.

Kita tidak sempurna, kita tiada apa2 selain apa yang Allah kurniakan.

Jika Allah tarik semula apa yang diberi,

Apa yang tinggal pada kita?

Sifat - sifat takbur, ujub angkuh ini hina dan cela di sisi kita.

Tetapi, bagi Allah, itu adalah sifat kemuliaan bagi Allah.

Al - Mutakabbir

yang Maha Takbur.

Rasa canggung bukan?

Tetapi selayaknya Allah itu takbur kerana siapa lagi lebih Besar dan Hebat dari Allah?

Tidak layak buat kita sifat itu, kerana ia adalah sifat Allah yang Maha besar lagi Agung

Maka, kita manusia yang lemah harus menjauhi sifat ini.

Kerana kita tidak layak memilikinya.

Firman Allah SWT

Al-Mu'min ayat 27

وَقَالَ مُوسٰىٓ إِنِّى عُذْتُ بِرَبِّى وَرَبِّكُمْ مِّنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لَّا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ

Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab".

Surah ini juga dinamakan dengan surah Al-Ghafir, surah ke 40 dalam Al-Quran.

Ayat ini menceritakan bagaimana Nabi Musa AS, berdoa kepada Allah agar dirinya tidak termasuk dikalangan orang yang menyombongkan diri seperti firaun.

Orang yang sombong, takbur itu tidak beriman dengan hari perhitungan (kiamat) kerana cintakan dunia.

Sebagaimana firaun, dia tidak percaya kepada hari kiamat kerana dia rasa dirinya tuhan, dia sombong dan takbur dengan mengatakan dirinya adalah tuhan yang maha tinggi.


Firman Allah SWT

An-Nahl ayat 23

لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.

Allah sangat benci orang yang sombong. Kerana orang yang sombong menyamakan dirinya dengan Allah SWT.

Firman Allah lagi

Al-Ghafir ayat 56

إِنَّ الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِىٓ ءَايٰتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطٰنٍ أَتٰىهُمْ ۙ إِنْ فِى صُدُورِهِمْ إِلَّا كِبْرٌ مَّا هُمْ بِبٰلِغِيهِ ۚ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Ayat ini turun apabila datang perintah Allah, atau ayat Allah melalui Rasulullah SAW, ada diantara orang kafir yang membantah ayat2 Allah ini tanpa ada ilmu, bahkan tiada sebab untuk membantah melainkan rasa sombong kepada Allah dan RasulNya.

Sikap sombong ini sangat memakan diri tanpa kita sedari.

Rasulullah SAW bersabda,

"Ketika ada seorang lelaki berjalan dengan selendang dibahunya dalam keadaan sombong dan ujub, tiba-tiba Allah tenggelamkannya ke dalam tanah, lalu dia terus berbolak balik (sambil meraung) di dalamnya sehingga hari kiamat"

HR Imam Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Gambaran benci Allah kepada  orang yang sombong seperti orang yang jalan dengan pakaian yang hebat, tiba2 jatuh dengan kesakitan yang amat sangat lalu mati dengan kesakitan itu menyebabkan dia meraung sehingga kiamat.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

Orang yang takabbur dan bongkak akan dihimpunkan pada hari kiamat umpama sebesar biji gandum yang dipijak - pijak manusia."

Riwayat Imam At Tirmizi, daripada Abdullah Ibnu Amru

Betapa hinanya orang yang sombong pada hari kiamat nanti

Kata pengarang kitab, berkata seorang salaf, "dosa pertama berbentuk derhaka kepada Allah ialah Takbur."

Firman Allah SWT

Al-Baqarah ayat 34

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰٓئِكَةِ اسْجُدُوا لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبٰى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Inilah dosa pertama dilakukan. Dosa ini dilakukan dihadapan Allah SWT.

Dosa Takbur

Kata pengarang kitab imam Az-Zahabi, sesiapa yang bersikap takbur terhadap kebenaran, ia seperti kelakuan iblis, imannya tidak memberi manfaat kepadanya.

Apa itu takbur?

Diriwayatkan daripada Nabi SAW, sabdanya,

"Takbur ialah memperolok - olokkan kebenaran dan memperkecilkan manusia"

HR Imam At Tirmizi.

Dalam lafaz lain yang diriwayatkan Imam Muslim : Takbur ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.

HR Imam Muslim, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.

Firman Allah SWT lagi

Luqman ayat 18

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Nasihat Luqman kepada anaknya. Dan boleh jadi nasihat kita kepada anak kita.

Jauhi sifat sombong dan angkuh

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis Qudsi,

"Allah berfirman, KebesaranKu ialah pakaianKu, dan Sombong ialah selendangKu. Sesiapa yang merampas (merentap dengan kasar) keduanya daripada Ku, nescaya Aku akan melemparkan dia ke dalam neraka."

HR Imam Muslim, daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri.

Firman Allah SWT

Al-Qasas ayat 83

تِلْكَ الدَّارُ الْءَاخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِى الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Rasulullah SAW bersabda,

"Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli neraka? Setiap orang yang zalim, bakhil lagi sombong."

Muttafaqun alaih, daripada Haritsah bin Wahb a-Khuza'i

Kata pengarang kitab,

Takbur yang paling buruk ialah sesiapa yang menyombong di hadapan manusia dengan ilmunya dan berasa bangga dalam diri dengan kelebihan tersebut.

Maka, sesungguhnya orang ini, ilmunya tiada manfaat kepada dirinya sendiri.

Sesiapa yang menuntut ilmu kerana akhirat, ilmunya akan menjadikannya rendah diri, hatinya menjadi tawadhuk, dan dirinya menjadi tenang.

Dia ssntiasa mengawasi diridan tidak terpedaya dengan nafsunya.

Bahkan dia akan bermuhasabah dan mendidik diri setiap waktu.

Namun, sekiranya dia lalai menjaganya, dirinya akan tergelincir daripada jalan yang lurus dan membinasakannya.

Sesiapa yang menuntut ilmu untuk dibanggakan, mendapat jawatan, dan memandang hina orang Islam yang lain, sikap ini merupakan jenis takbur yang paling besar.

Seseorang itu tidak akan masuk syurga ketika dalam hatinya mengandungi sikap takbur ini, walaupun sebesar biji sawi.

لا حول ولا قوة الا بالله..
Mari kita muhasabah diri

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?