Dosa Besar ke 6 : Derhaka kepada ibubapa.
Kita akan bicarakan Bab ke 6 dari kitab dosa-dosa besar..
Iaitu Derhaka kepada Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan tempat lahir kita.
Mereka telah bersusah payah membesar dan mendidik kita.
Bapa bersusah payah mencari nafkah..
Kadang kala tidak cukup rehatnya.
Ibu pula mendidik, melayan karenah, bersusah payah mengandung, menahan sakit, sabar dalam melahirkan...
Tidak tidur, sehinggakan nak buang air juga tertahan..
Sangat besar pengorbanan mereka..
Bagi yang telah bergelar ibu bapa, pasti telah merasai kesusahan ini..
Dan pastinya, kita juga ingin anak kita taat kepada kita..
Kerana melihat mereka, adalah melihat hasil didikan kita sejak kecil..
Firman Allah SWT
Al-Isra' ayat 23
وَقَضٰى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Pada ayat ini, perintah pertama adalah supaya menyembah Allah,
Kemudian di ikuti perintah berbuat baik kepada ibu bapa sebaik mungkin..
Kerana mereka telah berbakti kepada anak2 sejak kecil seperti yang tertulis di atas..
Selain itu, perintah ini berterusan apabila ibu bapa telah lanjut usia dan semakin lemah. Ia adalah perintah untuk menjaga mereka dengan baik, melayan mereka dengan sopan dan santun, tanpa marah2, bentak2, walaupun sekecil perkataan "Ah".
Kerana Allah SWT mengetahui perangai manusia akan membentak kepada orang tua.
Allah tahu, orang tua akan banyak karenah, sensitif dan bermacam2 lagi ragam yang akan memcabar kesabaran..
Ini adalah fitrah.. Kerana org tua trlah byk bersabar dgn karenah kita sejak kecil..
Apabila mereka telah berusia lanjut, giliran kita pula bersabar dgn karenah mereka..
Ini adalah jalan ke syurga..
Allah SWT menyambung dalam ayat seteruanya..
Al-Isra' ayat 24
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
Ayat ini adalah perintah untuk sentiasa memuliakan ibu bapa kita..
Tidak layak kita menjadi lebih mulia daripada mereka..
Muliakan mereka dengan doa..
Sebagaimana penghujung ayat tersebut..
Doa adalah bekalan dunia dan akhirat..
Doa anak yang soleh.. Akan membuka rahmat Allah buat ibu bapa dan juga anak yang mendoakan..
Namun begitu, Islam memberi sedikit had dalam mentaati ibu bapa..
Firman Allah SWT
Al-'Ankabut ayat 8
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِنْ جٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآ ۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita pada setiap waktu..
Melainkan mereka menyuruh untuk berbuat dosa.. Terutamanya dosa syirik kepada Allah.
Kerana buat dosa itu adalah kufur / engkar kepada Allah..
Engkar itu adalah syirik kepada Allah..
Rasulullah SAW bersabda
الا انبئكم باكبر الكبائر؟.... فذكر منها : عقوق الوالدين.
Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang dosa terbesar antara dosa - dosa besar?.. Kemudian baginda menyebut salah satunya : derhaka kepada kedua ibu bapa..
Mutafaqun alaih, daripada Abu Hurairah..
Baginda juga bersabda
رضا الله في رضا الوالد، وسخط الله في سخط الوالد.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
HR Ibnu Hibban, daripada Abdullah Ibnu Amru.
Status Hadis, Sahih..
Ini semua adalah hadis berkaitan hubungan kita dgn ibu bapa merupakan cermin hubungan kita dgn Allah..
Mereka merupakan jalan syurga buat kita, kita harus memanfaatkan masa ini untuk berbakti kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda
لا يدخل الجنة عاق، ولا منّان،ولا مدمن خمر، ولا مؤمن بسحر.
Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka (kepada ibu bapa), orang yang suka mengungkit pemberian, penagih arak dan orang yang mempercayai sihir.
HR An-Nasa'i dari pada Abdullah ibnu Amru.
Nabi SAW kata, orang derhaka ini tidak masuk syurga.
Bukan kena azab neraka sikit dulu, lepastu lepas msk syurga..
TIDAK..
Mereka Kekal dalam neraka..
Sebab mereka telah kufur dan telah ada sekutu bagi Allah..
Dalam sebuah hadis,
Rasulullah SAW bersabda..
Setiap dosa akan dilewatkan balasannya oleh Allah menurut kehendaknya (bila - bila masa) sehingga kiamat, melainkan dosa derhaka kepada kedua orang tua. Sesungguhnya balasan derhaka itu disegerakan ke atas pelakunya.
HR Al-Hakim
Dosa kepada orang tua ini adalah berat, sehinggakan orang yang mati syahid tidak akan mampu masuk syurga jika derhaka kepada ibu bapa.
Ruhnya tergantung di Al-A'raf.. Ke neraka tidak ke syurga pun tidak.. Berada di situ sudah cukup terseksa.
Semoga kita berada di kalangan orang yang mentaati dan berbakti kepada ibu bapa kita.
إن شاء الله..
Kitab Al-Kabair, Dosa - dosa besar, karangan Imam Az - Zahabi, terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment