Posts

Showing posts from June, 2019

Salaf, wahabi, Maturidiyyah, Assyairah....?

Soalan Sy nk bertanya anak johor... lepas smyg jemahat tu ade doa kan... masa doa tu dia ada sebut ahli sunnah wal jamaah aliran ape tah aku x berapa jelas, yg jelas dengo al maturidiah... boleh jelaskan x kenapa ada menjurus ke aliran tertentu, ade berapa aliran sbenarnya, dan aliran lain tu kira terpesong ke... maaf aku mmg betul2 ilmu x tinggi. Jawapan. بسم الله الرحمن الرحيم، Para sahabat yang aku sayangi dan hormati. 😄 Berkenaan dengan berapa aliran ini. Hakikat sebenarnya aliran sebenar kita adalah datang dari Rasulullah SAW. Rujukan kita Al-Quran dan Hadis dari Rasulullah SAW. Namun, apabila Rasulullah SAW wafat, maka, banyak pandangan yang keluar dari para sahabat untuk memahami agama Islam ini. Pastinya cara penyampaiannya berbeza dari Rasulullah SAW. Oleh itu tidak mustahil pelbagai pandangan akan wujud. Era kita pula semakin jauh dari zaman Rasulullah SAW dan sahabat, maka, lebih banyak perbezaan pandangan yang berlaku. Secara asasnya. Perbezaan pandangan terba

Belajar agama tetapi perangai teruk

Saya terima satu soalan : Ramai anak - anak muda yang telah belajar agama di Mesir, Arab Saudi, Yaman. Tidak kurang juga yang belajar di pondok dan Univeraiti tempatan. Mereka belajar kitab dan memahaminya. Tetapi di dapati sebahagian daripada mereka masih juga berperangai teruk. Saya pun tidak faham. Apa pandangan Ustaz? Jawapan saya.. Sahibus Samahah, Dr. Zulkifli Al-Bakri dalam petikan Al Kafi ada menyatakan bahawa : Orang yang beragama dengan orang belajar agama perlu di bezakan. Orang yang beragama adalah orang yang belajar agama dan mengamalkan apa yang dipelajari. Manakala orang yang belajar agama, sekadar belajar sahaja tetapi belum tentu mengamalkannya. Saya menambah dari petikan di atas, sekiranya orang menjadikan Islam itu Ad din, maka, hidupnya pasti menzahirkan Al-Quran dan As-Sunnah. Namun, orang yang belajar agama sahaja, hidupnya sekadar petah menbicarakan hal agama, ayat Al-Quran dan matan Hadis berada di hujung bibir sahaja. Tetapi hidupnya pudar dari Al-Qura