Posts

Showing posts from March, 2018

Adakah tempat kita di sisi Allah SWT?

Bagaimanakah kita hendak bertanya kepada Allah tentang tempat kita di sisi Allah? Imam Ibnu Atha'illah RH berkata, "Lihatlah apa yang Allah sibukkan kamu setiap hari. Sekiranya urusan kamu setiap hari hanya sebab RasulNya,hanya kerana Allah, maka, tempat kamu adalah di sisi Allah. Sebaliknya, jika bangun awal pagi, kamu telah memulakan urusan dunia mu, dan tidur juga dengan urusan dunia mu, Ketahuilah, Kamu TIADA tempat di sisi Allah. Sumber - Ustaz Wadi Anuar.

Sah Solat Yang tidak khusyu', Tetapi....

بسم الله الرحمن الرحيم Adakah sah solat yang tidak khusyu' ? Khusyu' merupakan komponen utama di dalam solat. Dengan khusyu', kita akan merasai kenikmatan solat. Kerana Khusyu' adalah Roh solat. Sehingga nilaian pahala solat datang dari kadar yang bersesuaian dengan khusyu'nya seorang hamba. Dari Ammar Bin Yassir, Sabda Rasulullah SAW, Pahala bagi seseorang yang selesai menunaikan solat adalah 1/10,atau 1/9, atau 1/8, atau 1/7, atau 1/6, atau 1/5, atau 1/4, atau 1/3, atau 1/2. Hadith Riwayat Abu Daud. Dinukilkan daripada Ibnu Abbas RA, Kamu mendapat bahagian pahala solat daripada apa yang kamu renungkan ketika solat. Jadi, bagaimana jika tidak khusyu' di dalam solat seperti terfikir hal kerja, hal keluarga ketika solat? Adakah perlu mengulangi solat yang tidak khusyu'? Ulama berbeza pandangan di dalam hal ini, jumhur ulama menyatakan hukumnya merupakan sunnah yang dianjurkan tetapi tidak wajib. Ini kerana, khusyu' di dalam solat secara sepenuh

Tipu Daya Iblis

Tipu Daya Iblis yang paling utama bukan datang dari Harta, bukan dari wanita, bukan dari pangkat atau Jawatan. Tetapi, tipu daya Iblis yang paling utama adalah meletakkan rasa tidak senang dan susah untuk menuntut ilmu agama. Dinukilkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi RH dalam kitab Tablis al-Iblis, "Ketahuilah, tipu daya iblis yang paling utama adalah menghalangi manusia daripada menuntut ilmu agama. Kerana ilmu itu adalah cahaya. Sekiranya cahaya - cahaya ilmu ini dapat dipadamkan oleh iblis, maka, iblis mampu memandu kamu ke arah kegelapan mengikut kehendaknya" Oleh yang demikian, menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap Muslim. Kerana, dengan cahaya ilmu, kita akan terus berada di atas Jalan Allah yang lurus. Sumber dari Yufid TV.