SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 3/6)


Ada sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa di akhirat kelak, si isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana hadis ini, sebilangan para Sahabat melarang isterinya menikahi orang lain setelah mereka meninggal dunia contohnya Huzaifah. Ummu Darda' menolak lamaran Muawiyah juga kerana hadis ini.

Hubungan Ummu Salamah dan Abu Salamah sangat kuat dan kukuh. Ketika sedang sakit, Ummu Salamah menceritakan hadis ini kepada Abu Salamah dan berkata, "Wahai suamiku, marilah kita mengikat janji. Kalau saya meninggal, kamu jangan bernikah selepasku dan kalau kamu meninggal, aku tidak akan menikahi orang lain." Lalu Abu Salamah bertanya 

"Adakah kamu taat kepada aku, wahai Ummu Salamah?"

"Ya", jawab isterinya. 

Abu Salamah menyambung, "Oleh itu, jika aku mati kamu kahwinlah lagi."

Kemudian dia mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, anugerahkanlah kepada Ummu Salamah suami yang lebih baik daripada aku. Lelaki itu tidak menyedihkanku dan tidak akan menyakitinya." 

Saat sakaratul maut, Abu Salamah berdoa, "Ya Allah, gantikanlah yang lebih baik daripada diriku buat keluargaku." Akhirnya dia meninggal dunia.

Setelah kematian Abu Salamah, Ummu Salamah bertanya kepada dirinya, "Siapakah yang lebih baik daripada suamiku?"

Nabi SAW datang menziarahi keluarga itu dan menutup mata Abu Salamah yang terbuka. Baginda bersabda, "Ketika keluarnya ruh (melalui ubun-ubun), mata akan turut mengikuti (arahnya)." Nabi SAW menyambung, "Kalian sedang sedih. Maka janganlah berdoa melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat akan mengaminkannya." Ini sebuah refleksi kepada kita agar tidak terlalu beremosi selepas kematian orang tersayang.

Sewaktu kematian Abu Salamah, Ummu Salamah berada dalam keadaan yang sangat sukar kerana sedang mengandungkan anak terakhirnya, Zainab. Menurut Fiqh, perempuan yang sedang mengandung akan tamat 'iddahnya selepas beranak. 

Lelaki pertama yang melamar Ummu Salamah adalah Abu Bakar as-Siddiq, ditolak. Kemudian Umar al-Khattab, juga ditolak.

.....

Oleh: Asim MHatta

Langgan Seerah Daily
https://t.me/seerahdaily

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?