Dosa Besar Keempat : Meninggalkan Solat
Malam ini kita baca tentang dosa besar ke 4 : Meninggalkan Solat
Allah SWT berfirman
Maryam ayat 59
فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلٰوةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
Ayat ini menyatakan "datangnya pengganti" iaitu keturunan yang diwarisi dari nenek moyang.
Keturunan Yahudi dan Nasrani.
Mereka ini adalah terdiri daripada golongan yang dimurkai dan disesatkan Allah SWT kerana sikap mereka yang suka melawan perintah Allah.
Mereka suka meninggalkan perintah solat dan mengikut hawa nafsu mereka sahaja.
Begitu juga kita yang menjadi umat Muhammad SAW. Jika suka meninggalkan solat, maka,
kita juga termasuk di kalangan org yang sesat dan Allah murkai.
Namun, ayat ini di sambung dengan ayat selepasnya.
Bukan semua keturunan yang menjadi pengganti ini meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Ada yang terkecuali
Firman Allah SWT
Maryam ayat 60
إِلَّا مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا فَأُولٰٓئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا
kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk surga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun,
Mereka yang kekal beriman, sentiasa bertaubat dan berbuat kebajikan, Allah akn kurniakan syurga sebagai ganjaran.
Ini adalah orang yang taat pada perintah Allah, terutamanya Solat.
Allah berfirman lagi
Al-Ma'un ayat 4
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
Orang yang tidak tinggal solat pun ada yang mendapat celaka Allah
Kenapa ini terjadi?
Dah solat pun Allah Murka?
Lihat apa Allah kata
Al-Ma'un ayat 5
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
Orang yang solat, tapi solatnya lalai, lagha, leka..
Tidak khusyuk,
Ingat benda lain selain Allah..
Bererti ketika berjumpa dengan Allah, kita curang kepada Allah.
Ada perkara lain lebih penting dari Allah..
Solatnya ibarat kain buruk yang dilemparkan semula ke wajah orang yang solat
Adalagi ke orang yang Allah celaka kan walaupun solat?
Kita lihat apa firman Allah
Al-Ma'un ayat 6
الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
orang-orang yang berbuat riya,
Ada lagi rupanya, dia solat, tapi untuk menunjuk kepada orang.
Dia syirik kepada Allah dengan solatnya.
Depan orang berdiri lama, baca panjang.
Bangun malam cerita dengan orang.
Mereka ini mendapat murka Allah dan mendapat penat dan lelah sahaja mendiri solat.
Tidak berhenti disitu sahaja.
Allah sambung lagi.
Al-Ma'un ayat 7
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
dan enggan (menolong dengan) barang berguna.
Dia solat, tapi tidak membantu orang lain, tidak sedekah, tidak mengeluarkan zakat, tidak
buat kebajikan yang lain.
Mereka ini juga celaka kata Allah..
Di akhirat nanti, penghuni neraka pelik dengan orang Islam yang berada dalam neraka.
Mereka kenal...
Mereka berdialog..
Firman Allah SWT..
Al-Muddassir ayat 42
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"
Al-Muddassir ayat 43
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,
Orang yang meninggalkan solat duduk di dalam neraka saqar..
Rasulullah SAW bersabda
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة. فمن تركها، فقد كفر.
Perjanjian yang dipegang antara kita dengan mereka (orang munafik) ialah solat. Sesiapa yang meninggakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur.
HR Al - Tirmizi daripada Buraidah
Sabda Rasulullah SAW lagi :
بين العبد وبين الشرك ترك الصلاة.
Sempadan antara seorang hamba dengan Syirik ialah meninggalkan solat.
HR Muslim, daripada Jabir bin Abdullah..
Saidina Umar Al - Khattab berkata
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tempat dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."
Para sahabat Rasulullah SAW berpandangan bahawa, tidak ada amalan yang dikira sebagai kufur apabila ditinggalkan melainkan solat.
Rasulullah SAW juga bersabda,
"Amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Jika baik, maka dia berjaya, jika rosak, maka dia rugi dan celaka."
HR Al - Tirmizi daripada Abu Hurairah
Ke semua dalil yang disebutkan sebelum ini menyatakan hukum kufur kepada orang yang meninggalkan solat
Jika kita termasuk dalam orang yang solat, perbaikilah solat kita setiap waktu.
Kerana kita takut solat kita juga menjadi sebab Allah murka.
Solat merupakan perintah Allah. Waktu untuk kita bersama dengan Allah..
Solat menyelamatkan kita dari segala perkara.
Kita solat bukan untuk Allah.
Tetapi solat itu untuk kita.
Kita tidak solat, Allah tidak rugi apa - apa.
Allah tidak akan jadi bertambah kaya jika kita solat, dan Allah tidak akan berkurang
kekayaannya jika kita tinggalkan solat..
Allah kekal dengan sifat wujud, qadim, baqa dan lain2 sifatnya
Kita solat agar kita berjaya di dunia dan akhirat..
Kita mendapat rahmat Allah kerana solat.
Dan dengan Rahmat Allah, kita dapat syurga.
Bukan sebab pahala.
Maka, kejarlah rahmat Allah yang luas itu..
Hayati firman Allah SWT ini
Al-Baqarah ayat 45
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu´,
Kitab Al - Kabair, Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment