Posts

Showing posts from July, 2021

Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.

✏️Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah. Kedua - dua Imam dalam mazhab aqidah seringkali dikatakan sebagai ahli bidaah yang membawa fahaman falsafah dalam aqidah Islam.  Hakikat sebenar mereka dibela oleh para ulama dalam karangan mereka sebagaimana berikut : Kata Imam Zabidi RH,  diketahui bahawa 2 orang Imam Aqidah (Abu Hasan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi)  - semoga Allah balas kebaikan mereka berdua atas jasa kepada Islam - mereka tidak merekayasa pandangan mereka tentang aqidah.  Mereka tidak mencipta mazhab, tetapi kedua - duanya memperakui mazhab aqidah Salaf.  Mereka mempertahankan aqidah yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah SAW.  Imam Abu Hasan mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan Nas-nas dari jalan Imam Syafi'e sebagai dalil bagi dirinya. Imam Abu Mansur pula mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan nas - nas dari jalan Imam Abu Hanifah sebagai dalil bagi dirinya.  Dan mereka berdua berdebat denga