Posts

Showing posts from March, 2015

MEMBAIKI KEROSAKAN AIRCOND PERDANA V6

Image
SE-AWAL KEJADIAN Ketika aku melanjutkan pelajaran aku di Sungai Buloh, Selangor... kereta aku mengalami aircond yang tidak sejuk selepas aku terlanggar takungan air yang banyak dengan kelajuan (50km/j - 60km/j) 3 minggu sebelumnya... Kereta aku terpaksa dibawa ke bengkel dan di tinggalkan selama 8 hari untuk fully overhaul... Air masuk enjin dan segala kaki piston 6 batang tu bengkok kerana sejuk tiba2 selepas perjalanan jauh akibat air masuk melalui air filter box.... 8 hari dalam bengkel...fully overhaul memakan kos rm 3800... tapi kereta menjadi semakin sedap dibawa.... hehe... Namun Begitu, selepas beberapa hari Aircond menjadi semakin kurang bernyawa "macam ayat novel pulak" :p.... aku pun pergilah  ke kedai air cond untuk memeriksa...... KEDAI PERTAMA ( BATU 17, KUANG) Pekedai : Kenape bang? Aku : air cond tak sejuk la, boleh check? Pekedai : kereta ade buat ape2 tak sebelum ni? Aku : hari tu ada langgar air, hantar baiki, bawa turun enjin Pekedai

Berjalan ke Kertih, Terengganu

19/2/2015 (Khamis) Sempena cuti tahun baru cina, sepupu aku akan melangsungkan perkahwinannya di Kertih, Terengganu..jadi aku pun amik kesempatan ini untuk bercuti ke Negeri Penyu ini. Perjalanan ke Kertih, Terengganu dimulakan jam 1130am... kerana cuti tahun baru cina 2015 baru bermula, maka, berpusu pusu jg lah org memenuhi jalan menuju ke Bentong... Dari Sg. Buloh menuju ke Bentong mengambil masa 2 jam kerana kereta memenuhi jalan.. Jalan sesak hingga ke Karak...selepas Karak...baru lah jalan lancar semula Tiba di tol jabor, jalan menjadi sesak semula, 5km panjang n lebih sejam kami perlu beratur untuk membuat bayaran tol Kami tiba di Kertih jam 740pm..lebih 7 jan perjalanan kerana kesesakan lalu lintas... 20/2/2015 (Jumaat) Pada pagi jumaat selepas solat subuh, kami merancang untuk bersarapan di luar, pak cik membawa kami bersarapan di RANTAU CATERING yang berada ditepi jalan utama Kemaman - K. Terengganu 1km dari Petronas di situ menghala ke K. TERENGGANU...