Isyarat Mata Satu (petanda kiamat) episod 10

1. Adakah benar dunia kini diperintah oleh jemaah dajjal?

Berdasarkan hadis Imam Muslim Pernah Nabi SAW bersabda:
"seorang sahabat bernama Tamim Addhari  pernah belayar bersama lebih kurang 30 sahabat lain dan terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan dajjal. Dajjal ketika itu dirantai kaki dan tangannya. Tidak mampu bergerak. Sedangkan Dajjal sebenarnya ketika ia keluar, ia mengelilingi dunia dengan cepat dan mudah. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dajjal serta bertanya beberapa soalan kepada sahabat. Salah satunya berkaitan air Tasik Tiberias. Adakah tasik ini sudah kering? Sahabat menjawab tasik ini masih lagi digunakan  untuk mengairi tanaman. Dajjal mengatakan ia bakal kering. "
Berdasarkan soalan tadi adakah kita sedang dikuasai Dajjal? Kita akan katakan belum lagi. Tetapi sudah pastinya Dajjal tidak keluar, dan selepas dia keluar baru dia bina pemerintahan dan sistemnya? Tidak. Pastinya ketika Dajjal keluar, sistem yang ada di dunia sudah bersedia menerima Dajjal.

Kerana dari sudut namanya berasal dari kalimah Dajalah bererti menimbus sesuatu. Menimbus kebenaran. Di dahinya ada kaf fa ro iaitu Membawa kekufuran. Kekufuran dan penimbusan terhadap kebenaran sedah pasti akan wujud terlebih dahulu sebelum Dajjal keluar.

Kita lihat era fasa ke 4 sekarang di mana kekufuran berleluasa. Isme-isme kufur yang banyak, yang bercanggah dengan syariat, ia bercanggah dengan islam dan dipopularkan dengan megah sekali.

Jadi Dajjal belum keluar, tetapi suasana sudah 'kondusif' untuk menerima dajjal yang disebut sebagai Al-Masih.

Gelaran Al-Masih juga merupakan gelaran buat Nabi Isa as. Ini kekayaan bahasa arab. Kita buka kamus arab kita dapati Al-Masih ada 2 maksud besar, iaitu membawa kebenaran yang sesuai dengan Nabi Isa as dan membawa kemungkaran, sesuai dengan Dajjal.

Dajjal belum keluar, tetapi eranya sudah dekat sebab, kekufuran dan sistem Dajjal telah nampak serta semakin subur dari hari ke hari.

Namun Dajjal tidak mustahil dikatakan telah ada berdasarkan hadis tadi. Tetapi dia belum lagi keluar, rantai masih mengikatnya.

2. Sistem dajjal telah pun lengkap dan sempurna?

 

Sudah menghampiri kemuncak.

3. Adakah umat islam tahu tentang perkara ini?

 

Saya meyakini umat islam tidak sedar bahawa sistem ini telah menguasainya dan kita sedang mengikut sistem ini secara selesa.

Simbol mata 1 telah menjadi jenama atau trend yang mengagungkan Dajjal serta bakal menyambut kedatangan Dajjal. Mereka akan menjadikan Dajjal sebagai pemimpin dan tuhan mereka. Kita perlu bersedia, tahu dan faham topik ini.

Surah al hadid ayat 20

Al-Ĥadīd:20 - Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Zaman ini, orang mungkin tidak lagi menurunkan tentera untuk menyerang manusia lain. Tetapi orang menggunakan cuaca untuk menyerang sesebuah negara. Dan pasti tiada apa dapat dibuktikan serta orang akan mengatakan bahawa ia adalah sifat alam semulajadi. Adakah benar tsunami yang melanda Aceh dan Jepun berpunca dari alam semuladi?
Satu projek rahsia kerajaan Amerika (USA) yang digunakan oleh angkatan tentera Amerika dan beberapa buah universiti di Amerika yang terletak di Alaska merupakan senjata paling canggih digunakan manusia hari ini.


Teknologi ini mampu mengawal cuaca dan dikatakan sebagai teknologi Dajjal. Dajjal sebenar belum keluar, tetapi kejahatan hari ini adalah dari petunjuk dan ajaran Dajjal yang dilakukan oleh kelompok pemuja Dajjal.

4. Apakah benar projek HAARP merupakan salah satu senjata yang menghentam negara lain dalam bentuk cuaca?


HAARP bermaksud High Frequency Active Auroral Research Programme. Ia memanfaatkan atmosfera.

Dalam bidang sains, atmosfera mempunyai 7 lapisan iaitu:
1. Troposfera
2. Stratosfera
3. Mesosfera
4. Thermosfera
5. Exosfera
6. Ionosfera
7. Magnetosfera

Fungsi HAARP


HAARP memanafaatkan lapisan ke 6 iaitu ionosfera dengan menembak gelombang elektrostatik ke ionosfera dan menyebabkan perubahan pada lapisan tersebut. Perubahan itu akan ke bumi semula dengan menggunakan teknologi dan menyebabkan perubahan cuaca.

Ketika HAARP diperkenal, ada kebimbangan dari saintis dan Kesatuan Eropah ia disalahguna. Amerika menafikan, dengan alasan ia untuk mengkaji cuaca dan memudahkan sistem komunikasi.


Tetapi bahagian penyiaran Kanada seperti CBC, History Channel dan Kesatuan Eropah mengatakan "tidak". Jadi, apabila bertanyakan adakah teknologi HAARP ini dijadikan sebagai senjata cuaca di era Dajjal, ia mungkin terjadi.

Riwayat imam Muslim Sabda Rasulullah SAW :
"Dajjal merupakan seorang yang terkutuk yang akan mengatakan kepada langit, "wahai langit! Turunlah hujan." Hujan pun turun. "Wahai bumi,! Suburlah kamu." Bumi pun subur. " - al- hadith

Ada ulama mengatakan bahawa Dajjal seperti membuat kerja tuhan kerana dapat mengarahkan langit dan bumi, tetapi pada hari ini, kita dapat memahami bahawa ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Sebagaimana yang pernah ditulis oleh seorang tokoh Australia yang sudah memeluk islami iaitu Muhammad Assad. Beliau pernah bertemu ulama di Saudi Arabia  dan telah menulis sebuah buku 'The Road to Mecca'.
Beliau menyatakan dalam buku ini bahawa :

Dajjal merupakan satu makhluk perosak yang dilaknati Allah dan menguasai teknologi.

Jadi jika kita mentafsirkan Hadis seumpama ini, kepada penguasaan teknologi adalah tidak mustahil. Dengan cara ini, Dajjal dapat menguasai dunia. Dajjal sudah pasti tidak keseorangan, tetapi ada jemaahnya.

Berdasarkan Hadith Sahih
"Antara orang yang menyokong dajjal adalah Yahudi Isfahan." - al hadith

"Dajjal datang dari timur "- al- hadith

Perlu kita ketahui bahawa Yahudi Isfahan juga datang dari timur. Di samping wanita dan anak luar nikah. Ini adalah kelompok jemaah Dajjal.

Cuaca sedang berubah pada kadar yang luar biasa. Tempat yang tidak pernah turun salji dapat menerima salji, tempat yang tidak dijangka berlakunya tsunami, terjadinya tsunami. Apakah ini satu petanda bahawa dunia telahpun akhir zaman dan teknologi Dajjal telahpun mencapai kemuncaknya?

Serge Monast merupakan seorang wartawan dari Kanada ditemui mati kerana sakit jantung, namun, dalam rekod perubatannya, dia tidak mempunyai penyakit seperti itu. Bunyinya pelik. 

Serge Monast adalah wartawan pertama yang membongkar tentang HAARP ini.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan isyarat mata satu ini terutama dalam bidang hiburan?

Bila kita kembali kepada dalil berkaitan Dajjal, dalil sahihnya bukan satu atau dua, tetapi ada banyak. Sehingga tidak boleh dinafikan kewujudannya.
Ada yang mentafsir Dajjal sebgai sesuatu yang simbolik. Simbolik tentang kejahatan dan bukannya individu. Itu juga TIDAK boleh diterima kerana begitu banyak hadis yang sahih menunjukkan ia bukan sekadar simbolik. Ia adalah manusia yang jahat dan pernah dikaitkan dengan Ibnu Sayad dan Ibnu Qattan yang merupakan manusia.

Sabda Nabi SAW :
"Dajjal ini bermata dua, tetapi yang disebelah kanan tersembul seperti anggur tanpa cahaya."

Muhammad Assad dalam buku 'Road To Mecca' merumuskan bahawa, ini melambangkan satu makhluk perosak yang berdasar hadis hanya dapat memanfaatkan satu mata sahaja. Itu adalah kaitan  isyarat 1 mata.

Menunjukkan bahawa Dajjal ini tidak sempurna. Ketidaksempurnaan penglihatan itu dikaitkan dengan kaf fa ro iaitu kekufuran, menampakkan bahawa dia cuma melihat dan bersetuju dengan perkara kufur.

Lantas bila dikaitkan dengan mata satu ini ia adalah unsur penjenamaan. Mungkin Allah mentakdirkan bahawa sebelum Dajjal benar - benar datang, kekufuran akan datang dahulu.

Para artis dan penghibur menjadikan gaya ini sebagai isyarat mereka untuk menunjukkan trend dan style mereka. Semua yang dipaparkan membawa kepada kemungkaran.
ini isyarat yang selari dengan apa yang Dajjal mahu.

6. Sejauh mana anak - anak umat islam faham tentang isyarat ini?


Mungkin mereka faham tetapi tidak detail, tidak menyeluruh kerana, apa - apa yang jelas membawa isyarat tersebut, mereka bukan dari golongan yang memegang ketaqwaan. Kita perlu fahamkan generasi kini bahawa isyarat seperti ini tidak bagus. Dan perlu dijauhi.

Walaupun tidak dengan melakukan isyarat, apa yang kita bimbang adalah pengaruh yang dibawa oleh artis ini menyusup masuk ke hati pengikut dan peminat. 

Surah albaqarah ayat 208
Al-Baqarah:208 - Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Platform hiburan dijadikan tempat untuk mendekatkan manusia dengan sifat Dajjal laknatullah ini.

7. Apakah peranan Zionis Yahudi dan hubungkaitnya dengan Dajjal Al-Masih yang akan muncul nanti? 


Yahudi dan Dajjal ada perkaitan rapat, kerana dalam hadis Sahih

"Dajjal akan datang dengan 70,000 Yahudi Isfahan dengan memakai selendang Tayalisah"- Al- Hadith

Selendang Tayalisah ini adalah pakaian khas Yahudi Isfahan. Dapat dikenali secara khusus, Yahudi Isfahan. Mereka akan bergabung usaha untuk membantu perjuangan Dajjal menegakkan kekufuran.

Akhirnya, Yahudi ini akan bertindak melaksanakan agenda Dajjal. Salah satunya dengan cara media, sebagai contoh, setiap tahun, 600 buah filem dihasilkan oleh Hollywood. 

Online Pornography pula menunjukkan setiap saat menunjukkan lebih kurang USD3000 dibelanjakan.

Ini ada kaitan dengan isyarat mata satu. Bila kita melihat artis membuat isyarat mata satu, bukan mata sebelah itu yang kita perlu fokus, tetapi disebalik mata tersebut. Ia ada mesej. Apa yang ingin disampaikan melalui mesej ini adalah kaf fa ro. Sistem kekufuran.

Kerana itu, Dajjal dikaitkan dengan mata satu. Di dahi Dajjal ada kaf fa ro. Menampakkan itulah yang disemarakkan dan semakin disuburkan.

Apabila kita ingin perbaiki, sudah pasti kita kembali kepada rujukan kita iaitu Al-Quran. Didalam surah Al-Fatihah, hujung ayatnya cukup signifikan, kita minta Allah supaya menunjukkan jalan yang lurus.
Al-Fātiĥah:6 - Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Al-Fātiĥah:7 - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Jalan yang lurus ini bukan dari ciptaan kita, tetapi mestilah dari jalan yang Allah mahu. Jika diikut kemahuan masing - mmasing semua orang ada idea tersendiri. Tetapi ini agama Allah, ini dunia Allah. 

Sahabat Abdullah Ibnu Abas, Imam Mujjahid mentafsirkan 'Silmi' dalam surah Al- Baqarah ayat 208 tadi adalah 'Islam'. Ertinya, masuk melaksanakan Islam sepenuhnya. Bukan pergi ke masjid, Islam. Tetapi ikut konsert artis yang sesat.
Surah Al Baqarah ayat 208

Seterusnya dihujung Fatihah Allah menyebut
"bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

Kesannya sangat besar bagi orang Islam. Orang islam baca Al-Fatihah berulang kali. Kita perlu faham ayat Allah ini.

Menurut ulama, tafsir 'jalan golongan yang Allah murkai' ini adalah Yahudi. Yahudi ini bukan tidak baca Taurat, tetapi apa yang Taurat kata, dibuat lain. Sebagai contoh dalam Al-Quran menceritakan bahawa " Jangan bekerja pada hari sabtu" tetapi Yahudi tidak ikut.

Menurut ulama, tafsir 'golongan yang Allah sesatkan' adalah Nasrani. Nasrani ubah agama. Nabi Isa AS menjadi Rasul tetapi mereka naik pangkat jadi anak tuhan.

Kedua - dua golongan ini jangan ikut. Jika kita baca Al-Quran, apa Al-Quran suruh lain, kita buat lain, maka perangai kita 'macam' Yahudi. Ada juga golongan yang ubah Islam, apa yang Al-Quran kata, mereka ubah ikut pentafsiran sendiri dan menjadi 'seperti' Nasrani.

Ini sedang melanda kita pada era Dajjal ini. Kita perlu menjadi orang yang sentiasa mengikut jalan yang 'lurus'. Sentiasa mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Jalan yang kita lalui ini adalah jalan yang rumit, namun inilah yang perlu kita lalui hari ini. 

Dr Danial Zainal Abidin
Ustaz Tirmizi
#Halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?