Posts

Showing posts from April, 2020

Sejarah Syirik

✏️ Sejarah Syirik. بسم الله االرحمن الرحيم، Ibnu Jarir (2/334)menukilkan daripada Ibnu Abbas RA. Bahawa beliau menceritakan tentang kesyirikan manusia.  Kata Ibnu Abbas RA.  Manusia tidak pernah syirik kepada Allah sebelum zaman Nabi Nuh AS. Antara Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS terdapat 10 generasi (1000 tahun).  Ketika zaman Nabi Nuh AS, manusia mula memyembah selain daripada Allah. Lalu Allah utus Nabi Nuh AS. Tetapi yang mendengar seruan Nabi Nuh AS tidak sampai 100 orang selepas 950tahun berdakwah. Maka Allah bersihkan dunia ini dari kesyirikan. Selepas Nabi Nuh AS wafat, anak dan pengikutnya yang taat telah membina peradaban dunia dan melahirkan zuriat yang baharu.  Sampai satu saat, para pengikut Nabi Nuh AS juga mati. Oleh kerana sifat soleh mereka, mereka diingati dan para manusia pada ketika itu membina tugu / patung sebagai tanda peringatan dan penghormatan. Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut.  Selepas itu, muncul generasi baharu yang memuliakan mereka secara berle

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 6/6)

Ummu Salamah menjawab, "Wahai Rasulullah, mereka ditimpa dengan apa yang engkau lihat sekarang (sedih, kecewa, penat dan rindu tidak terlunas). Apa kata, kamu keluar daripada khemah tetapi tidak bercakap dengan siapa pun lalu kamu bercukur dan melakukan sembelihan. Jika kamu berbuat demikian, pasti mereka akan menurutimu." Hakikatnya, para Sahabat bukanlah ingin membantah, apatah lagi mengingkari perintah Rasulullah SAW. Mereka cuma ingin berunding. Nabi SAW pun melakukan saranan Ummu Salamah.  Melihat kelakuan Nabi SAW, fahamlah para Sahabat akan kesalahan mereka lalu mula menuruti Baginda. Ini berpunca daripada idea Ummu Salamah RA.  Selepas kewafatan Nabi SAW,  Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadith. Para Sahabat banyak merujuknya. Ummu Salamah pernah mewasiatkan agar sekiranya beliau meninggal dunia, Sa'd bin Zaid akan memimpin Solat Jenazah ke atasnya. Namun, umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT, Sa'd bin Zaid sendiri lebih dahulu meninggal daripadanya.  Pada sua

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 5/6)

Ummu Salamah RA terkenal dengan kebijaksanannya. Hal ini jelas sewaktu peristiwa Perjanjian al-Hudaibiyah. Pada tahun 6H, Nabi SAW telah mimpi bertawaf di Kaabah bersama para Sahabat. Lantaran itu, Baginda mengajak para Sahabat untuk melakukan ibadah umrah. Mereka menjangka bahawa umrah dapat dijalankan pada tahun itu namun Allah menangguhkan hasrat mereka pada tahun berikutnya. Kerinduan mereka kepada Kaabah tidak dapat dibendung lagi, maka berangkatlah Nabi SAW bersama 1400 orang sahabat. Mereka berangkat secara bersenjata kerana bersedia dengan sebarang kemungkinan. Setibanya di al-Hudaibiyah (kira-kira 20 km daripada kota Mekah), mereka dihalang oleh Musyrikin Mekah.  Nabi SAW lantas mengutus Uthman bin Affan sebagai wakil masuk ke dalam Mekah. Beberapa ketika selepas itu, Uthman masih tidak pulang dan Rasulullah menyangka bahawa dia telah dibunuh atau ditangkap oleh Musyrikin. Maka Nabi melaksanakan sebuah perjanjian yang dinamakan Bai'at al-Ridwan seperti yang dirakamkan Alla

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 4/6)

Pada suatu hari, ketika Ummu Salamah sedang membersihkan kulit binatang, datang seorang utusan Rasulullah SAW. Dia membersihkan tangan dan mengalu-alukan kedatangannya. Lalu disampaikan kepadanya lamaran daripada Baginda SAW. Ummu Salamah berkata, "Aku ini seorang perempuan yang kuat cemburu. Aku juga mempunyai anak yang ramai. Aku tiada wali (semuanya di Mekah). Aku juga sudah tua." Ketika itu, dia masih menyayangi Abu Salamah dan berasa tidak layak untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Dia menyambung, "Orang seperti aku, tidak layak untuk dinikahi." Ketika itu, Rasulullah SAW sudah beristeri 4 iaitu Saudah, Aisyah, Hafsah dan Zainab. Nabi membalas, "Adapun kamu katakan kamu sudah tua, aku lebih tua daripadamu. Adapun anakmu ramai, tidak mengapa, aku akan uruskan. Adapun kamu kuat cemburu, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar dihilangkan kecemburuanmu. Adapun kamu tiada wali, jika wali kamu mengetahui bahawa aku akan menikahimu, mereka pasti akan reda." U

Hadis berkaitan Wabak Akhir Zaman

Soalan : Assalamu’alaikum ustaz.  Saya ingin bertanya tentang status hadis yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid- 19 ini yang menyatakan :  ‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ -  Riwayat Al-Thabrani.  Persoalan saya, adakah hadis ini sahih ? Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t.  Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.  Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : لَ

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 3/6)

Ada sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa di akhirat kelak, si isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana hadis ini, sebilangan para Sahabat melarang isterinya menikahi orang lain setelah mereka meninggal dunia contohnya Huzaifah. Ummu Darda' menolak lamaran Muawiyah juga kerana hadis ini. Hubungan Ummu Salamah dan Abu Salamah sangat kuat dan kukuh. Ketika sedang sakit, Ummu Salamah menceritakan hadis ini kepada Abu Salamah dan berkata, "Wahai suamiku, marilah kita mengikat janji. Kalau saya meninggal, kamu jangan bernikah selepasku dan kalau kamu meninggal, aku tidak akan menikahi orang lain." Lalu Abu Salamah bertanya  "Adakah kamu taat kepada aku, wahai Ummu Salamah?" "Ya", jawab isterinya.  Abu Salamah menyambung, "Oleh itu, jika aku mati kamu kahwinlah lagi." Kemudian dia mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, anugerahkanlah kepada Ummu Salamah suami yang lebih baik daripada aku. Lelaki itu t

Tekanan Perasaan

✏️ Tekanan Perasaan selepas 19 Hari PKP.  بسم الله الرحمن الرحيم، Segala puji bagi Allah, yang telah memberi pelbagai ni'mat.  Terperap atau terkurung dalam sebuah tempat tanpa dapat melakukan rutin kebiasaan, akan menyebabkan hati tidak keruan.  Tidak dapat berkumpul, beriadah, bersembang, bersenda gurau seperti biasa ditempat kerja, di masjid, di taman rekreasi, di kedai makan dan lain - lain.  Tekanan ini normal bagi orang yang diganggu rutin kebiasaannya.  Namun begitu,  Dalam keadaan memelihara nyawa lebih utama, maka, kita perlu hadapi situasi ini dengan sabar dan tabah.  Pesanan ini Allah rakam dalam Firman-Nya ketika Rasulullah SAW mengalami tekanan yang menyempitkan jiwanya:  An-Nahl ayat 127 وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِى ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada

Disebalik doa itu senjata

✏️Disebalik doa itu senjata. Ketika saat wabak melanda, selain mematuhi perintah kerajaan, sebagai seorang Muslim,kita berdoa kepada Allah.  Doa terkenal dengan sifatnya sebagai senjata Mukmin.  Jika digambarkan sebagai senjata yang hebat, maka, pengendali senjata juga mestilah hebat.  Bayangkan, keris yang tajam dan berbisa, dihayun oleh pendekar yang ulung, tangan yang kuat dengan penggerakan yang tangkas. Digunakan pada waktu yang tepat.  Maka, keris itu sangat berkesan.  Tetapi, jika keris yang sama digunakan oleh orang biasa, tangan yang cacat dan lemah, kesannya juga akan berkurang atau tiada langsung.  Begitulah doa,  Seorang Muslim, menadah tangan berdoa dilindungi dari wabak penyakit.  Tetapi hatinya tiada keikhlasan, tiada keyakinan.  Makanan dan minumannya dari sumber yang haram. Lidah yang menyebut doa pula banyak cercaan dan makian.  Akalnya penuh dengan kelalaian.  Dirinya penuh dengan maksiat.  Lalu dia berputus asa dan mengatakan Allah tidak mendengar doanya.  Layak kah

Berjimat ketika musibah

✏️Berjimat ketika musibah.  Waktu wabak atau musibah merupakan waktu susah dan sulit bagi setiap individu. Pelbagai masalah akan muncul memberi tekanan.  Ada yang sakit,hilang pekerjaan, tiada pendapatan, kelaparan, tekanan mental dan sebagainya.  Dan disebalik kesulitan ini, janganlah kita berterusan dengan cara hidup yang bersenang lenang.  Saat ini.. Kita pandanglah dengan mata hati kita, apa yang Allah telah tunjukkan kepada kita di dalam Al-Quran melalui Firman-Nya : Yusuf ayat 47 قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِى سُنۢبُلِهِۦٓ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Yusuf ayat 48 ثُمَّ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiska

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 1/6)

Allah SWT memilih setiap isteri Nabi SAW dengan sebab yang tersendiri dan khusus. Allah SWT pernah memberi pilihan kepada mereka, antara kesenangan dunia atau kesusahan bersama Nabi lalu mereka semuanya memilih yang kedua. Diriwayatkan bahawa rumah Nabi SAW pernah tidak menyala api, iaitu tiada masakan makanan selama 2 bulan. Ditanya kepada A'isyah apa yang mereka makan, A'isyah menjawab, "al-Aswadan," iaitu kurma dan air. Setiap sejarah ibunda kita ini, wajar digali tauladannya. Wanita yang akan dikupas kisah hidupnya kali ini adalah wanita dalam kalangan Assabiqun al-Awwalin, dia juga wanita al-Hijratain (dua kali berhijrah, Habsyah dan Madinah), dialah wanita pertama yang berhijrah ke Madinah, dialah Ummul Mukminin. Nama asal Ummu Salamah RA adalah Hind bint Abi Umayyah ibn Mughirah, daripada Bani Makhzum. Bersepupu dengan Khalid al-Walid dan Abu Jahal. Beliau juga adalah saudara susuan kepada Ammar bin Yasir. Ummu Salamah terkenal sebagai wanita yang cerdas dan je

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 2/6)

"Aku ingin turut serta bersama suamiku di Yathrib", jawab Ummu Salamah. Uthman bin Talhah bertanya lagi, "Ada orang menemani kamu dalam perjalanan?" "Demi Allah, tiada yang menemaniku selain Allah dan anakku ini", ujar Ummu Salamah. Uthman menyambung, "Demi Allah, orang seperti kamu perlu ditolong." Tanpa bertangguh, maka dia mengambil tali unta dan memimpin perjalanan menuju Yathrib.  Ummu Salamah pernah berkata, "Aku tidak pernah menemui lelaki Arab yang lebih mulia daripada Uthman bin Talhah. Setiap kali kami menghampiri perhentian, Uthman akan menambat untaku dan mendudukkannya. Lalu dia akan menjauhi diriku. Aku akan turun bersama dengan anakku ke tempat istirehat. Lantas Uthman akan datang semula mengambil untaku bersamanya dan pergi mengambil tempat rehat yang agak jauh daripada kami. Ketika waktu telah tiba untuk menyambung perjalanan, Uthman akan mengambil untaku, mendudukkannya lalu memasang pelananya dan berkata, 'Naiklah.'