Posts

Showing posts from April, 2016

Isyarat Mata Satu (petanda kiamat) episod 10

Image
1. Adakah benar dunia kini diperintah oleh jemaah dajjal? Berdasarkan hadis Imam Muslim Pernah Nabi SAW bersabda: "seorang sahabat bernama Tamim Addhari  pernah belayar bersama lebih kurang 30 sahabat lain dan terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan dajjal. Dajjal ketika itu dirantai kaki dan tangannya. Tidak mampu bergerak. Sedangkan Dajjal sebenarnya ketika ia keluar, ia mengelilingi dunia dengan cepat dan mudah. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dajjal serta bertanya beberapa soalan kepada sahabat. Salah satunya berkaitan air Tasik Tiberias. Adakah tasik ini sudah kering? Sahabat menjawab tasik ini masih lagi digunakan  untuk mengairi tanaman. Dajjal mengatakan ia bakal kering. " Berdasarkan soalan tadi adakah kita sedang dikuasai Dajjal? Kita akan katakan belum lagi. Tetapi sudah pastinya Dajjal tidak keluar, dan selepas dia keluar baru dia bina pemerintahan dan sistemnya? Tidak. Pastinya ketika Dajjal keluar, sistem yang ada di dunia su

Jejak Warisan Taiping

Image
  Utara Perak...2016 Menelusuri sejarah sebuah daerah di Utara Perak, sebuah daerah yang menempatkan banyak perkara pertama di dalam sejarah tanah melayu. Daerah yang kaya dengan warisan sehinggakan kerajaan Negeri Perak melancarkan projek Jejak Warisan bermula tahun 2015. Sejarah Larut, Matang dan Selama (Taiping) - Bandar Keamanan. Mercu Tanda Jejak Warisan Taiping 1. Zoo Taiping dan Night Safari - 1961 ZOO Taiping Dan Night Safari Dikenali sebagai Taman Mergastua merupakan taman zoologi pertama di Malaysia dan dibina sebagai zoo oleh Majlis Perbandaran Taiping serta dirasmikan sepenuhnya oleh Sultan Idris Shah II pada tahun 1961. Zoo Taiping akhirnya memperkenalkan konsep zoo malam "Night Safari" pertama di Malaysia  pada tahun 2003. Night Safari dirasmikan oleh Sultan Azlan Muhibbudin Shah. 2. Rock Garden - 1970 Rock Garden Taman arca batu ini terdiri dari susunan batu tiruan buatan manusia. Rekaan replika haiwan purba menjadi fokus kep