Posts

Showing posts from March, 2014

PENGALAMAN MENJALANI RAWATAN DI FERTILITY CLINIC (KLINIK KESUBURAN) siri 1

Selepas berkahwin lebih 2 tahun, pasti orang akan tertanya kenapa masih belum belum ada 'isi' lagi? dan secara tidak langsung...pasti orang akan beranggapan bahawa isteri anda MANDUL. TAHUKAH ANDA? Bahawa kemandulan berlaku kepada lelaki dan perempuan pada nisbah yang sama....50% masalah kemandulan berlaku kepada lelaki dan 50% lagi bermasalah kepada perempuan.. Disini aku nak kongsi pengalaman aku ketika aku pergi ke Klinik Kesuburan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh... 2 tahun selepas pernikahan aku, aku masih belum dikurniakan anak membuatkan aku tertanya, adakah ada masalah dari salah seorang dari kami...aku mengambil keputusan untuk terus membuat pemeriksaan air mani (Semen Analysis) di Hospital Metro...sebuah hospital swasta khas untuk Wanita dan pakar kesuburan... Sehari kemudian, keputusan yang aku tunggu pun tiba...aku termanggu kerana aku mendapati keputusannya tidak menggembirakan aku..aku mengalami masalah Oligispermia (kekurangan bilangan spe