Posts

Showing posts from July, 2019

Jika PAS dan UMNO bergabung.

Assalamualaikum sy nak tanya. Ada soalan dri sorg bisnesman ni. “Pas gabung dgn umno ni, kalau menang nnti, boleh x ttup genting dgn kilang arak? Klu bleh sy undi. Klu xboleh , sama je dgn skrg. Baik kekalkan skrg” Apa sy nak jawab? Help Jawapan بسم الله الرحمن الرحيم، Ambil pengajaran dari kisah salaf ini. Ketika khalifah Umar Abdul Aziz mula mentadbir negara Islam, antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah menutup semua pusat pemprosesan arak. Kemudian di tanya oleh menterinya, "adakah semua pusat proses?" Jawab beliau, "tidak, hanya pusat proses muslim sahaja." Dan kemudian, Khalifah menguatkuasakan perintah supaya orang kafir yang minum arak dilarang untuk minum secara terang-terangan di khalayak ramai atau di kawasan orang Islam. Perbuatan itu perlu secara sembunyi sahaja. Ibrah : Mengapa Khalifah Umar Abdul Aziz tidak menutup semua pusat proses arak? Sedangkan dia khalifah yang berkuasa mutlak? Kerana, jika beliau lakukan demikian, orang

Apa itu taqwa?

Definisi Taqwa pada pandangan Sahabat Rasulullah SAW iaitu Ali bin Abi Talib RA dibahagikan   kepada 4 cabang : 1. الخوف من الجليل Takut kepada Allah . 2. والعمل بتنزيل Melakukan amalan berdasarkan apa yang diturunkan (Wahyu/Al-Quran dan As-Sunnah) . 3. والرضى بالقليل Redha dengan apa yang kurniakan oleh Allah SWT walaupun sedikit . 4. إستعداد ليوم الرحيل Melakukan persiapan untuk hari bertemu Allah SWT (akhirat) . Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa besar ke 20 : Berbuat Zalim Dengan Mengambil Harta Orang Lain Secara Batil.

  Dalam tajuk yang lepas , dinyatakan tentang bahagian zalim yang terdiri daripada 3 bahagian. Salah satu bahagian tersebut adalah memakan harta secara batil. Dan tajuk kali ini bersangkutan dengan kezaliman tersebut.  Harta merupakan hak milik mutlak Allah SWT. Tiada yang memiliki hak harta ini melainkan Allah SWT. Dengan sifat Rahman Allah SWT, Dia yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki dalam bentuk harta kepada HambaNya. Tidak kira Islam ataupun bukan. Allah memberi nikmatNya yang luas kepada sesiapa pun yang dikehendakinya.  Harta yang diberi oleh Allah kepada manusia ini merupakan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan juga bergantung kepada usaha hambaNya itu. Oleh itu, Islam telah menetapkan garis panduan di dalam agama untuk dipatuhi. Hukum-hakam Islam yang dikenali sebagai hukum Feqah ini, akan menentukan Halal dan Haram sesuatu perkara. Bertujuan menjaga 5 perkara utama iaitu : 1. Agama. 2. Nyawa. 3. Akal. 4.

Dosa besar ke 19 : Menggelapkan Harta Rampasan Perang, Baitul Mal dan Zakat.

Setiap orang diberi ujian oleh Allah SWT dalam pelbagai bentuk, sama ada ujian itu dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Maka, tidak hairan jika ada diantara kita diuji dengan kemewahan harta di depan masa. Meskipun harta itu bukan milik kita. Namun, ada yang akan cuba menyalahguna, menyeleweng harta tersebut kerana desakan nafsu dan syaitan. Antara penyelewengan yang paling teruk adalah menyeleweng, menggelapkan harta rampasan perang, baitul mal dan zakat. Sebagaimana yang kita maklumi, harta - harta yang disebut di atas adalah harta yang dinyatakan secara jelas di dalam Al Quran, bahawa, ia dibekalkan kepada yang layak menerima sahaja. Bukan boleh diguna atau diberi sewenang - wenangnya sahaja. Dan pemilik harta itu kita kenali sebagai Asnaf. Oleh itu, penyalahgunaan, penyelewengan, penggelapan harta itu merupakan dosa yang sangat besar di sisi Allah. Firman Allah SWT Al-'Imran ayat 161 وَمَا كَانَ لِنَبِىٍّ أَنْ يَغُلَّ ۚ وَمَنْ يَغ

Dosa besar ke 18 : Menuduh wanita yang telah berkahwin melakukan zina

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW untuk menyempurnakan agama Allah SWT, Wanita dipandang rendah dan hina oleh para lelaki. Di mana - mana tempat sekalipun, wanita tidak di bela dan dipandang mulia. Para wanita dianggap sebagai objek pemuas nafsu, hamba, pengurus rumah, pengurus anak - anak semata - mata. Maka, dengan mudah sahaja para lelaki menuduh para wanita ini melakukan zina tanpa sebarang sebab atau bukti. Selepas Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul, martabat wanita di angkat semulia - mulia tempat. Lelaki dan wanita adalah sama. Yang membezakan jantina ini di sisi Allah hanyalah nilai Taqwa. Semakin tinggi nilai taqwa, semakin dekat dia dengan Allah tanpa mengira jantina. Oleh itu, Islam memberi kemuliaan ini dengan pembelaan kehormatan dan maruah kepada para wanita. Salah satu pembelaan itu ialah tuduhan zina tanpa bukti dan saksi adalah dosa besar dan dikenakan hukuman hudud sebagai balasan di dunia. Tuduhan ini disebut sebagai Q

Dosa besar ke 17 : Liwat.

Hari ini, menjadi kegemparan dunia Islam, khususnya di Malaysia, apabila di dedahkan kepada kita terdapat 310,000 dalam kalangan masyarakat kita melakukan hubungan sejenis. Kita kenali sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual atau singkatannya LGBT. Golongan ini telah mengundang murka Allah sebagaimana Allah telah murka kepada kaum Nabi Lut AS. Kemurkaan Allah telah meranapkan keseluruhan penduduk negeri tersebut kecuali pengikut Nabi Lut yang diarahkan untuk keluar. Kita beruntung pada hari ini, kerana Umat Nabi Muhammad SAW, tidak dikenakan azab yang menghancurkan kita sepenuhnya. Namun, Allah hantar peringatan berupa bala yang menyusahkan kita, agar kita kembali kepada Allah. Pencemaran udara, kesempitan hidup, tekanan kepada agama Islam. Ini semua adalah bala yang Allah beri sebagai peringatan kepada Umat Islam, supaya kembali taat kepada Allah sepenuhnya. الله اكبر ..  Moga Allah beri keampunan kepada kita. Sama2 kita perbaiki, menentan

Dosa Besar ke 16 : Kesaksian Palsu.

Saksi merupakan antara watak penting dalam kehidupan manusia. Saksi dalam pelbagai bentuk. Saksi tidak terhad kepada saksi nikah atau mahkamah semata - mata. Saksi ini berada dalam semua urusan manusia. Misalnya, Saksi jual beli, saksi hutang, saksi wasiat, saksi masuk waktu solat, saksi masuk bulan ibadah seperti Ramadan dan Syawal. Dan pelbagai lagi saksi Saksi merupakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Seseorang itu wajib memberi keterangan saksi apabila diminta. Jika lari dari menjadi saksi, ia adalah dosa. Namun, dosa yang lebih besar adalah memberi kesaksian palsu. Saksi palsu adalah saksi yang mereka - reka cerita hingga orang lain percaya dan mendatangkan kezaliman kepada orang lain. Contohnya Seseorang itu menjadi saksi wasiat harta bahawa harta yang ditinggalkan perlu dibahagikan sedikit kepada anak yatim. Ahli waris ingin membolot harta itu kesemuanya dan mengupah saksi asal wasiat itu untuk mengubah kesa

Dosa besar ke 15 : Takbur, Bongkak, Sombong, Ujub dan Angkuh

Sifat-sifat yang dinyatakan ini adalah sifat mazmumah bagi manusia.  Juga dikenali sebagai sifat yang tercela. Sifat-sifat ini merupakan sifat yang perlu dibuang jauh dari hati kita. Kerana sebahagiannya  merupakan syirik Khafi (tersembunyi). Merasa diri hebat, merasa diri terbaik, merasa diri tiada tandingan. Sifat ini ada pada Firaun, dan dia mengaku sebagai tuhan. Inilah syirik yang ada dalam hati. Menafikan adanya kekuasaan Allah tanpa kita sedari. Kerana apa? Kerana manusia itu tidak sempurna. Kita tidak sempurna, kita tiada apa2 selain apa yang Allah kurniakan. Jika Allah tarik semula apa yang diberi, Apa yang tinggal pada kita? Sifat - sifat takbur, ujub angkuh ini hina dan cela di sisi kita. Tetapi, bagi Allah, itu adalah sifat kemuliaan bagi Allah. Al - Mutakabbir yang Maha Takbur. Rasa canggung bukan? Tetapi selayaknya Allah itu takbur kerana siapa lagi lebih Besar dan Hebat dari Allah? Tidak layak b

Fiqh berlembut dengan orang kafir.

Kita dibolehkan memberi perhatian dan melayani kepada orang jahat atau otang kafir, baghkan boleh bermanis muka, senyum kepada mereka. Rasulullah SAW bersabda : "Berlembut dengan manusia (iaitu pandai mengambil hati, meraikan keadaan mereka, menolak hasrat mereka dengan baik atau lembut) ialah sedekah." Riwayat Ibn Hibban. Ulama membahaskan hal ini lalu membahagikan perkara ini keada dua bahagian: 1. Mudarah (مدارة) Adalah Sunat dilakukan. Iaitu berlembut demi kemaslahatan agama atau bertujuan dakwah seperti menjinakkan hati orang kepada agama, menyelamatkan diti dan ummah daripada kejahatan dan sebagainya. 2. Mudahanah (مداهنة) Adalah Haram dilakukan. Iaitu berlembut dengan orang kafir atau orang jahat kerana kepentingan duniawi sehingga sanggup mengenepikan agama dan syariat. Misalnya : bergaul dengan orang kafir sehingga menzahirkan keredaan terhadap pegangan mereka. Al-Mawahib Al-Ladunniyyah. Majalah Al-Ustaz No. 73 m/s 103, X-plorasi Cinta Nabi oleh Wanza Moham

Dosa Besar ke 14 : Minum Arak walaupun tidak memabukkan.

Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan sifat manusia yang semakin inginkan kebebasan dalam agama. Golongan Liberalisme yang menjadikan akal fikiran sebagai panduan telah mencuba pelbagai cara untuk memesongkan seorang muslim dalam beragama. Bagi yang kurang pengetahuan agama, pastinya akan terpedaya dan percaya dengan cara pemikiran golongan ini kerana merasakan benar. Dalam hal Khamr (الخمر) atau kita kenali sebagai arak, terdapat larangan yang tertentu. Larangan ini adalah bersifat haram secara mutlak. Hanya berkecuali apabila terdapat kesempitan yang menyebabkan berlakunya kehilangan nyawa. Khamr ini merupakan segala benda  atau perkara yang memabukkan seperti arak, dadah, pil khayal, ketum, syabu, ice dan sebagainya. Khamr ini terbahagi kepada dua dan larangan haram adalah terpakai kepada kedua - dua jenis. 1. Khamr Li Zati الخمر لذاته   Bermakna arak pada saripati iaitu arak yang jelas pada fizikal luar dan dalam. Di lihat sahaja telah kenal sebag

Penyakit dalam perjuangan : Futur

Liqa al-Fikri Pas Kawasan Kuala Selangor. 19/7/2019 Oleh Ustaz Abdul Kadir Al-Jofre. Kitab Wabak dalam perjuangan. Karangan Sayyid Muhammad Noor. Tajuk : Futur di dalam perjuangan Islam. Futur (فتر) dari segi bahasa ada dua maksud. 1. Dari bergerak menjadi berhenti. 2. Dari laju menjadi perlahan. Dalam hidup manusia menjadi kebiasaan akan ada masa semangat tinggi dan perasaan itu berubah menjadi semakin pudar. Begitu juga dalam perjuangan Islam. Pada awalnya bersemangat tinggi, sentiasa hadir mesyuarat, usrah, liqa, tamrin dan sebagainya. Namun, perasan ini semakin hilang apabila masa berubah. Semakin hilang semangat untuk berjuang di dalam Islam. Semakin tidak hadir dalam hal jemaah. Inilah penyakit Futur. Sebab terjadi penyakit Futur. 1. Ghuluw (غلو) iaitu berlebihan dalam agama. Contohnya solat tanpa tidur, puasa tanpa berbuka. Sikap yang melampaui batas dalam jemaah ini juga mampu mengundang penyakit Futur. Kerana sikap berlebihan akan menjana rasa jemu. Selepas j

Dosa Besar ke 13 : Pemimpin Yang Menipu Rakyatnya, Zalim dan Bengis.

  Di dalam dunia Islam, kita melalui beberapa fasa zaman pemerintahan. Bermula dengan fasa : 1. Pemerintahan Nubuwwah iaitu pemerintahan oleh Rasulullah SAW. (telah berakhir)  2. Pemerintahan Minhaj Nubuwwah iaitu pemerintahan yang mengikut jejak langkah Rasulullah  SAW. Diperintah oleh Khalifah Ar - Rashidin bermula dari Abu Bakar Ra hingga Hassan Ra. (telah berakhir) 3. Pemerintahan Mulkan Aziman iaitu pemerintahan kerajaan yang Agung. Iaitu kerajaan - kerajaan Islam yang hebat seperti Umaiyah, Abbassiyyah, Uthmaniyyah. (Telah berakhir). 4. Pemerintahan Mulkan Kabir iaitu pemerintahan kuku besi. Pemerintahan ini jauh dari jalan Islam. Ia menjerut rakyat dan Islam tertindas pada ketika ini. (fasa masa kini). 5. Pemerintahan Minhaj Nubuwwah iaitu pemerintahan yang berteraskan jalan Rasulullah SAW.  Diketuai oleh Imam Mahadi dan Nabi Isa as. Ini adalah zaman selepas ini. Zaman pengakhiran. Kita sedang melalui fasa pemerintahan kerajaan yang menekan ra