Posts

Showing posts from January, 2015

Makan Tengahari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor

Image
NASI MMANGGEY Di Perak, terkenal dengan Nasi Vanggey / Nasi Ganja.. Namun lain pula kisahnya di Negeri Selangor... Korang pernah dengar Nasi Mmanggey??? Mungkin ada yang pernah dengar atau tidak pernah sama sekali.. Perjalanan aku hari ini adalah misi mencari kedai makan / warung yang menyediakan makanan tengahari terbaik. MISI Ketika aku menambah ilmu di benak fikiran aku di Sungai Buloh, Selangor.. rajin juga lah keluar bersama kawan2 untuk menjamah makanan tengahari. Kalau tak cari betul2, memang makan tengahari yang di rasa hari tu pasti tidak akan memuaskan hati korang kan. Kali ini aku mencari di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh terletak berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana aku dah terbiasa denagan kawasan disini, maka tidak susah untuk aku meneroka segenap kawasan berdekatan. WARUNG KITA Warung ini baru sahaja dibuka pada pengakhiran tahun 2014. Kawasannya agak terbuka dan mempunyai kawasan parkir kereta yang agak besar tetapi terha

Pos Basik Otorhinolaryngology (Kementerian Kesihatan Malaysia)

POS BASIK Pengenalan Ia adalah program pembelajaran tambahan dan pengkhususan selepas pembelajaran Basik. Ia dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan silibus pembelajarannya yang tersendiri. Program ini adalah khas untuk Jururawat  dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) lepasan diploma dari sektor awam mahupun sektor swasta. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarat Antara syarat2 untuk memohon Pos Basik ini ialah : 1. Bebas dari tindakan tatatertib 2. Sah dalam perkhidmatan 3. Telah berada diunit yang berkenaan lebih dari 6 bulan 4. Dilepaskan oleh ketua jabatan Implimentasi Program Pos Basik ini amat bagus dalam memberi pengetahuan tambahan bagi Jururawat mahupun MA untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Dengan wujudnya program ini, kemahiran serta pengetahuan Jururawat dan MA akan bertambah seterusnya menjamin rawa

Kueh Tiow Terbaik di Taiping, Perak

Image
Tempat Makan Pilihan Taiping, Perak Ada antara kita yang menjadi penggemar Kueh Tiow Goreng . Kebanyakkan orang akan merasakan bahawa kueh tiow goreng udang atau kueh tiow goreng kerang menjadi pilihan TERBAIK Di Taiping, ramai orang mengenali kueh tiow goreng DOLI yang terletak di Jalan Tupai.... Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat kueh tiow goreng di gerai lain yang mampu menandingi DOLI bahkan, pada penulis sendiri, Kueh tiow di tempat ini adalah lebih baik dari kueh tiow DOLI. KUEH TIOW GORENG KOBOI. Jarang dengar KOBOI jadi nama kedai...Mungkin kerana pakcik yang jual kueh tiow ni suka goreng kue tiow sambil pakai pakaian koboi menjadikan gerai ini dinamakan sebagai Kueh tiow Goreng KOBOI.. Memang best kue tiow yang dimasak dengan api yang panas, bahan2 yang segar serta perasa yang mencukupi. Gerai ini juga menyediakan menu masakan panas yang lain... Memang Syok... Penulis amat meyarankan tempat ini menjadi pilihan untuk menjamu selera

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Image
Pepatah Bahasa Melayu "Harapkan Pagar, Pagar Makan Pagi" adalah antara perumpamaan yang biasa digunakan untuk menggambarkan seorang 'PENGKHIANAT' ataupun seseorang yang tidak boleh diharap. Walaubagaimanapun, TAHUKAH ANDA sebenarnya pepatah ini adalah berbunyi "Harapkan PEGAR, PEGAR Makan Padi" Menarik bukan? Menurut seorang pakar Bahasa Melayu, Mohd Sariman Azman (Berita Harian 2015) Pepatah ini sebenarnya berpandukan burung pegar atau burung kuang yang digunakan masyarakat pada zaman lampau untuk memakan serangga perosak padi. Burung ini amat berkesan untuk menangkis serangan serangga perosak tersebut. Namun, burung ini juga memakan padi yang ditanam tuannya. Maka wujudlah peribahasa tersebut. Kesilapan sebutan ini berlaku akibat daripada peralihan tulisan JAWI kepada tulisan RUMI dalam bahasa melayu lama. Oleh itu, asal sebutan adalah "Harapkan Pegar, Pegar makan padi" menjadi " Harapkan Pagar, Pagar makan padi." Sumber :