Dosa besar ke 55 : Orang Yang Menyembelih Binatang Bukan Kerana Allah.
Allah telah menetapkan bahawa terdapat haiwan yang halal dimakan dan haram di makan.
Yang halal dimakan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu
1. Haiwan darat, dan
2. Haiwan air.
Haiwan air tidak perlu disembelih, dan bangkainya halal di makan. Kecuali yang diperincikan oleh para ulama sebagai haram di makan seperti buaya, penyu, kura2 dan sebagainya.
Bagi haiwan darat pula, kebanyakannya perlu melalui proses sembelihan yang menurut syarak supaya dagingnya dapat di makan oleh umat Islam.
Antara syarat sembelihan menurut syarak, sembelihan mesti disebut nama Allah, sebelum disembelihan.
Sembelihan selain daripada Allah, adalah haram di makan, walaupun disembelih oleh Ustaz, Imam atau ulama besar sekalipun.
Firman Allah SWT
Al-An'am ayat 121
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُۥ لَفِسْقٌ ۗ وَإِنَّ الشَّيٰطِينَ لَيُوحُونَ إِلٰىٓ أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجٰدِلُوكُمْ ۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik.
Allah telah memerintahkan bahawa, sebarang haiwan yang disembelih, tidak disebut nama Allah, tidak boleh dimakan.
Kerana, makanan adalah sesuatu yang menjadi darah daging.
Maka, sesuatu yang masuk ke dalam mulut kita perlulah halal dan datang daripada Allah, menurut kehendak Allah.
Bukan mengikut suka hati kita, atau menurut nafsu kita.
Amaran Allah pada hujung ayat, menunjukkan bahawa, jika kita menurut apa yang syaitan bisikkan kepada kita, maka, kita telah syirik kepada Allah.
Al-'Ala' bin Abdurrahman meriwayatkan daripada bapanya, daripada Hani' maula (anak murid) Ali, bahawa Ali RA berkata,
"Wahai Hani', apa yang orang ramai katakan (tentang diriku?)"
Hani' menjawab,
"Mereka mengatakan bahawa kamu mempunyai ilmu yang diperolehi daripada Rasulullah SAW yang masih belum dinyatakan."
Lantas Ali RA mengeluarkan satu lampiran dari pedangnya, di dalamnya mengandungi (tertulis) ,
"Inilah yang aku dengar daripada Rasulullah SAW,
Allah melaknat orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah, dan orang yang menlazimi seseorang selain tuannya.
Allah juga melaknat orang yang derhaka kepada ibubapanya, dan Allah melaknat oramg yang menceroboh sempadan tanah. "
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Sahihnya.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Allah melaknat orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah."
Riwayat Ahmad.
Hadis ini diriwayatkan dengan sanad yang baik menerusi riwayat daripada Abdullah bin Abbas.
Sembelihan yang menurut syarak menjanji faedah yang banyak.
Maka jauhilah sembelihan selain daripada nama Allah.
Allah itu menjadikan kita, maka dia berhak ke atas amalan kita.
Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment