Kelayakan berkahwin dan berpoligami

 

Kelayakan berkahwin dan berPoligami

Poligami umpama titik hitam dalam hidup perempuan.

Boleh jadi hal ini tidak disukai oleh orang perempuan. Ia hakikatnya bergantung kepada adat setempat. Di Malaysia, ia memang tidak disukai oleh perempuan, kerana adat di Malaysia terdidik dari kecil hingga dewasa suami isteri adalah sepasang. Bahkan, mereka memandang negatif kepada lelaki yang berkahwin lebih dari satu. Perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat juga dipandang sebagai perampas. Pandangan ini wujud pada minda lelaki dan perempuam. Sama sahaja.

Hal ini perlu diperbetulkan. Kerana didikan seperti ini seakan memusuhi hukum Islam. Kefahaman sebenar terhadap poligami bukan seorang lelaki memiliki isteri yang ramai. Tetapi hakikatnya adalah semua perempuan boleh memiliki suami. Maka pandang sebagai ketaatan terhadap hukum hakam Allah. Ini adalah Qada dan Qadar Allah. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Tumpuan penulisan ini lebih kepada kelayakan seorang lelaki untuk berpoligami. Jangan hanya suka beristeri ramai. Ukurlah kelayakan anda untuk berkahwin. Sekalipun dengan seorang isteri.

Kita kembali kepada hukum asal. Hukum perkahwinan, ini adalah asas menentukan kelayakan.


1. Wajib seseorang itu berkahwin jika diri sendiri mampu dari sudut kewangan dan kecergasan fizikal. Selain itu, dirinya tidak dapat mengawal nafsu yang boleh membawa kepada penzinaan dan maksiat. Wajib dengan maksud jika seseorang lelaki mampu dari sudut kewangan, cergas tubuh badan dan sukar mengawal nafsu tidak mahu berkahwin, maka dia berdosa. Jika dia berkahwin, dia mendapat pahala.

2. Sunat berkahwin jika diri sendiri mampu dari sudut kewangan, cergas fizikal dan mampu mengawal nafsu. Jika dia berkahwin hidupnya akan lebih sempurna dan teratur maka dia sunat berkahwin serta akan mendapat pahala, sekiranya tidak berkahwin dia tidak berdosa.

3. Harus berkahwin jika diri sendiri mampu dari sudut kewangan, cergas fizikal, mampu mengawal nafsu dan perkahwinan tidak membawa perubahan pada dirinya. Dia boleh sahaja memilih untuk tidak berkahwin atau berkahwin kerana jika dia berkahwin semata-mata tanpa niat, maka dia tiada sebarang pahala tidak juga mendapat dosa jika meninggalkannya. Jika dia berkahwin kerana tujuan ibadah dia mendapat pahala jika dia meninggalkan kerana takut menzalimi isteri, maka dia juga turut mendapat pahala.

4. Makruh berkahwin jika diri tidak mampu dari sudut kewangan, tetapi mampu dari sudut kecergasan fizikal. Namun, dirinya berkemungkinan akan menzalimi isteri jika berkahwin dan tidak mampu mengurus rumahtangga. Maka perkahwinan ini tidak disukai oleh ulama fiqh. Zalim di sini bukan sekadar maksud memukul dan mencederakan sahaja, tetapi juga dengan maksud tidak memberi hak yang sepatutnya seperti nafkah zahir dan batin, perhatian, kasih sayang, Pendidikan dan keperluan lain. Jika dia berkahwin, tidak mendapat pahala, jika dia meninggalkan kerana taat kepada syariat dia mendapat pahala.

5. Haram berkahwin jika diri sendiri tidak mampu dari sudut kewangan, tidak mampu dari sudut kecergasan fizikal, tidak mampu mengurus rumahtangga dan menzalimi isteri. Perkahwinan ini jika berlaku, dia akan mendapat dosa sepanjang perkahwinan tersebut selagi tidak keluar dari sifat yang diharamkan. Meninggalkan perkahwinan kerana ketaatan terhadap syariat akan mendapat pahala.

Bagi lelaki yang nak juga kahwin walaupun tak mampu. Ubahlah diri kepada yang lebih baik supaya kelayakan makruh atau haram menjadi kepada harus, sunat dan wajib.

Kalau tak mampu ubah juga. tepuk dada tanyalah hati, iman dan diri sendiri. Kalian tidak suka dizalimi tapi kalian suka menzalimi orang lain. Apakah kalian tidak malu dengan Allah? 

Jika kalian tidak peduli, maka buatlah apa yang kalian suka. Suka tidak suka kepada Allah kita akan kembali.

Maka para lelaki harus menilai diri sendiri jika ingin berkahwin. Usah kata berpoligami. Jika seorang isteri tetapi tidak mampu memenuhi keperluan dan tidak adil terhadap seorang isteri, sia-sia sahaja anda berkahwin, bahkan mendapat dosa.

Bagi yang mampu memenuhi keperluan walaupun beristeri 4, anda lelaki sejati. Syurga mungkin menjadi tempat anda.

  ان شاء الله

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?