Tekanan Perasaan

✏️ Tekanan Perasaan selepas 19 Hari PKP. 

بسم الله الرحمن الرحيم،

Segala puji bagi Allah, yang telah memberi pelbagai ni'mat. 

Terperap atau terkurung dalam sebuah tempat tanpa dapat melakukan rutin kebiasaan, akan menyebabkan hati tidak keruan. 

Tidak dapat berkumpul, beriadah, bersembang, bersenda gurau seperti biasa ditempat kerja, di masjid, di taman rekreasi, di kedai makan dan lain - lain. 

Tekanan ini normal bagi orang yang diganggu rutin kebiasaannya. 

Namun begitu, 

Dalam keadaan memelihara nyawa lebih utama, maka, kita perlu hadapi situasi ini dengan sabar dan tabah. 

Pesanan ini Allah rakam dalam Firman-Nya ketika Rasulullah SAW mengalami tekanan yang menyempitkan jiwanya: 

An-Nahl ayat 127

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِى ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ

Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

Selain itu,

Allah Jalla Wa 'Ala turut memujuk kita dengan ayat - ayatnya yang Agung. Bacalah sebagaimana kita berbual dengan Allah. 

Firman Allah SWT  :

 Al-Insyirah ayat 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

 Al-Insyirah ayat 2

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ

dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

 Al-Insyirah ayat 3

الَّذِىٓ أَنْقَضَ ظَهْرَكَ

yang memberatkan punggungmu?

 Al-Insyirah ayat 4

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,

 Al-Insyirah ayat 5

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

 Al-Insyirah ayat 6

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Al-Insyirah ayat 7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

 Al-Insyirah ayat 8

وَإِلٰى رَبِّكَ فَارْغَب

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Semoga Allah memberi kesabaran kepada kita. Memberi keampunan kepada kita. 

Dan semoga Allah membebaskan Negara kita dan dunia ini dari wabak covid 19.

Mohd Nasyran
Utara Perak
10.45am.
5/4/2020

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?