Posts

Showing posts from June, 2023

Jangan Ucap Terima Kasih Kepada Isteri

✏️ Jangan Ucap Terima Kasih Kepada Isteri.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Para suami, saya cadangkan jangan ucap terima kasih kepada isteri atas apa juga kebaikan yang isteri lakukan pada kita.  Sebaliknya ucapkan جزاك الله خيرا جزاء Maksudnya : Semoga Allah balas kebaikan kamu dengan sebaik-baik ganjaran.  Atau  جزاك الله خيرًا الجنة Maksudnya : Semoga Allah ganjari kamu dengan Syurga.  Barangkali mereka akan rasa lebih dihargai dan meluruskan hati mereka untuk akhirat.  ان شاء الله.

Masalah Rumahtangga : Punca dan penyelesaian

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد ، Masalah rumahtangga – Tekanan Hidup Berkeluarga. Punca : 1. Halangan Komunikasi – Suami atau Isteri tidak memahami mesej sebenar yang disampaikan oleh pasangan. 2. Hubungan Seksual – tidak berkeinginan, lemah tenaga batin, layanan dingin, tidak mahu berhubungan kerana penyakit atau tidak suka kepada pasangan. 3. Perbezaan sahsiah – berbeza pekerjaan, keturunan, Pendidikan. 4. Pengabaian tanggungjawab – suami tidak memberi nafkah sewajarnya dan terpaksa ditampung oleh isteri. Isteri dingin terhadap suami dan tidak memberi layanan sewajarnya kepada suami. 5. Akhlak dan tingkah laku buruk – malas, panas baran dan suka berhutang. 6. Karenah Anak-anak – anak suka meragam dan tidak mendengar arahan ibu bapa. 7. Gangguan keluarga sendiri atau mentua – suka campur tangan, mengkritik, memandang rendah, membebankan anak atau menantu. Cara menangani masalah : 1. Menganalisis diri, bermuhasabah

Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?

✏️Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد ، Adakalanya kita melihat orang gemar beribadah, sehingga berlebihan serta melampau dalam hal sunat. Lantas meninggalkan perbuatan yang lebih utama.  Tidak ketinggalan, orang yang ingin beribadah, tetapi gemar mengambil jalan mudah hingga menjadi malas dan lesu. Lantas meninggalkan segala syarat yang menjadi dokongan kepada terhasilnya pahala ibadah.  Ini merupakan sikap melampaui batas yang dibenci Allah SWT. Terlalu ekstrim sehingga agama Islam mendapat fitnah. Terlalu longgar hingga agama Islam mendapat fitnah juga.  Alasannya apa? Agama itu mudah, jangan menyusahkan. Mafhum hadis Nabi SAW.  Hakikat sebenar Hadis ini adalah mudahkan cara beramal. Bukan bermudah-mudah untuk mengeluarkan hukum untuk beramal.  Satu kaedah yang dibawakan oleh ahli Hadis adalah : يَجِبُ تَفْسِيْرُ الدَّلِيْلِ وَفَهْمُهُ بِاعْتِدَالِ مِنْ غَيْرِ إِفْرَاطٍ وَلَا ت

Korban haiwan betina

✏️ Bolehkah korban haiwan betina?  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Soalan Inbox...  Boleh ke korban lembu betina?  Jawapan : Dibolehkan.  Perincian : Rukun korban terdiri dari Haiwan Ternakan, Niat dan Perbuatan menyembelih. Jantina korban bukan sebahagian dari rukun korban. Namun, haiwan ternakan jantan lebih baik dari betina kerana tubuh yang lebih tegap dan lebih berisi.  Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin menyatakan bahawa : "Binatang jantan lebih afdal dari betina jika jantan tadi tidak banyak kahwin. Dan jika sudah banyak berkahwin maka yang betina yang belum pernah melahirkan lebih baik dari jantan yang sudah banyak berkahwin." الله اعلم.  Mohd Nasyran  543pm.