Dosa Besar ke 56 : Orang Yang Mengubah Sempadan Tanah

Menjadi sifat fitrah manusia amat suka kepada pemilikan.

Suka memiliki sesuatu.

Terutama pada perkara yang mendatangkan manfaat kepada pemilik itu.

Sebab itu, ramai yang suka memiliki rumah, memiliki syarikat, memiliki perkerjaan, memiliki tanah dan sebagainya.

Kerana, salah satu syarat harta adalah memiliki.

Maka, manusia suka kepada pemilikan kerana dapat merasai harta.

Pun begitu, manusia yang tidak dikawal nafsunya, gemar memiliki semua benda.

Jika udara boleh dimiliki, pasti itu pun akan dibeli untuk memiliki.

Sikap ini merupakan sifat tamak yang boleh menguasai diri manusia.

Dan sekiranya tidak di kawal, dia pasti mengaku menjadi tuhan dengan mendakwa dia miliki segalannya.

Dalam hal tanah, ada orang yang ingin memiliki tanah, dan apabila dia mempunyai perasaan dengki, dia akan cuba melakukan suatu perubahan pada tanah supaya dia dapat memiliki lebih dari yang sepatutnya.

Mengubah sempadan tanah dapat mengubah hak pemilikan.

Jika dilakukan dengan cara paksa atau menipu, ia termasuk di dalam dosa mengubah sempadan tanah.

Ini merupakan suatu kezaliman.

'Amru bin Abu' Amru meriwayatkan daripada 'Ikrimah, daripada Ibnu Abbas RA, dia berkata, 

Rasulullah SAW bersabda,

"Allah melaknat orang yang menyembelih binatang untuk selain daripada Alah.

Allah melaknat orang yang mengubah sempadan tanah.

Allah melaknat orang yang menyimpangkan orang buta dari jalan yang betul.

Allah melaknat orang yang mencela ibubapanya.

Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut. "

Hadis ini diriwayatkan oleh Abdul Aziz Al-Darawardi daripada 'Amru. Dan beliau menambah di dalam Hadis ini lafaz :

Allah melaknat orang yang bersetubuh dengan binatang."

Mengubah sempadan tanah adalah bentuk kezaliman dalam pemilikan harta.

Kezaliman tiada tempat melainkan di dalam neraka.

Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?