DIABETES

 DEFINISI / PENGENALAN


Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis merupakan suatu keadaan kesihatan di mana glukosa (gula) dalam darah berada pada paras tinggi. Keadaan ini berlaku apabila hormon insulin tidak dapat berfungsi sepenuhnya menukar glukosa dalam darah kepada sumber tenaga bagi kegunaan sel - sel kita.

TANDA - TANDA

1. Kerap Kencing
2. Kerap Dahaga
3. Hilang berat badan secara mendadak
4. Kerap berasa letih lesu
5. Mudah terkena Jangkitan Kulit
6. Luka lambat sembuh
7. Gatal - gatal terutama pada kemaluan
8. Kerap terkena Bisul

FAKTOR RISIKO


1. Obesiti atau berat badan berlebihan
2. Tidak aktif secara fizikal atau kurang bersenam
3. Tabiat pemakanan yang tidak sihat
4. Faktor peningkatan umur
5. Wanita hamil
6. Pengambilan ubat - ubatan seperti steroid
7. Sejarah keturunan keluarga yang mempunyai diabetes.

KOMPLIKASI DIABETES


A. Kerosakan salur darah besar

1. Serangan Jantung
2. Strok (angin ahmar)
3. Gangrin ( Daging mereput)

B. Kerosakan Salur Darah Besar

1. Kerosakan buah pinggang
2. Kerosakan Mata
3. Kerosakan Saraf

7 Langkah Mencegah Diabetes


A. Bergerak aktif dan selalu bersenam
B. Pantau BMI anda
C. Makan banyak sayur dan buah - buahan
D. Hadkan pengambilan Gula
E. Hindari Rokok dan Alkohol
F. Jalani saringan diabetes rutin
G. Dapatkan pertolongan untuk mengubah gaya hidup anda daripada ahli keluarga ataupun anggota kesihatan.

JIKA ANDA PESAKIT DIABETES, ANDA WAJIB !!


MENGAWAL DIABETES


1. Ambil ubat secara betul

2. Ambil makanan secara sihat dan seimbang

3. Pengurusan stress

4. Senaman setiap hari

5. Pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah sendiri

6.Pemeriksaan kaki berkala

7. Amalan gaya hidup sihat.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?