Dosa besar ke 9 : Berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW.


Sebagaimana kita sedia maklum, Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT kepada seluruh umat manusia..

Diutusnya Rasulullah SAW adalah sebagai penyampai ilmu bagi menjelaskan Al Quran yang diturunkan buat seluruh umat manusia ini.

Dengan sifat kenabian daripada baginda Rasulullah SAW seperti

1. Amanah

2. Tabligh

3. Fatonah

4. Siddiq

Mustahil bagi baginda Rasulullah SAW menyatakan sesuatu yang dusta dan menurut kehendak hati baginda sendiri..

Firman Allah SWT

An-Najm ayat 3

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوٰىٓ

dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.

An-Najm ayat 4

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحٰى

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

Jelas apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran itu bahawa Rasulullah SAW tidak akan mengikut hawa nafsunya sendiri..

Namun begitu, apa yang baginda lafazkan atau perbuatan baginda tiada jaminan oleh Allah SWT akan dipelihara sebagaimana Allah memelihara Al Quran..

Maka, terdapat golongan yang menurut hawa nafsu, mereka - reka hadis dan disandarkan kepada Rasulullah SAW..

Inilah golongan pemalsu hadis..

Walaupun tujuannya baik, tetapi, caranya adalah salah dan termasuk di dalam dosa-dosa besar..

Lebih berbahaya lagi, apabila era globalisasi menguasai, lebih mudah menyebarkan hadis palsu tanpa usul periksa..

Maka, jika kita sewenang-wenang nya menyebarkan hadis tanpa usul periksa.

Kita termasuk orang yang menyebar hadis palsu meskipun kita tidak tahu..

Kata Imam Az Zahabi,

Sekumpulan ulama berpandangan bahawa berdusta atas nama Rasulullah SAW ialah satu bentuk kekufuran yang boleh menyebabkan pelakunya terkeluar daripada agama Islam.

Tidak syak lagi bahawa pendustaan atas nama Allah dan RasulNya secara sengaja untuk menghalalkan perkara yang haram, atau mengharamkan perkara yang halal adalah suatu kekufuran yang nyata.

Rasulullah SAW bersabda

"Sesungguhnya perbuatan dusta atas namaku tidak sama seperti dusta atas nama orang selainku, sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia hendaklah mempersiapkan tempatnya di neraka."

HR Al-Bukhari dan Muslim, dariapada Al-Mughirah bin syu'bah.

Sabda baginda lagi

"seorang mukmin itu dicipta dengan segala sifat kecuali khianat dan dusta."

HR Ahmad, daripada Abu Umamah.

Sabda baginda lagi.,

"Sesiapa yang meriwayatkan suatu hadis daripadaku yang dipastikan adalah suatu pendustaan (atas namaku) maka dia salah seorang daripada para pendusta"

HR Muslim, daripada Samurah bin Jundab dan Al-Mughirah bin Syu'bah.

Oleh itu, jelaslah bahawa dalil ini bahawa meriwayatkan hadis palsu adalah dilarang.

Begitulah amaran daripada Allah SWT bahawa mendustakan Rasulullah SAW adalah sangat berat.

Biarpun ia nampak elok dan baik, namun ketahuilah, pendustaan itu yang membawa kita ke neraka..

Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?