Dosa Besar ke 51 : Menyakiti dan Memusuhi Wali - Wali Allah SWT.
Ketika Allah menciptakan dunia, Allah berkehendak melantik wakil atau wali Allah di dunia ini.
Bermula dengan penciptaan manusia, dan akhirnya menghantar manusia ke dunia sebagai wakil.
Sejak dari awal, wali Allah terdiri daripada Para Nabi dan Rasul.
Selepas kewafatan Rasul yang terakhir, urusan wali di ambil alih oleh insan terpilih iaitu para Sahabat Rasulullah SAW, Tabi'in dan Tabi' Tabi'in.
Ini adalah golongan wali Allah yang terbaik.
Selepas itu, mereka diwarisi oleh para ulama, sheikh, alim, ilmuwan.
Mereka inilah yang mewarisi jalan para Nabi dan Rasul.
Mereka ini juga dikenali sebagai wali Allah.
Bukan sekadar cerita wali Allah yang ada karamah seperti terbang dan berjalan di atas air.
Tetapi para wali yang membawa ilmu dan jalan para Anbiya..
Dan menyakiti dan memusuhi mereka adalah sikap orang munafiq dan orang kafir.
Sebagaimana hari ini.
Ramai ulama dimusuhi.
Difitnah, dicela dengan pelbagai cara.
Supaya mereka jatuh dan tidak boleh bangun.
Namun, jiwa para ulama ini tidak gentar pada Syaitan, Iblis mahupun Taghut..
Apatah lagi sekadar cacian manusia biasa.
Jiwa mereka hanya takut dengan Allah.
Firman Allah SWT
Fatir ayat 28
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Dan kerana sikap takut kepada Allah ini, mereka digeruni oleh musuh Islam.
Yang memusuhi dan menyakiti para wali Allah ini, tidak akan terlepas daripada azab Allah.
Firman Allah SWT
Al-Ahzab ayat 57
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالْءَاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.
Rasulullah SAW bersabda,
"Allah Taala berfirman, 'Sesiapa yang menyakiti wali-Ku, maka Aku Isytihar lerang terhadapnya."
Dalam suatu lafaz yang lain,
" Maka, dia telah memerangi-Ku".
Riwayat Al-Bukhari.
Bermusuh dengan wali Allah, sama dengan bermusuh dengan Rasulullah SAW.
Dan bermusuh dengan Rasulullah SAW, bermakna , bermusuh dengan Allah,
Kerana itu, Allah mengisytihar perang terhadap musuh ini.
Firman Allah SWT
Al-Ahzab ayat 58
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنٰتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتٰنًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
Memusuhi orang Islam sendiri pun adalah dosa besar, apa lagi memusuhi wali Allah.
Pasti lebih besar lagi dosanya
Sabda Rasulullah SAW
"Wahai Abu Bakar, jia engkau marah kepada mereka, demi Allah, sesungguhnya engkau telah marah kepada Tuhanmu sendiri".
Riwayat Muslim, daripada 'Aidz bin' Amru.
Kata pengarang kitab, golongan yang Rasulullah SAW maksudlan adalah sebahagian golongan fakir dalam kalangan muhajirin.
Mereka ini adalah wali Allah.
Wali Allah bermaksud orang yang dikasihi Allah, serta bertaqwa kepada-Nya.
Semoga kita jauh dari dosa memusuhi wali Allah.
Jika tidak, kita sebenarnya telah berada dalam radar perang Allah SWT.
Tunggulah nasib di akhirat nanti.
Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment