Posts

Showing posts from October, 2019

Tawaran Kuliah di surau atau masjid.

Kepada Tuan - tuan yang berminat untuk menambah kuliah agama di Masjid atau Surau di sekitar Simpang atau Taiping berkaitan  : Tafsir Hadis Feqah Tauhid Dan lain - lain, boleh berhubung dengan saya. Saya sedia memenuhi kekosongan jika diberi kesempatan. In sya Allah. Boleh WhatsApp 0175335234,  Mohd Nasyran Muhmmad Rashid. Tawaran ini adalah percuma.  Lepasan Diploma Pembantu Perubatan dan Diploma Pengajian Islam Syariah. Imam Masjid Al-A'laa bertauliah dari Jabatan Mufti Negeri Perak. Guru Takmir Agama Islam Bertauliah Dari Jabatan Mufti Negeri Perak. 

Dosa Besar ke 63 : Kepercayaan Sial.

Menjadi adat kebiasaan mana2 masyarakat di dunia ini, akan memiliki kepercayaan masing - masing. Ada yang berdasarkan pengalaman, ilmu, pemerhatian dan lain - lain. Namun begitu, terdapat kepercayaan yang haram di sisi Islam kerana ia termasuk di dalam perbuatan syirik. Kepercayaan ini dinamakan sebagai kepercayaan sial. Contoh kepercayaan sial : 1. Ternampak seekor burung gagak hinggap berdekatan dengan rumah atau dipalang rumah dan beranggapan ada kematian bakal berlaku. 2. Beranggapan kelahiran atau kehadiran seseorang membawa musibah atau nasib malang pada keluarga atau masyarakat. 3. Terpecah barang ketika melakukan kerja dan beranggapan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Ini antara contoh yang patut kita jauhi kerana ia bukan dari kepercayaan ilmu, tetapi kepercayaan nenek moyang yang tiada bukti ilmiah mahupun sandaran kepada agama. Ia juga boleh membawa kepada perbuatan syirik. Kata pengarang kitab, "Boleh jadi perkara tersebut (

Dosa Besar ke 62 : Orang Yang Menisbah Diri Kepada Selain Bapanya.

Menisbahkan diri kepada selain bapa iaitu ber"bin"kan selain dari bapa kandung dengan sengaja adalah perbuatan dosa besar di sisi Allah SWT. Diriwayatkan daripada Sa'd RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bapanya, sedangkan dia tahu bahawa dia bukan bapanya, nescaya syurga diharamkan buatnya" Muttafaqun alaih. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda, "Janganlah kamu membenci bapa - bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya, maka perbuatan itu adalah kufur." Muttafaqun alaih. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bapanya, nescaya laknat Alah ditimpakan ke atasnya." Muttafaqun alaih. Kata pengarang. "Hadis ni terkandung di dalam Sahih Muslim dengan dinyatakan pelakunya mendapat laknat daripada malaikat dan seluruh manusia. Tetapi, hadis ini tidak ditemui di dalam Sa

Dosa Besar ke 61 : Orang Yang Mengacu Ke Arah Saudaranya Menggunakan Besi.

Melakukan sesuatu yang  tidak mendatangkan faedah atau berbahaya adalah larangan daripada Rasulullah SAW. Mengacu pedang, tongkat, kapak atau apa sahaja yang berbahaya kepada orang lain merupakan larangan Allah SWT dan Rasul-Nya. Perbuatan ini boleh menjadi penyebab kecederaan atau kematian. Yang pada akhirnya boleh dijatuhkan hukuman qisas. Mengacu dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja. Marah atau bergurau, ia adalah kategori dosa yang besar Menurut Sheikh Muhammad bin Solleh Al- Utsaimin, Bergurau dengan mengacah untuk melanggar kawan - kawan dengan basikal, motorsikal, kereta juga termasuk dalam perkara ini. Kerana jika berlaku kegagalan untuk mengawal, ia adalah boleh mendatangkan kecederaan. Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang mengacu ke arah saudaranya menggunakan besi, maka para Malaikat akan melaknatnya sehingga dia berhenti melakukannya, walaupun orang tersebut ialah saudara kandungnya sendiri." Riwayat Muslim, daripada Abu

Dosa Besar ke 60 : Perempuan Yang Menyambung Rambut, Menjarangkan Gigi, dan Membuat Tatu.

Menjadi Fitrah wanita atau perempuan, untuk memiliki naluri atau nafsu. Yang menjurus kepada kecantikan. Menjadi cantik atau paling cantik adalah idaman wanita. Oleh kerana itu, para wanita atau perempuan, bersungguh-sungguh mencari atau mencuba pelbagai cara untuk menjadi cantik. Tidak menjadi kesalahan untuk menjadi cantik, asalkan niatnya untuk menarik perhatian suami. Tetapi larangan yang berlaku apabila berlebihan hingga dihadapan orang selain suami juga mahu kelihatan terlebih cantik. Ini kita gelar sebagai Tabarruj. Berlebihan dalam dandanan. Disebalik berlebihan ini, terdapat larangan yang lebih keras. Iaitu: 1. Menyambung rambut, 2. Menjarangkan gigi, 3. Membuat tatu. Sabda Rasulullah SAW, "Allah SWT melaknat perempuan yang : 1.  Menyambung rambut dan 2. Meminta agar disambungkan rambut, 3. Membuat tatu, dan 4. Meminta agar dibuat tatu (dibadannya). 5. Meminta agar bulu diwajahnya dicukur (atau dicabut

Islam bukan hanya wajib solat, puasa sahaja

Rujukan : [1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1158690440991094&id=251201991739948 [2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1193228667537271&id=251201991739948 [3] Riwayat Imam Ahmad, Abu Ya'la dan At Thabrani MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL 03 OCTOBER 2019 MENGUCAP syahadah dan kewaspadaan terhadap munafik. Kalimah Syahadah merupakan step pertama untuk dikenali sebagai seorang Muslim. Ada beberapa perkara yang wajar dibincangkan berkenaan dengan tuntutan-tuntutannya.  Adakah cukup dengan bersyahadah tetapi tidak melakukan kewajipan-kewajipan Islam?  Cukupkah dengan bersyahadah, tetapi masih tidak yakin terhadap penyelesaian Islam? Persoalan-persoalan ini perlu difahami dengan melihat syahadah itu dari sudut tuntutannya.  Sebagai seorang manusia, kita hanya dapat mengukur keIslamannya melalui penuturan syahadahnya. Manakala bab keimanan, merupakan perkara yang tersembunyi yang hanya boleh dikenali melalui ti

Ulama Muktabar yang mengarang kitab Turath

Kitab-kitab yang dikarang ulama' islam mencecah puluhan ribu jilid & jutaan mukasurat. Hendak baca semua memang tidak sempat, tetapi dari ribuan turath ulama', dua puluh ulama' inilah yang boleh dikatakan antara yang terbaik. Menguasai turath satu imam di dalam senarai dibawah ini sahaja akan melonjak naik kadar penguasaan ilmu seseorang, jika mampu kuasai kesemua turath mereka ini maka yang demikian itu hampir-hampir tidak disaksikan lagi dah pada zaman ini. Ulama'-ulama' tersebut ialah: 1)Imam Ibn Abdil Barr 2)Imam Al-nawawi 3)Imam Ibn Qudamah 4)Imam Syihabuddin Al-qarafi  5)Imam Ibn daqiq Al-'ied 6)Imam Ibn Taimiyyah 7)Imam Ibnul Qayyim 8)Imam Najmuddin at tufi 9)Imam Ibn Kathir 10)Imam Ibn Abdil hadi 11)Imam Abu Ishaq Al-syatibi 12)Imam Solahuddin Al 'alaie  13)Imam Ibn Rajab Al-hanbali  14)Imam Ibn Al-mulaqqin 15)Imam Ibn hajar Al-asqalani 16)Imam Jalaluddin Al-suyuti 17)Imam Mulla Ali qari

Idol: Berhala moden dan barah Hedonism

[1] Lisanul Arab Ibn Manzur [2] http://dictionary.reference.com/browse/idol [3] Kamus Pelajar Edisi Kedua MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL 02 OCTOBER 2019 PERKATAAN berhala yang disebut di dalam al-Quran merujuk kepada patung yang disembah. Tetapi di dalam kamus-kamus Bahasa Arab tidak mengkhususkan kepada patung semata-mata. Boleh jadi ia hanya sekadar gambar. Patung pula tidak dikhususkan kepada material batu semata-mata. Boleh jadi kayu, emas dan sebagainya. Namun, ada juga ahli Bahasa Arab yang membezakan antara patung, dan berhala [1]. Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan maksud berhala ialah patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. Ia juga boleh bermaksud kuil, iaitu rumah khas tempat memuja patung-patung dewa. Walau bagaimanapun kita harus faham kata kunci dalam istilah berhala ini ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Dari sudut Bahasa Inggeris, Berhala adalah patung atau sebarang objek yang mewakili

Dosa Besar ke 59 : Orang Yang Mengajak Kepada Kesesatan Atau Pemula Perbuatan Yang Buruk

Allah SWT telah menciptakan makhluk di atas muka bumi ini dengan pelbagai tujuan. Setiap satunya ada manfaat dan tidak dicipta dengan suatu yang sia - sia. Terdapat makhluk yang diberi pilihan untuk mengikut kehendak sendiri dan terdapat juga makhluk yang tidak diberi pilihan ini. Contoh makhluk yang tidak diberi pilihan oleh Allah SWT : 1. Haiwan  2. Tumbuhan 3. Malaikat  Maka, makhluk ini hanya menjalankan tugas mereka sebagai mana yang telah diperintah oleh Allah SWT sejak awal penciptaan mereka. Mereka tidak akan sekalipun melanggar perintah Allah SWT. Contoh makhluk yang diberi kehendak oleh Allah SWT : 1. Manusia 2. Jin. Maka, daripada 2 golongan makhluk ini, akan ada kumpulan yang taat kepada perintah Allah dan sebaliknya. Beruntunglah golongan yang taat kepada Allah, mereka akan diberi ganjaran berdasarkan apa yang telah mereka lakukan. Manakala golongan yang tidak taat pula akan menjadi penghuni Neraka sebagai balasan atas