Dosa besar ke 47 : Mengaibkan keturunan.


Islam disempurnakan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.

Selepas Islam itu sempurna, tiada lagi syariat yang lebih sempurna daripada Islam.

Sekiranya ada yang mengaku Islam itu perlu diperbaharui, maka, ia adalah kepercayaan yang batil.

Dalam kesempurnaan Islam, telah diletakkan 5 Maqasid utama untuk dijaga.

1. Agama. 

2. Keturunan.

3. Akal.

4. Harta.

5. Nyawa.

Dalam 5 maqasid ini, keturunan merupakan antara yang perlu dijaga.

Keturunan ini wajib dipelihara daripada keaiban.

Perkara utama dalam memelihara keturunan adalah menjauhi zina.

Selain dari itu, kita juga perlu memelihara keturunan kita dari keaiban lain seperti :

1. Memberi nama yang baik kepada anak.

2. Memelihara diri daripada maksiat.

3. Mencorak anak dengan corak Islam yang sebenar.

4. Mencari pasangan dari keturunan yang menjadikan agama sebagai keutamaan.

5. Menjaga keluarga daripada menjadi orang yang meminta - minta sedekah.

Ini kerana, mengaibkan keturunan adalah suatu dosa yang membawa kepada kekufuran.

Kata pengarang kitab,

"Telah Sabit bahawa perbuatan mengaibkan keturunan adalah kufur."

Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW,

"Dua perkara yang merupakan kekufuran pada diri manusia :

1. Mengaibkan keturunan, dan

2. Meratapi mayat.

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.

Wajib bagi umat Islam menjaga keturunan, kerana Islam itu mulia.

Maka, muliakan keluarga kita.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih