Dosa Besar ke 57 : Mencaci Para Sahabat Besar Ridhuanullah alaih.

Ketika Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul, terdapat sahabat yang paling rapat dengan baginda dan berjuang bersama dengan baginda menegakkan Islam.

Mereka adalah individu yang paling yakin dengan Rasulullah SAW dan beriman dengan sepenuh hati.

Antara sahabat yang besar ialah

Abu Bakar AsSiddiq,

Umar Al-Khattab,

Uthman Affan,

Ali Abi Talib,

Khadijah Khuwailid,

Abdul Rahman Al Auf,

Bilal Rabah.

Dan lain - lain lagi.

Mereka ini telah dijamin Syurga oleh Allah SWT.

Pastinya, mereka yang telah dijamin oleh Allah SWT, adalah terdiri daripada mereka yang mulia dan paling banyak berkorban untuk Islam.

Maka, mencela mereka adalah jenayah yang besar di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman,

"Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Janganlah mencela para sahabatku. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada ditangan-Nya, sekiranya salah seorang kamu menginfakkan harta walau sebanyak emas sebesar Bukit Uhud, nescaya ia tidak sampai secupak atau setengah cupak tangan salah seorang mereka."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Sa'id Al-Khudri.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Sesiapa yang mencaci para sahabatku, nescaya laknat Allah ditimpakan ke atasnya. "

Riwayat Ibnu Abu 'Ashim, daripada' Atha'

Ali RA berkata,

Demi Tuhan yang menumbuhkan bijian dan menciptakan manusia, sesungguhnya Nabi Al-Ummi SAW berpesan kepadaku,

"Tidak ada orang yang mencintaiku, melainkan Mukmin, dan tidak ada orang yang membenciku melainkan munafik."

Riwayat Muslim.

Hadis ini diriwayatkan oleh 'Adi bin Tsabit, daripada Zirr, daripada Ali.

Aisyah Ra. Ha berkata,

"Mereka disuruh supaya meminta keampunan untuk para sahabat Rasulullah SAW, namun mereka mencaci para sahabat itu."

Riwayat Al-Hakim.

Aisyah mengatakan sedemikian apabila mendapat tahu ada daripada kalangan penduduk Mesir yang mencela Uthman, Penduduk Syam mencela Ali dan puak Al-Haruriyyah (daripada Khawarij) yang mencela semua sahabat.

Kata pengarang kitab,

"Apabila ucapan begini disabdakan oleh Rasulullah SAW berkenaan peribadi Ali, maka As-Siddiq (Abu Bakar) lebih utama dan layak, kerwna beliau ialah sebaik - baik manusia selepas Rasulullah SAW.

Mazhab Umar dan Ali RA. Huma menyatakan bahawa sesiapa yang melebihkan seseorang ke atas As-Siddiq, maka dia hendaklah disebat dengan kadar hukum had bagi seorang pendusta.

Syu'bah meriwayatkan daripada Hushain, daripada Abdul Rahman bin Abu Laila, bahawa Al-Jarud bin Mu'allah Al-'Abdi berkata,

"Abu Bakar lebih baik daripada Umar."

Namun, ada orang lain berkata,

"Umar lebih baik daripada Abu Bakar."

Setelah itu, hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lantas beliau memukulnya dengan cemeti sehingga terangkat kedua kaki orang itu.

Umar berkata,

"Sesungguhnya Abu Bakar ialah teman Rasulullah SAW dan beliau merupakan sebaik - baik manusia dalam hal sekian dan sekian. Sesiapa yang mengatakan sebaliknya, maka wajiblah hukuman had bagi seorang pendusta ke atasnya."

Hajjaj bin Dinar meriwayatkan, daripada Abu Ma'syar, daeiapda Ibrahim, daripada Alqamah, katanya,

"Aku mendapat khabar bahawa terdapat suatu kaum yang melebihkanku berbanding Abu Bakar dan Umar. Sesiapa yang berkata seumpamahal demikian, maka dia seorang pendusta. Dia perlu ditimokan hukuman yang ditimpakan ke atas seorang pendusta."

Riwayat Ahmad dalam Fadhail As-Sohabah.

Diriwayatkan daripada Abu 'Ubaidah bin Hujal, Ali RA berkata,

"Tidak dibawa kepadaku seorang lelaki yang melebihkanku berbanding Abu Bakar dan Umar melainkan aku akan menyebatnya dengan hukuman had bagi seorang pendusta."

Riwayat Ibnu Abu' Ashim dalam As-Sunnah.

Kata pengarang kitab,

"Sesiapa yang berkata Abu Bakar dan Sahabat lain (Wahai si Kafir), nescaya dosa ucapan kafir akan kembali kepadanya secara pasti, kerana Allah telah redha terhadap golongan terdahulu."

Firman Allah SWT

At-Taubah ayat 100

وَالسّٰبِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهٰجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسٰنٍ رَّضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۚ ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
 
Kata pengarang kitab,

Sesiapa yang mencaci mereka (Sahabat Muhajirin dan Ansar), maka sesungguhnya Allah SWT akan memeranginya.

Bahkan, sesiapa sahaja yang mencaci kaum Muslimin, menyakiti dan menghina mereka, maka perbuatan tersebut termasuk daripada dosa - dosa besar.

Justeru, apa yang hendak dikatakan kepada orang yang mencaci sebaik - baik manusia selepas Rasulullah SAW?

Golongan Syiah dan Khawarij antara golongan yang memaki dan mencela para Sahabat Rasulullah SAW.

Mereka sangat membenci para sahabat.

Sedangkan, Abu Bakar dan Umar dikebumikan disebalah Rasulullah SAW.

Kita?

Sebelah orang mengajar Al-Quran pun belum tentu.

Maka, seharusnya kita memikirkan kedudukan kita di sisi Allah dan Rasulullah SAW.

Jika kita mencintai Allah, mencintai Rasulullah SAW,

Pastinya kita akan mencintai orang yang membantu Rasulullah SAW, Pejuang yang bersama Rasulullah SAW.

Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?