✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar.

✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar. 
بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Filem yang menggegar Pawagam baru-baru ini meninggalkan pelbagai kesan kepada penonton. 

Pada pandangan diriku, mesej terbesar terkandung di penghujung Filem ini. Kemuncak pertarungan pahlawan-pahlawan Pulau Tawar dengan Kapten Syers dan Clifford memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Kumpulan Mat Kilau. 

Kerana Ketakutan, Clifford menyatakan kesilapan Kapten Syers memandang rendah terhadap orang Melayu lalu dia pergi melarikan diri. 

Ketika melihat kekalahan tentera upahan British. Syers melarikan diri sementera pahlawan upahannya dari Borneo iaitu Toga berhadapan dengan Mat Kilau dan Wahid. 

Goh Hoi yang menjadi orang tengah British untuk merasuah pembesar Melayu juga dibunuh oleh Pak Deris selepas sedar dari kesilapannya. 

Hasilnya, 

Pegawai British melarikan diri. Tiada seorang pun yang dibunuh. 

Yang mati adalah orang upahan yang digunakan oleh British. 

Watak Cina Goh Hoi, Mati
Askar Upahan dari Watak Punjabi, Mati
Orang kampung dari Watak Melayu, Mati. 
Pembunuh Upahan dari Watak Borneo, Mati. 

Ini semua adalah rakyat Malaysia selepas Merdeka. 

Usah kita dipergunakan Penjajah untuk kepentingan mereka yang akhirnya mereka mendapat untung dan terselamat. Yang jadi mangsa keadaan adalah kita. 

Ketahuilah. Perpaduan kita menakutkan mereka. Perpecahan kita memudahkan cita-cita mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?