Dosa Syirik Tidak Diampuni Allah?

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya tentang dosa syirik kpd Allah, Allah ada menyatakan yg Allah akan ampun dosa2 yg lain kecuali dosa syirik, adakah orng yg syirik pada Allah tiada pengampunan setelah bertaubat, bagaimana pula kalau x sempat bertaubat lalu meninggal, adakah ianya akan kekal dlm neraka
Minta pencerahan.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته،

Terima kasih atas soalan.

Allah SWT merupakan Tuhan yang Maha Pengasih dan penyayang.

Malah, Allah menyatakan sifatnya di dalam sebuah hadis qudsi bahawa RahmatNya (kasih sayangNya) lebih luah dari kemurkaannya.

Dalam hadis qudsi yang lain, ada dinyatakan bahawa sekiranya hamba Allah melakukan dosa seluas Bumi, Allah akan beri keampunan lebih dari itu.

Jika dosa yang dilakukan seluas langit dan bumi, Allah akan beri keampunan lebih luas dari itu..

Dalam surah An Nisa ayat ke 48, menyatakan tentang Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik.

Allah berfirman

An-Nisa' ayat 48

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذٰلِكَ لِمَنْ يَشَآءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرٰىٓ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

Bagi memahami maksud ayat ini, kita perlu kembali kepada sebab turun ayat ini.

Sebab turun ayat ini adalah diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah SAW mengadu kepada baginda tentang anak saudaranya yang suka melakukan perkara yang diharamkan.

Kemudian Rasulullah bertanya tentang agamanya, lelaki itu menjawab anak saudaranya itu solat dan beribadah.

Kemudian Rasulullah SAW meminta lelaki itu supaya menyuruh anak saudaranya supaya keluar dari Islam, jika anak saudaranya tidak mahu, Rasulullah SAW memerintahkan agar dibeli agamanya itu.

Lelaki itu kembali kepada Rasulullah SAW dengan menyatakan bahawa anak saudaranya amat menyayangi agama ini.

Lalu turunlah ayat 48 dari surah an Nisa dan Rasulullah SAW membacakan kepada lelaki tersebut.

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa, ayat ini merupakan amaran dari Allah tentang beratnya dosa syirik kepada Allah SWT.

Agar amaran keras ini terkesan di dalam hati.

Sekiranya kita lakukan juga dosa ini, maka, azab yang besar akan menimpa diakhirat.

Bagi yang terlanjur melakukan dosa syirik.

Pohon lah ampun dengan taubat nasuha.

Taubat dengan sebenar benar taubat..

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah..

Kerana Allah itu..
الغفور الرحيم..
Pengampun dan penyayang

Firman Allah SWT

Az-Zumar ayat 53

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلٰىٓ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Menurut Imam Jalaluddin di dalam tafsir Jalalain,

bagi org yang bertaubat sebelum ajal

Pelaku syirik yang masih beriman kepada Allah akan diazab Allah terlebih dahulu dineraka.

Setelah itu, baru Allah kurniakan keampunan dan masukkan dia ke dalam syurga..

ان شاء الله

Bagi yang tidak bertaubat, maka, dia akan berada di dalam neraka Allah selamanya.

الله اعلم..

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?