Pengenalan Kitab Al Kabair dan Imam Az - Zahabi

Kitab yang digunakan adalah bertajuk

الكباءر
Al - Kaba'ir..

Yang bermaksud dosa - dosa besar.
Ia di karang oleh Imam Az - Zahabi (الذهبي)

Pada kurun ke 7 Hijrah.

Nama asal beliau adalah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaimaz Al Dimasyqi..
Di lahirkan di Damsyik, Syria.

Kepakaran beliau adalah di dalam bidang hadis dan qiraat.

Terkenal dengan sikap  tawaduk, berakhlak mulia, rajin beribadah dan qiyamullail

Beliau antara tokoh yang banyak menulis karya dan dikurniakan Allah dengan kebolehan bercakap dan kepandaian menulis.

Kata Imam As Suyuti, "aku bergantung kepada para muhaddis (ahli hadis ) sekarang kepada 4 orang tentang perawi dan cabang ilmu lain iaitu Al-Mizzi, Al-Zahabi, Al-'Iraqi dan Ibnu Hajar

Beliau wafat pada tahun 748 Hijrah.

Karya beliau tentang al Kabair ini pernah di seleweng oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Lalu di nisbahkan karya tersebut kepada Imam Zahabi.

Kepalsuan kitab tersebut disedari apabila ada ulama melakukan tahqiq (analisis) atau semak semula dan mendapati ada hadis palsu yang terkandung di dalamnya.

Sebelum diteliti, terdapat buku yang mengandungi 100 dosa besar, 80 dosa besar dan lain - lain lagi.

Jadi selepas di teliti, di dapati karya yang sebenar mengandungi 76 dosa besar sahaja yan dibicarakan oleh Imam Al Zahabi

Kata pengarang kitab, Rahimahullah,
Sebagai muqaddimah,

"segala puji bagi Allah atas nikmat keimanan dengan-Nya, dgn kitab, para Rasul, para Malaikat dan segala ketentuan-Nya.

Semoga Allah melimpahkan selawat kepada Nabi kita Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga baginda, dan para penolong baginda.

Semoga dengan selawat yang berkekalan, membolehkan kita bersama disamping baginda di Syurga.

Tempat kekal abadi...

Kata pengarang lagi,

Ini adalah kitab yang berguna untuk mengetahui dosa besar secara umum dan terperinci.

Semoga Allah menjauhkan kita dari Dosa besar tersebut.

Firman Allah SWT :

An-Nisa' ayat 31

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُّدْخَلًا كَرِيمًا

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).

Melalui ayat ini, Allah telah menjamin syurga bagi orang yang menjauhi dosa besar

Ash-Syura ayat 37

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.

An-Najm ayat 32

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقٰىٓ

(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil.

Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pengarang mengarang kitab ini sebagai panduan kepada kita..

Panduan apa?

Bukan panduan kenali dosa untuk dinilai pada orang lain.

Tetapi panduan untuk kita bermuhasabah, mengenali diri kita.

Adakah kita miliki ciri orang yang melakukan dosa besar ini

Maka, seharusnya kita sentiasa mencermin diri kita setiap hari, agar kita takut kepada Allah.

Dengan perasaan takut kepada Allah, kita akan menjauhi dosa besar ini.

Kitab Al - Kabair : Dosa - dosa besar. Karangan Imam Az - Zahabi terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?