Tipu Daya Iblis

Tipu Daya Iblis yang paling utama bukan datang dari Harta, bukan dari wanita, bukan dari pangkat atau Jawatan. Tetapi, tipu daya Iblis yang paling utama adalah meletakkan rasa tidak senang dan susah untuk menuntut ilmu agama.

Dinukilkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi RH dalam kitab Tablis al-Iblis, "Ketahuilah, tipu daya iblis yang paling utama adalah menghalangi manusia daripada menuntut ilmu agama. Kerana ilmu itu adalah cahaya. Sekiranya cahaya - cahaya ilmu ini dapat dipadamkan oleh iblis, maka, iblis mampu memandu kamu ke arah kegelapan mengikut kehendaknya"

Oleh yang demikian, menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap Muslim. Kerana, dengan cahaya ilmu, kita akan terus berada di atas Jalan Allah yang lurus.

Sumber dari Yufid TV.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih