Posts

Showing posts from 2022

✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar.

Image
✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Filem yang menggegar Pawagam baru-baru ini meninggalkan pelbagai kesan kepada penonton.  Pada pandangan diriku, mesej terbesar terkandung di penghujung Filem ini. Kemuncak pertarungan pahlawan-pahlawan Pulau Tawar dengan Kapten Syers dan Clifford memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Kumpulan Mat Kilau.  Kerana Ketakutan, Clifford menyatakan kesilapan Kapten Syers memandang rendah terhadap orang Melayu lalu dia pergi melarikan diri.  Ketika melihat kekalahan tentera upahan British. Syers melarikan diri sementera pahlawan upahannya dari Borneo iaitu Toga berhadapan dengan Mat Kilau dan Wahid.  Goh Hoi yang menjadi orang tengah British untuk merasuah pembesar Melayu juga dibunuh oleh Pak Deris selepas sedar dari kesilapannya.  Hasilnya,  Pegawai British melarikan diri. Tiada seorang pun yang dibunuh.  Yang mati adalah orang upahan

Kelayakan berkahwin dan berpoligami

  Kelayakan berkahwin dan berPoligami Poligami umpama titik hitam dalam hidup perempuan. Boleh jadi hal ini tidak disukai oleh orang perempuan. Ia hakikatnya bergantung kepada adat setempat. Di Malaysia, ia memang tidak disukai oleh perempuan, kerana adat di Malaysia terdidik dari kecil hingga dewasa suami isteri adalah sepasang. Bahkan, mereka memandang negatif kepada lelaki yang berkahwin lebih dari satu. Perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat juga dipandang sebagai perampas. Pandangan ini wujud pada minda lelaki dan perempuam. Sama sahaja. Hal ini perlu diperbetulkan. Kerana didikan seperti ini seakan memusuhi hukum Islam. Kefahaman sebenar terhadap poligami bukan seorang lelaki memiliki isteri yang ramai. Tetapi hakikatnya adalah semua perempuan boleh memiliki suami. Maka pandang sebagai ketaatan terhadap hukum hakam Allah. Ini adalah Qada dan Qadar Allah. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 3: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ ف

Hutang kereta : Kelebihan menghabiskan hutang awal.

 Ada beberapa kali aku habiskan hutang kereta awal. kali ni saja la nak cerita apa kelebihan habikan hutang awal. Pertama kali habiskan hutang awal tahun 2017. Masa tu pakai kereta Proton Perdana V6. Pinjaman dari Public Bank selama 9 tahun. Masa tu sengkek lagi. Jadi habiskan hutang awal 4 bulan je. Tapi dapat juga rebat RM 1,286... Ok jugak la dari tak de langsung.. haha. Kereta kedua aku beli Perodua Bezza. Tahun 2019. Jual Perdana V6, ambil Perodua Bezza baru. kereta ni harga cash RM42k. Jadi aku dan isteri cadang bagi RM10k deposit. Lepas tu bayar bulanan RM379 untuk 9 tahun pada RHB bank. Tapi aku bayar je RM400. tahun tu juga jadi Covid. Ketetapan bayaran bulanan dari bank kerap berubah. Mula-Mula turun jadi RM375, pastu RM364, Pastu RM361, Pastu RM355. Kemudian terakhir RM377. kalau tengok perjanjian. pinjaman RM32k tu, aku kena bayar jadi RM40k. serupa macam takde deposit je. haha... Masa ni aku dan isteri fikir untuk habiskan cepat hutang kereta. Kadar inflasi menyebabkan har

Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih

  Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih Kali pertama Imam Ahmad bertemu dengan Imam Syafie ialah sekitar tahun 190 H. Imam Ahmad datang ke Makkah menunaikan Umrah dan mengambil kesempatan beberapa tempoh berguru dengan Sufyan bin Uyainah serta Imam Syafie.  Kali pertama masuk ke dalam halaqah ilmu Imam Syafie, Imam Ahmad mendengar penjelasan Imam Syafie berkenaan dengan perbezaan maksud faham (الفهم) dan faqih (الفقه). Kata Imam Syafie : Antara kesalahan terbesar para penuntut ilmu ialah mencampurkan makna faham dan faqih. Sedangkan faham itu ialah mengetahui sesuatu makna perkataan dengan lafaznya sahaja.     Sedangkan faqih ialah satu tahap kefahaman yang lebih khusus dari faham. Faqih adalah mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh orang yang sedang menyampaikan perkataan, iaitu mengerti isi kandungan perkataannya.  Ini yang dimaksudkan di dalam surah an-Nisa ayat 78 : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُو

✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan.

 ✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan. Baru-baru ini tular berkenaan kehilangan wang simpanan di bank.  Bank menyatakan tiada penggantian dapat dilakukan terhadap kehilangan yang berlaku.  Pihak berkuasa juga tidak menjamin gantian boleh dilakukan. Apa pandangan ulama mazhab Syafie? Imam Abu Syuja' RH menyebut di dalam Matan Abi Syuja' وَلاَ يُضْمَنُ إِلاَّ بِالتَّعَدِّي Dan tidak wajib ditanggung ganti rugi barang yang disimpan oleh orang yang diamanahkan melainkan dengan sebab yang melampaui batas. Merujuk kepada Syarah matan Abi Syuja' oleh Imam Taqiyuddin asy-Syafi'e RH di dalam kitab Kifayatul Akhyar. Beliau menyatakan bahawa penyimpan yang amanah tidak wajib menggantikan benda yang disimpan jika hilang atau rosak. Namun begitu beliau menerangkan sebab melampau itu ada 9 iaitu : 1. Penyimpan memberikan kepada orang lain barang yang disimpan tanpa sebab munasabah dan tanpa izin pemilik simpanan. 2. Bermusafir dengan membawa simpanan tersebut. 3. Meninggalka

✏️ Golongan yang Gemar Menolak Hadis

✏️ Golongan yang gemar menolak Hadis.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Ketika Imam Syafie bertemu dengan gurunya Sufyan bin Uyainah al-Hilali di Mekah, mereka berbicara tentang Mu'tazilah.  Kata Sufyan bin Uyainah, Mu'tazilah memiliki sifat keburukan dalam mengingkari Hadis. Mereka meruntuhkan sistem silang rujuk ahli hadis.  Imam Syafie menyambung kata gurunya, Mu'tazilah mengingkari Hadis dengan 2 cara : 1. Menimbulkan fahaman yang rosak terhadap keadilan para perawi hadis termasuk para sahabat Rasulullah SAW.  2. Mereka mengutamakan akal berbanding syariat Allah SWT.  Sufyan Uyainah menyambung lagi, Mu'tazilah bersikao berlebih-lebihan dalam menolak hadis dengan memegang kata-kata Amr bin Ubaid al-Mu'tazili. Mereka meriwayatkan kalam bahawa "sekiranya aku mendengar sendiri Rasulullah SAW bersabda, aku pasti menolak hadis itu." Imam Syafie melafazkan Taawwuz pada ketika itu.  Sumber : Biografi

Debat Aqidah Mu’tazilah dan Imam Syafie RH.

✏️Debat Aqidah Mu’tazilah dan Imam Syafie RH. Sekitar zaman Imam Syafie,  seorang pemimpin mu'tazilah Iaitu Thumama ibn Ashras hadir dalam halaqah ilmu Imam Syafie mendengar kalam Imam Syafie. Usai halaqah, dia bertemu dengan Imam Syafie untuk mengajak beliau berhujah. Imam Syafie berkata aku tidak suka berdebat melainkan Untuk mencari  kebenaran. Maka Thumama ibn Ashras bersetuju dan mengajak imam Syafie untuk berhujah di tempatnya. Ditempat Bisyr terdapat ramai pengikut. Kemudian dia memulakan hujah.  1. Thumama ibn Ashras mengatakan bahawa mengada-adakan sesuatu tentang Allah seperti meletakkan sifat Tangan, Melihat, Mendengar terhadap Allah SWT adalah Tasybih (Menyamakan) Allah dengan makhluk. Kerana Allah SWT berfirman dalam surah Syura ayat 11   لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ  “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,” 2. Thumama ibn Ashras mengatakan sekira seseorang menganggap al-Quran bukan makhluk, ia adalah perbuatan mendustakan Allah (tidak memperakui kebenaran ayat al-