Bermulanya Sengsara (Petanda Kiamat) episod 9
Penindasan umat islam
di dunia seperti rakyat Syria yang terpaksa menjadi pelarian di Eropah.
Memaparkan bahawa seolah – olah kesengsaraan umat islam ini telah direncanakan
dengan teliti oleh musuh islam bermula
dari fasa masa keempat dengan era Globalisasi, Sekularisme dan Liberalisme.
Islam turut dianggap sebagai agama penganjur keganasan.
1. Sebenarnya, apa yang salah tentang umat islam hari ini? Apa yang tidak kena dengan umat islam hari ini?
Saya lebih bimbang
tentang kelemahan ummah. Ketika zaman Rasulullah SAW dan para sahabat RA,
mereka di uji dengan Fitnah. Bukan sesuatu yang pelik bila umat islam di uji
Allah SWT. Tetapi Rasulullah dan Para sahabat dapat menghadapinya.
Ketika boikot ekonomi
selama 3 tahun, berlaku hijrah, peperangan demi peperangan, kebuluran dan
seumpamanya, umat islam ketika zaman Rasulullah tetap kuat dengan iman mereka,
ketaqwaan dan kecekalan mereka sangat hebat dan akhirnya kemenangan menjadi
milik mereka.
Namun, apabila taqwa,
keimanan menjadi lemah pada hari ini, menyebabkan isme – isme (fahaman Barat) tidak mampu ditangani.
Hadith riwayat Abu Daud
yang bertaraf sahih :
“ Tidak berapa lama lagi, akan menimpa ke atas kamu serangan, sebagaimana manusia merpa hidangan makanan” – Al Hadith
Bermakna, Rasulullah
SAW telah menggambarkan umat islam hari ini akan diratah seperti makanan. Sudah
pasti ia tidak berlaku begitu sahaja dan ia pasti melalui perancangan yang
teliti. Tetapi, perancangan sehebat mana pun dari musuh – musuh islam, jika
kita kuat, kita gagah, kita pasti dapat menangani apa jua bentuk serangan.
2. Apakah umat islam hari ini lemah kerana kualiti umat hari ini seperti debu?
Era ini adalah era yang
penuh cabara dan tribulasi. Tetapi kualiti umat amat lemah.
Hadith riwayat Abu daud
:
“ ketika menghampiri kiamat, kamu seperti buih di atas air bah” – Al-Hadith
Bermakna tiada kualti,
umat tidak menjadi seperti air bah tersebut yang kuat arusnya, yang mampu
menjaga diri tetapi kita menjadi seperti buih yang hanyut di atas bah. Pastinya
ia bersebab.
Hadith riwayat Abu Daud
:
“ Ini adalah kerana sifat wahan, para sahabat bertanya apa itu ya Rasulullah. Dan Nabi menjawab, iaitu Cinta dunia dan takut Mati”- Al-Hadith
Tidak seperti umat
dahulu, bibir mereka basah dengan kalimah Allah, Kalimah Al-Quran. Kini,
manusia cenderung kepada hiburan dan nyanyian. Dahulunya umat bergerak untuk
berjihad pada jalan Allah, kini, umat bergerak untuk menari.
Namun Hakikatnya, umat
islam tidak di arah membuang dunia, tetapi islam mengajar supaya mengambil
dunia mengikut landasannya. Bukan cintakan dunia.
Hadith Riwayat Muslim :
“ Bersegeralah kamu beramal soleh, akan dating kepadamu Fitanun, iaitu pelbagai Fitnah (Pancaroba, Cabaran, Halangan, Kesusahan, Penderitaan) seperti kepingan – kepingan malam” – Al-Hadith
Akhirnya dating Bala’
yang semakin melemahkan kita kerana kurangnya Kualiti.
Surah Al- Ghafir ayat
38 – 39
Ghāfir:38 - Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.Ghāfir:39 - "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
3. Seandainya Jiran kita di zalimi, apa perasaan kita?
Kita akan merasa
bertangunggjawab untuk membantu walaupun dia bukan orang islam.
4. Apabila seluruh umat islam dizalimi, maka muncul pasukan militant yang dikenali sebagai ISIS, Dikatakan untuk membela umat islam, tetapi persoalannya, apakah ini satu perjuangan di jalan Allah?
Hasrat untuk membantu
itu amat mulia, tetapi islam tidak menyatakan ia baik kerana kita rasa ianya
baik dan betul.
Surah Al Baqarah ayat
112 :
Al-Baqarah:112 - (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Syarat berjuang dijalan
Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi ialah :
A. Niat kerana Allah
B. Perlu Mukhsin – Ulama tafsir mukhsin sebagai
menepati Syariat.
Berjuang menentang
kezaliman perlu menepati syarat. Jika berjihad, perlu bierjihad fi sabilillah.
Bukan sekadar berjihad. Adakah perjuangan ISIS mengikut landasan Allah? Jika
benar ikut landasan Allah, mengapa sembelih orang islam? Mengapa tidak
menyerang Israel?
Nabi SAW pernah berdoa
supaya Allah memberkati Mekah, Madinah, Syam dan Yaman. Kemudian seorang
sahabat memohon supaya Nabi SAW berdoa memberkati Iraq kemudiannya Nabi SAW diam
lalu Nabi SAW bersabda :
“ Disitu akan lahir Fitnah, Gempa Bumi dan Tanduk Syaitan.” – Al-Hadith
Jika kita perhatikan,
ISIS dating dari penjuru Negara Iraq, dan di situ juga Nabi SAW kata akan lahir
tanduk syaitan. Ini mungkin relevan.
5. Persidangan Protokol Zionis, Perkara 16 ada menyebut bahawa fahaman kebendaan perlu disebarkan dan menjadikan tuhan itu unsur sementara sahaja. Apa yang ini disebar itu telah sampai kepada manusia dimana manusia menuju ke gerbang keduniaan dan kebendaan.
Ramai orang di Barat dan
Yahudi sendiri menolaknya dan dikatakan ia tidak sah. Tidak sahih. Tetapi,
melalui analisis dan kajian menyatakan ia adalah sahih. Ia terkandung di dalam
dokumen ketenteraan Amerika dan ia berlaku sat per satu pada hari ini.
Kini, tuhan diketepikan
dan yang diketengahkan adalah nafsu melalui Hedonisme.
Jika kita kuat iman dan
taqwa, fahaman ini pasti ditolak dan tidak akan terserap ke dalam jiwa umat
islam. Kita perlu berpegang teguh kepada agama islam.
Hadith riwayat Muslim :
“ Kamu akan ikut jejak langkah orang sebelumkamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun kamu akan turut ikut” – Al-Hadith
Bermakna, umat akhir
zamn ini menjadi Pak Turut, Tiada Jati Diri, Umat lubang biawak.
Kemudian sahabat
bertanya kepada Rasulullah siapa dia?
Nabi bersabda :
“Yahudi dan Nasrani” – Al-Hadith
Yahudi dan Nasrani ini
sentiasa bersandiwara untuk mengenakan umat islam, jadi, jangan jadi pak turut
tetapi turutilah Al-Quran dan Sunnah.
Surah Al Baqarah ayat
155- 156
Al-Baqarah:155 - Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:Al-Baqarah:156 - (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
6. Tidak salah untuk memegang dunia, tetapi umat islam hari ini meletakkan dunia di kedua – duanya iaitu di hati dan di tanagan. Seharunya kita meletakkan duni hanya pada tangan dan meletakkan akhirat di hati kita. Adakah Allah tiada belas kasihan kepada umat islam hari ini? Tiadakah doa yang dimakbul untuk membantu umat islam?
Sepintas lalu, sperti
Allah lupa pada kita, bila di analisis, tidak begitu. Sebagai contoh ialah bila
Russia menyerang Afghanistan, maka berlaku peperangan 10 tahun, akhirnya
Mujahiddin Afghanistan Berjaya menghalau Russia.
Contoh kedua ialah
puluhan tahin Palestin menderita, tetapi umat islam Palestin masih tersenyum
dan tidak pernah kalah.
Ertinya, Kasih dan
Sayang Allah masih bersama kita. Namun bagaimana dengan kita?
Surah Al- Baqarah ayat
152
Al-Baqarah:152 - Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Ini adalah formula.
Dalam Tafsir Qurtubi, Iangat pada Allah bukan bermaksud Tasbih, Tahmid semata –
mata, tetapi ia adalah taar pada Allah dalam kehidupan dan setiap tindakan kita
mengikut perintah Allah.
Kita pakai baju, tetapi
baju yang mengikut syariat, kita jamah makanan, makanan yang mengikut syariat.
Kita menyayi, melawak, berlakon tetapi mengikut syariat. Lebih baik takut
kepada kiamat daripada takut kepada perkara khurafat. Ini adalah ingat pada
Allah.
7. Bagaimana berdepan dengan musuh yang licik dan sofistikated dengan seni kejahatan ini?
Kita perlu ada
PENDIDIKAN ummah. Bukan sekadar pandai mengaji, tetapi pandai mengaji dan faham
dari sumber yang betul. Dengan pendidikan, kita dapat menilai kejahatan dan
tidak akan terikut dengan fahaman – fahaman jahat. Tidak ada masalah berbaik
dengan non muslim, tetapi boleh menilai kebaikan dan kejahatan.
Kita perlu segera
BERAMAL soleh agar musuh tidak mudah menembusi perisai Umat Islam.
Bintang Ilmuwan - Dato’
Dr. Danial Zainal Abidin
Indikator Al- Quran – Ustaz
Ahmad Tirmizi
#Halaqahtv9
Comments
Post a Comment