Dosa Besar ke 63 : Kepercayaan Sial.

Menjadi adat kebiasaan mana2 masyarakat di dunia ini, akan memiliki kepercayaan masing - masing.

Ada yang berdasarkan pengalaman, ilmu, pemerhatian dan lain - lain.

Namun begitu, terdapat kepercayaan yang haram di sisi Islam kerana ia termasuk di dalam perbuatan syirik.

Kepercayaan ini dinamakan sebagai kepercayaan sial.

Contoh kepercayaan sial :

1. Ternampak seekor burung gagak hinggap berdekatan dengan rumah atau dipalang rumah dan beranggapan ada kematian bakal berlaku.

2. Beranggapan kelahiran atau kehadiran seseorang membawa musibah atau nasib malang pada keluarga atau masyarakat.

3. Terpecah barang ketika melakukan kerja dan beranggapan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Ini antara contoh yang patut kita jauhi kerana ia bukan dari kepercayaan ilmu, tetapi kepercayaan nenek moyang yang tiada bukti ilmiah mahupun sandaran kepada agama.

Ia juga boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Kata pengarang kitab,

"Boleh jadi perkara tersebut (kepercayaan sial) bukanlah suatu dosa besar."

Diriwayatkan daripada Salamah bin Kuhail, daripada Isa bin 'Ashim, daripada Zirr, daripada Abdullah (Ibnu Mas'ud) , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Kepercayaan sial adalah (termasuk daripada) syirik. Tidak ada seorang pun daripada kalangan kita kecuali (kepercayaan ini terlintas dalam hatinya), tetapi Allah menghilangkannya dengan Tawakkal."

Riwayat Al-Tirmizi.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Tirmizi.

Kepercayaan sial ini sepatutnya diganti dengan sifat tawakkal kepada Allah SWT.

Kerana, yang menjadikan manfaat atau mudarat adalah Allah SWT.

Maka, kejadian baik atau buruk, adalah hak milik Allah.

Dan hanya Allah yang tahu dimana hikmah yang tersembunyi.

Rasulullah SAW bersabda,

"Tiada penyakit menular dan tiada kepercayaan sial, serta aku menyukai al-fa'l."

Baginda ditanya,
 
"Apakah al-fa'l itu?"

Sabda Rasulullah SAW,

"Ia adalah ucapan yang baik."

Riwayat Muslim, daripada Anas bin Malik.

Hadis ini Sahih.

Rasulullah SAW menolak kesialan di dalam hidup manusia.

Kerana dalam hidup manusia ada qada dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam yang beriman,

Kita wajib percaya kepada qada dan qadar Allah.

Setiap yang baik kita syukuri.

Setiap yang tidak baik itu kita perlu terus bersabar.

   لا حول ولا قوة الا بالله
Tiada daya dan tiada upaya yang lain melainkan dengan izin Allah.

Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?