Dosa Besar ke 62 : Orang Yang Menisbah Diri Kepada Selain Bapanya.
Menisbahkan diri kepada selain bapa iaitu ber"bin"kan selain dari bapa kandung dengan sengaja adalah perbuatan dosa besar di sisi Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Sa'd RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bapanya, sedangkan dia tahu bahawa dia bukan bapanya, nescaya syurga diharamkan buatnya"
Muttafaqun alaih.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,
"Janganlah kamu membenci bapa - bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya, maka perbuatan itu adalah kufur."
Muttafaqun alaih.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada selain bapanya, nescaya laknat Alah ditimpakan ke atasnya."
Muttafaqun alaih.
Kata pengarang.
"Hadis ni terkandung di dalam Sahih Muslim dengan dinyatakan pelakunya mendapat laknat daripada malaikat dan seluruh manusia.
Tetapi, hadis ini tidak ditemui di dalam Sahih Al-Bukhari."
Diriwayatkan daripada Yazid bin Syarik, beiau berkata,
"Aku telah melihat Ali RA berkhutbah di atas Mimbar,
lalu aku mendengarnya berkata,
" Kita tidak ada kitab untuk dibaca selain kitab Allah, dan kandungannya yang terdapat dalam lampiran ini."
Beliau membukanya dan kelihatan di dalamnya terkandung umur - umur unta (perincian bayaran diat),
Hukum - hukum berkaitan kecederaan (qisas),
Dan juga terkandung sabda Rasulullah SAW,
" Madinah ini ialah tanah haram yang terletak diantara Bukit 'Air dan Bukit Thaur.
Sesiapa yang melakukan kemungkaran (atau bidaah) di dalamnya, atau melindungi pelakunya, nescaya laknat Allah, para malaikat, dan seluruh manusia ditimpakan ke atasnya.
Pada hari kiamat, Allah tidak menerima (secara sempurna) taubat atau tebusan (tawanan perang) daripadanya.
Jaminan keselamatan kaum Muslimin ada satu, yang turut diusahakan oleh orang yang paling rendah kedudukannya dalam kalangan mereka.
Sesiapa yang menghina seorang Muslim, maka laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia akan ditimpakan keatasnya.
Sesiapa yang menisbahkan diri kepada selain bapanya, atau menyandarkan diri kepada selain tuannya,
Maka laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya akan ditimpakan keatasnya.
Pada hari kiamat kelak, Allah tidak menerima (secara sempurna) taubat dan tebusan daripadanya."
Muttafaqun alaih.
Diriwayatkan daripada Abu Zar RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak ada seorang lelaki yang menisbahkan diri kepada selain bapanya sedangkan dia tahu mengenainya.
Melainkan dia telah melakukan kekufuran.
Sesiapa yang mengaku memiliki sesuatu yang bukan kepunyaannya, nescaya dia bukanlah dari kalangan kami.
Dan hendaklah dia menyediakan tempatnya sendiri di neraka.
Sesiapa yang memanggil orang lain dangan panggilan kufur atau berkata, '(Kamu ialah) musuh Allah.' namun bukanlah ia seperti yang dikatakannya, melainkan dosa ucapan itu kembali kepadanya. "
Muttafaqun alaih.
Lafaz hadis ini adalah di sisi Imam Muslim.
Sekitar zaman ibu bapa kita dan ke atas. Masyarakat kita ada yang mengambil anak angkat. Lalu dinisbahkan iaitu dinasabkan nama bapa angkat sebagai bin atau binti.
Ia merupakan larangan daripada Allah SWT.
Sekiranya anak itu perempuan, dan dia bernikah dengan berwalikan bapa yang dibintikan itu, maka, nikahnya adalah terbatal dan tidak sah.
Anak tersebut perlu menggunakan wali hakim sebagai jalan kedua.
Larangan ini bertujuan menjaga nasab keturunan serta mengelakkan daripada sifat membenci ayah kandung.
Sejahat mana pun ayah itu, ayah itu perlu dinisbahkan pada nama anaknya.
Anaknya tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi nisbah keturunannya.
Maka, kita harus bermuhasabah diri kita, serta mementingkan maruah keturunan agar kita terpeliharaan dari dosa dan maksiat
Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru. .
Comments
Post a Comment