Posts

Showing posts from April, 2021

Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut.

✏️Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut. Tidak dinafikan bahawa perancangan rahsia yang jahat atau konspirasi wujud di dunia ini. Ia bukan lagi teori, bahkan ia hakikat yang wujud.  Ia wujud kerana dunia ini ada yang "Superior" yang ingin dunia ini berjalan menurut kemahuan dirinya atau organisasi yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat.  Dalam kata mudah "mengambil alih kerja tuhan" Banyak tulisan dan ucapan yang mendedahkan konspirasi. Dan hasil tulisan serta ucapan ini melahirkan pengikut dan pentaksub. Bukti ketaksuban dan ikutan ini jelas apabila pandemik covid-19 melanda dunia. Ia menyebabkan umat Islam tidak dapat beribadah seperti biasa. Terpaksa mengikut peraturan baru yang dilihat melanggar beberapa asas ibadah. Lalu,  Ada pihak yang menjadi penganalisis, penggemar dan penilai teori konspirasi menampilkan hujah serta kesimpulan bahawa wabak ini hanya konspirasi merosakkan umat Islam.  Manusia, penggemar kepada analisis dan kesimpulan kejutan yang