Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Saya perkenalkan kitab yang digunakan terlebih dahulu..

Kitab yang digunakan adalah tafsir mini surah Ad - Dhuha karangan Ummu Ammar Amir dan Abu Ammar Romlie..
Kitab ini dibukukan khas untuk surah Ad Dhuha sahaja..
​​
Dan rujukannya adalah dari tafsir karangan imam Ibn Katsir 
Perkara pertama yang Dikongsikan malam ini ialah berkenaan Asbabun Nuzul

 Iaitu, Sebab turunnya surah Ad - Dhuha..

Ketika di Mekah, 
Rasulullah SAW pernah berasa teramat sedih.

Kenapa?

 Kerana Malaikat Jibrail as telah lama tidak datang menemui Rasulullah SAW..

 Rasulullah SAW berasa amat risau mengapakah keadaan ini berlaku..

 Sedangkan pada kebiasaannya, hampir setiap hari malaikat Jibrail as akan datang membawa ayat - ayat wahyu dari Allah SWT.

 Memikirkan hal ini dalam keadaan yang amat sedih, menyebabkan Rasulullah SAW jatuh sakit..

 Sakitnya Rasulullah SAW sehingga tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat selama beberapa malam.

Berita Rasulullah SAW jatuh sakit sampai kepada pengetahuan Musyrikin Mekah.

Antara musyrikin ini ialah Ummu Jamil iaitu gelaran bagi Arwa binti Harb (isteri kepada Abu Lahab)

 Musyrikin ini menjadikan hal ini sebagai bahan ejekan kepada Rasulullah SAW..

Dia mempersenda Rasulullah SAW dengan perkataan "Tuhanmu telah melupai mu Wahai Muhammad"

 Ejekan ini menyebabkan Rasulullah SAW berasa amat gelisah dan bersedih hati

 Namun, setelah sekian lama menunggu, akhirnya Malaikat Jibrail as datang menemui Rasulullah SAW..

 Datangnya Jibrail as ini membawa wahyu yang dinamakan Ad - Dhuha..
 
Selepas turunnya ayat ini, Rasulullah SAW dengan serta - merta sembuh dari sakitnya dan berasa amat lega..
 
Bahkan ayat surah Ad Dhuha ini merupakan pujukan Allah kepada Rasulullah SAW..

 Ini adalah sebab turunnya Surah Ad Dhuha.. Ayat 1 - 11..

 Ayat 1 dan 2:



Surah ini adalah surah Makiyyah..

 Bermaksud diturunkan sebelum Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah..

 Allah SWT memulakan surah ini dengan bersumpah demi waktu dhuha.

 Pada ayat pertama, terdapat huruf waw " Ùˆ" pada permulaan ayat..

Ia dikenali sebagai..

واو القسم..

Waw qasam ini adalah sumpah..

Seperti kita bersumpah

والله
Wallahi.. Bermaksud demi Allah..

 Apabila bersumpah, bermakna, perkara itu adalah penting..

 Dalam surah ini, Allah bersumpah  demi waktu dhuha iaitu waktu matahari mula naik..

 Pada ayat kedua, Allah bersumpah dengan waktu malam..

Iaitu..

والّيل..
: Dua waktu ini adalah waktu yang penting bagi fizikal dan psikologi..

 Waktu dhuha adalah waktu kita bekerja..

Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat dan beribadah..

 Waktu dhuha bermula 30 minit selepas waktu syuruk..

 Sebahagian ulama mengatakan 30 minit selepas waktu isyraq iaitu waktu terbit matahari..

Perbezaan pendapat ini kerana ada ulama membezakan waktu isyraq dengan waktu dhuha..

Sebahagian yang lain mengatakan isyraq dan dhuha adalah waktu yang sama.

 Waktu dhuha berakhir 10 minit sebelum masuk waktu zohor..

 Waktu dhuha adalah waktu ibadah di siang hari..

Jika malam dikenali sebagai Qiamullail..

Siang hari pada waktu dhuha dikenali Qiamunnahar..

 Kita disunnahkan untuk solat sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat.

 Allah akan mencukupkan segala keperluan HambaNya sepanjang hari bagi orang yang mengerjakan solat dhuha.

 Sabda Rasulullah SAW..

Dari Nu'aim bin Hammar RA

"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Wahai anak adam, jangan engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (dhuha), nescaya Aku (Allah) akan memberimu kecukupan hingga akhir siang"

HR Abu Daud.

 Dalam ayat ke 2 surah ini, Allah bersumpah dengan waktu malam.

 Waktu malam bermula apabila masuk  waktu isyak. Ia adalah episod tenang buat manusia.

Waktu istirehat selepas penat lelah sepanjang hari. Suasana menjadi sunyi dan sepi.

 Badan akan kembali relaks dan tenang..

Mudah untuk berehat dan tidur..

 Bagi yang ingin beribadah, disunnahkan untuk tidur awal selepas isyak, dan bangun pada kadar 1/3 akhir malam. 

 Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah.

 Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah turun ke langit dunia untuk mendengar rintihan hati hambaNya..

DIA akan menuhi hajat HambaNya yang meminta.

 Inilah kepentingan 2 waktu bagi Umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT :

1. Dhuha terdapat kelebihan rezeki.

2. Malam yang sunyi terdapat khusyuk dan taqarrub dengan Allah pada sepertiga akhir malam.
 
Sebelum ini diceritakan bahawa Malaikat Jibrail as agak lewat menemui Rasulullah SAW untuk menyampaikan ayat - ayat Allah SWT..

Mengapa perkara ini terjadi?

 Ia adalah kerana hikmah yang terkandung di dalam penurunan Al - Quran sebagai kalamullah.. Iaitu keaslian Al-Quran..

 Seandainya Al - Quran ini ciptaan Rasulullah SAW, pasti Rasulullah SAW tidak akan resah gelisah menanti penurunan ayat ini sehingga jatuh sakit.

 Jika Rasulullah SAW yang menukilkan ayat Al-Quran ini sendiri, pasti baginda akan menyampaikan apa sahaja kepada umat ketika itu. Tidak perlu diejek dan dipermainkan oleh kaum musyrikin.

 Inilah kuasa Allah disebalik peristiwa kelewatan ini, dan ujian ejekan dari musyrikin yang menjadi bukti kebenaran Al-Quran.

 Lalu, Allah menurunkan ayat ketiga dari surah Ad Dhuha sebagai pujukan kepada kekasih Allah. Ia menjadi berita gembira buat Rasulullah SAW.

Ayat 3 : 
 Sebagaimana asbabun nuzul surah ini, Ummul Jamil telah mengejek Rasulullah SAW sehingga baginda jatuh sakit. 

 Ummu Jamil mengatakan bahawa Allah telah melupakan Rasulullah SAW dan meninggalkan Rasulullah SAW sendirian..

 Justeru, ayat ini diturunkan bagi menafikan tuduhan musyrikin..

Yang membuatkan hati Rasulullah SAW gembira dan sembuh daripada sakitnya.

 Kita lihat ayat seterusnya :


Perhatikan perkataan
أخرة
Dan perkataan
أولىٰ
 Sebahagian mufassir (ulama tafsir) menafsirkan makna perkataan أخرة sebagai kehidupan yang penuh kesenangan yang kekal abadi.

Perkataan أولىٰ pula membawa maksud kehidupan dunia.

Allah menegaskan di dalam ayat 4 ini bahawa hari akhirat adalah lebib baik kesenangannya, serta kekal abadi berbanding kehidupan di dunia.

 Inilah maksud sebenar kesudahan pada masa akan datang adalah lebih baik daripada permulaan hidup Rasulullah SAW dan umat Islam.

 Seperti mana kita memulakan hidup dengan tiada apa - apa dan akhirnya kita miliki harta, ilmu, pasangan, dan nikmat - nikmat lain.

Rasulullah SAW telah menempuh pelbagai kesusahan pada peringkat awal penyebaran Islam. Cabaran demi cabaran ditempuhi ketika mengajak penduduk Makkah untuk beriman kepada Allah SWT. 

 Akhirnya, Islam tersebar luas ke seluruh pelosok dunia.

 Inilah kebenaran janji Allah bagi orang - orang yang bertaqwa.

 Imam Al - Baihaqi meriwayatkan dalam kitabnya Dala'il An Nubuwwah, daripada Ibnu Abbas RA, Sabda Rasulullah SAW,  yang bermaksud

" Aku diperlihatkan negara yang akan dibuka oeh Umat ku selepas ini, kampung demi kampung, dan itu amat menggembirakan hatiku" 
HR Baihaqi.

 Dunia ini adalah ibarat ladang, tempat bercucuk tanam, hasilnya akan dituai di akhirat nanti.

 Dunia ini adalah tempat kita memperbanyakkan amal soleh dan berakhlak mulia. Kita perlu menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Supaya kesudahan kita nanti, kita tergolong di kalangan orang - orang yang terbaik.

Kita tadabbur ayat ke 5 
 Dalam ayat yang ke 5 ini Allah SWT menjanjikan berita gembira dunia dan akhirat buat Rasulullah SAW.

 Allah SWT menjamin berita gembira ini sebagai pendorong, motivasi, pujukan buat Baginda Rasulullah SAW untuk redha dan berpuas hati dengan segala yang diaturkan Oleh Allah SWT.

 Ejekan dan sindiran yang diterima oleh Rasulullah SAW, adalah aturan Allah SWT, yang disusuli dengan khabar gembira bahawa permulaan hidup ini berat, tetapi pengakhirannya lebih baik.

 Diriwayat oleh Ibnu Abbas RA, bahawasanya Rasulullah SAW berasa gembira setelah Allah SWT memperlihatkan kepadanya sesuatu yang akan dialami oleh umatnya dalam ayat seterusnya. Kemudian Allah telah berfirman dengan ayat ke 5 surah Ad Dhuha.

 Dalam ayat ini, Allah berjanji untuk beri kejayaan dan kebahagiaan dunia dan Akhirat sehingga Rasulullah SAW redha dan berpuas hati..


Lapang jiwa Rasulullah SAW..

Baginda segar dan pulih dari sakitnya..

Dalam riwayat yang lain oleh At-Tabrani di dalam kitab Mu'jam Al - Awsath...

Daripada Ibnu Abbas RA, katanya..

Diperlihatkan kepada Rasulullah SAW daerah yang dibuka oleh umatnya selepas ini kampung demi kampung, maka itu menggembirakan Nabi Muhammad s.a.w, lalu Allah SWT menurunkan ayat ini (dan sesungguhnya Rabmu akan memberikamu [kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat] sehingga engkau redha [berpuas hati])

HR At - Tabrani

 Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah terbuka hijabnya tanpa batas kecuali melihat Allah SWT.

Kerana itu Rasulullah SAW dapat melihat pembukaan perkampungan itu.

Bahasa modennya (prophecy)..
Ayat 3 - 5 ini menceritakan kebenaran janji Allah SWT kepada kekasih - Nya Muhammad SAW.

 Pada ayat yang seterusnya iaitu ayat ke 6 hingga ke 8 dalam surah Ad Dhuha ini, Allah SWT berfirman tentang 3 nikmat sebelum diangkat daripada Nabi menjadi Rasul.

Sejak dari kecil Rasulullah SAW telah dijaga dan dipelihara oleh Allah dengan rapat.

Allah SWT melindungi baginda melalui tugasan kepada para  malaikat.

 Ayat 6 :

 Antara nikmat yang diceritakan di dalam surah Ad Dhuha ini ialah :

1. Menjadi Yatim
2. Menerima Al - Quran.
3. Memiliki harta

 Menjadi yatim adalah nikmat dari Allah kerana ia adalah bukti kenabian Muhammad SAW..

Kerana, tiada siapa mampu pertikai dari siapa Rasulullah SAW mempelajari ilmu2 Allah.

 Jika orang kata bapanya yang mengajarkan ajaran ini, bapanya meninggal ketika dia masih di dalam perut.

Jika dari ibunya, ibunya hanya menjaganya hingga 6 tahun sahaja, itu pun, masa menyusu Rasulullah SAW,  selama 2 tahun kepada Halimatus Saadiah.

Jika dari datuknya, datuknya telah mati ketika baginda berusia 8 tahun.

Jika dari bapa saudaranya, bapa saudaranya adalah terdiri dari kafir musyrikin quraisy.

Ini bukti bahawa Allah melindungi Rasulullah SAW sejak kecil.

Melalui pemantau para malaikat dan penjagaan oleh ibu, ibu susu, datuk dan bapa saudara sehingga baginda boleh berdikari.
Maha suci Allah, سبحان الله.

Sungguh hebat perlindungan Allah, Allah anugerahkan insan - insan yang sangat menyayangi baginda sejak kecil lagi..

 Begitu juga anak yatim yang lain, walaupun mereka tiada ibubapa, mereka dijaga oleh Allah.

Allah yang telah menetapkan rezeki buat mereka.

Pasti akan ada yang menjadi penjaga mereka.

Kerana itu, anak yatim menjadi antara insan yang mulia.

Memegang kepala mereka akan melembutkan hati.

Merapati mereka akan membawa kita menjadi teman rapat Rasulullah SAW di akhirat nanti..

Oleh itu, santunilah anak-anak yatim. Kerana pesan Rasulullah SAW.

Penjaga anak yatim dengan ku seperti ini (baginda mengangkat tangan dan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah bersama) di akhirat nanti.

Al Hadis.

 Kita sambung ayat yang ke 7

 Nikmat ke 2 yang Allah SWT kurniakan kepada Rasulullah SAW ialah Al - Quran. 

 Ia merupakan petunjuk yang sentiasa dicari oleh Rasulullah SAW..

Kerana itu, apabila wahyu tidak turun agak lama.

Rasulullah SAW sangat resah dan bersedih. 

 Allah mengetahui isi hati Rasulullah SAW yang ingin mencari aqidah yang benar.

Dan Al Quran adalah jawapan kepada pencarian tersebut.

Al - Quran adalah hidayah kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia.

 Inilah nikmat ke 2, Mukjizat sepanjang zaman. 

 Ayat seterusnya 8


Nikmat ke 3 yang Allah berikan kepada Rasulullah SAW ialah harta.

 Rasulullah SAW adalah anak yatim yang miskin, membantu bapa saudaranya mengembala kambing dan berdagang ke syam. 

 Ketika berumur 25 tahun, Khadijah mengambil Rasulullah SAW sebagai pekerja yang diamanahkan untuk barang dagangannya ke Syam.

 Rasulullah SAW seorang yang sangat jujur dan amanah sehinggakan barang dagangan Khadijah laku dan menerima pendapatan berganda.

 Kerana sifat mahmudah pada diri Rasulullah SAW, Khadijah jatuh hati kepada Rasulullah SAW dan mereka mendirikan rumahtangga. 

 Melalui khadijah, Rasulullah SAW menerima harta yang sangat banyak. 

 Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda : 

"kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa" 

HR Bukhari dan Muslim.

 Rasulullah SAW juga bersabda, melalui riwayat Abdullah bin Amru bin Al - 'ash : 

" sesungguhnya berjayalah orang - orang yang memeluk Islam, diberi rezeki seadanya dn Allah memberikan kepadanya rasa cukup (qanaah) dengan apa yang diberikan.

HR Muslim

 Inilah nikmat - nikmat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah SAW, yang dirakamkan di dalam Surah Ad Dhuha.

Banyak lagi nikmat yang Allah Kurniakan kepada baginda yang diceritakan di dalam surah dan hadis yang lain.

 Pengajaran daripada nikmat yang dikurniakan ialah keyakinan kita kepada Allah SWT yang mengetahui segala yamg diperlukan hambaNya..

 Tiada yang berhak menentukan segala nikmat melainkan hanya Allah yang berhak.

Dalam 3 ayat terakhir surah Ad Dhuha ini menceritakan tentang didikan Allah SWT kepada Rasulullah SAW berkaitan interaksi.
Ayat 9 ini menceritakan tentang akhlak yang pertama diajar iaitu bagaimana sikap kepada anak yatim.

 Seperti di dalam ayat 6, Rasulullah SAW adalah seorang anak yatim yang dilindungi Allah SWT. Kesinambungan ini berlangsung dengan didikan tentang adab dengan anak yatim. 

 Allah menegaskan bahawa kita dilarang untuk menghina atau menghalang hak anak yatim. 

 Rasulullah SAW amat menyayangi anak yatim.

Diriwayat daripada Sahl bin Sa'd, Rasulullah SAW bersabda ;

Aku dan pengurus anak - anak yatim berada disyurga adalah seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah. 

HR Bukhari.

 Inilah akhlak seorang Muslim dengan anak yatim. Yang diajar oleh Allah SWT melalui Surah ini.

 Seterusnya ayat ke 10
Akhlak ke 2 yang diajarkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW ialah memenuhi permintaan orang yang memohon petunjuk ilmu atau harta. 

Allah mengajar adab komunikasi sesama insan kepada Rasulullah SAW. Interaksi sesama manusia diajar sebagaimana interaksi Allah SWT dengan Rasulullah SAW.

Kita tidak tahu bagaimana Allah berinteraksi dengan Rasulullah SAW.

Tetapi Rasulullah SAW telah menunjukkan qudwah (contoh) yang terbaik.

Baginda memiliki akhlak yang terbaik.

Dalam ayat ini, Allah melarang kita dari mengherdik orang yang meminta ilmu ataupun meminta sedekah.

Berikanlah sedikit dari apa yang di minta atau menolak permintaan mereka dengan lembut. 

 Dan ayat terakhir
Akhlak yang ke 3 ialah syukur.

Allah SWT membimbing Rasulullah SAW untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

nikmat terbesar Allah kurniakan kepada Rasulullah SAW,


1. Kerasulan
2. Al Quran

 Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW untuk menyebarkan nikmat ini kepada seluruh umat manusia.

 Maka, manusia turut akan menikmati nikmat terbesar ini iaitu Islam.

 Nikmat ini perlu disyukuri oleh seluruh umat Islam dan perlu dizahirkan rasa syurkur ini melalui satu perbuatan

Apakah perbuatan itu?

Solat.

Solat ialah rasa syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Bukan sekadar perintah. Tetapi ia adalah tanda syukur kita kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan.

 Lihat apa perbezaan kita dengan orang kafir?

Kita mensyukuri nikmat Allah dengan solat.

 Maka, sesiapa yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, ia adalah tanda tidak bersyukurnya dirinya dengan Allah SWT.

Nikmat yang lain juga kita perlu syukuri dengan cara menzahirkan ucapan

الحمد لله....

Comments

  1. Jazakkallah atas ilmu. Mohon izin utk berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  2. Syarah yang mudah difahami, mohon izinkan utk ana gunakan syarahnya dan sampaikan pd orang lain ya

    ReplyDelete
  3. mohon izin ya untuk kami sekumpulan gunakan untuk pembentangan

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, mohon izin utk saya gunakan penulisan2 tuan dan sampaikan pd orang lain ya

    ReplyDelete
  5. super best.. enjoy je bila bacaaa..alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?