Pos Basik Otorhinolaryngology (Kementerian Kesihatan Malaysia)

POS BASIK

Pengenalan

Ia adalah program pembelajaran tambahan dan pengkhususan selepas pembelajaran Basik.
Ia dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan silibus pembelajarannya yang tersendiri.
Program ini adalah khas untuk Jururawat  dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) lepasan diploma dari sektor awam mahupun sektor swasta.
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syarat

Antara syarat2 untuk memohon Pos Basik ini ialah :

1. Bebas dari tindakan tatatertib
2. Sah dalam perkhidmatan
3. Telah berada diunit yang berkenaan lebih dari 6 bulan
4. Dilepaskan oleh ketua jabatan


Implimentasi

Program Pos Basik ini amat bagus dalam memberi pengetahuan tambahan bagi Jururawat mahupun MA untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Dengan wujudnya program ini, kemahiran serta pengetahuan Jururawat dan MA akan bertambah seterusnya menjamin rawatan berkualiti terus kepada pesakit.

Penulis

Penulis adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan ORL/ENT di sebuah hospital. Telah berkhidmat selama 8 tahun dan ketika ini telah tamat menjalani latihan pos basik kepakaran Otorhinolaryngology.

Mengapa penulis menyatakan kepakaran? Kerana pos basik ini umpama seorang doktor biasa yang telah belajar tentang perubatan umum kemudiannya menyambung pembelajaran untuk sub-kepakaran yang lain. Oleh yang demikian, penulis akan menumpukan skop perkhidmatan pada satu kepakaran sahaja dan bukan secara keseluruhan.

Tempat Latihan

Pos Basik ORL terbuka kepada semua Jururawat dan MA yang telah berkhidmat di unit ORL mana-mana hospital. Latihan ini mulanya mempunyai 2 tempat iaitu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg. Buloh, Selangor dan Kolej keJururawatan Ipoh, Perak. Tetapi pada tahun 2008, Pos Basik di Kolej keJururawatan Ipoh telah di tutup kerana ketiadaan Pengajar.

Kini, cuma KSKB, Sg. BULOH sahaja yang mempunyai latihan pengkhususan ini.

Pengetahuan

Sebelum penulis menjalani latihan ini. Pengetahuan penulis amat terhad tentang apakah penyakit2 berkaitan ORL ini. Apakah Pembedahan yang dilakukan di dalam Bahagian ORL in?. Apakah kepakaran yang ada di dalam bidang ORL ini?

Selepas penulis menjalani latihan Pos Basik ORL di KSKB Sg. Buloh, pengetahuan tentang bidang ORL semakin dalam, sebagai contoh 

1. Anatomy dan Physiology tentang Telinga, Hidung dan Tekak.

2. Penulis juga mengetahui terdapat pelbagai jenis pembedahan yang di lakukan dalam bidang ORL seperti Myringoplasty, Tympanoplasty, Total Thyroidectomy, Superficial Parotidectomy, Neck Dissection, Mastodectomy, Cochlea Implantation dan macam2 lagi.

3. Penulis juga dapat mendalami pelbagai jenis penyakit berkaitan ORL yang sebelum ini penulis tidak mengatahui langsung kewujudannya seperti Ramsey Hunt Syndrome, Patou Syndrome, Microtia, Anotia, Cholesteatoma, Attico Antral perforation, Tubo Tympano Perforation, Mastoditis, Rhinolith, Ear polyposis, Nasal Polyposis dan pelbagai lagi.

Kesimpulan  

Program Pos Basik untuk pelbagai bidang sangat baik untuk Jururawat dan MA di Malaysia. Semoga program ini akan terus berkembang dan bertambah maju menjadikan ia sebagai pemangkin ilmu untuk semua Jururawat dan MA di Malaysia.

Insyaallah, Jika ada kesempatan, Penulis akan menyambung pembelajaran keperingkat Sarjana Muda dan Sarjana demi menyambung Kalimah dan bait2 ilmu dalam dada. Amin.....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?