Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.



✏️Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.

Kedua - dua Imam dalam mazhab aqidah seringkali dikatakan sebagai ahli bidaah yang membawa fahaman falsafah dalam aqidah Islam. 

Hakikat sebenar mereka dibela oleh para ulama dalam karangan mereka sebagaimana berikut :

Kata Imam Zabidi RH,  diketahui bahawa 2 orang Imam Aqidah (Abu Hasan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi)  - semoga Allah balas kebaikan mereka berdua atas jasa kepada Islam - mereka tidak merekayasa pandangan mereka tentang aqidah. 

Mereka tidak mencipta mazhab, tetapi kedua - duanya memperakui mazhab aqidah Salaf. 

Mereka mempertahankan aqidah yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah SAW. 

Imam Abu Hasan mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan Nas-nas dari jalan Imam Syafi'e sebagai dalil bagi dirinya.

Imam Abu Mansur pula mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan nas - nas dari jalan Imam Abu Hanifah sebagai dalil bagi dirinya. 

Dan mereka berdua berdebat dengan golongan bida'ah dan sesat hingga golongan ini berhenti terdiam dan berpaling kerana kalah dalam berhujah. 

Ini adalah hakikat sebenar sumber Jihad yang benar. 

Dari
 اتحاف السادة المتقين بشرح احياء علوم الدين (2/6)

Sumber : Kitab Taudhihat Jaliyyah karangan Sheikh Dr. Hisham Kamil Al-Azhari.

Keterangan Tambahan :

Imam Abu Hasan mengikut Aliran mazhab Syafie dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi mengikut aliran Abu Hanifah. 

Ia berkenaan cara mereka memahami dan mengambil sumber asal Islam iaitu Al-Quran dan Hadis. 

Menurut Ustaz Zulhusni Mat Resat  Imam Abu Hasan berpandangan bahawa al-Qur'an tidak dapat dinasakh kecuali dengan al-Quran, dan Sunnah tidak dapat dinasakh kecuali dengan Sunnah pula, maka apabila ada sunnah lalu menaskah al-Qur'an maka Sunnah tersebut harus ada al-Qur'an yang menguatkan penasakhan tersebut, dan begitu pula sebaliknya. Hal ini sesuai dengan mazhab Imam Syafi'e.

Manakala Imam Abu Mansur Al-Maturidi menggunakan kaedah yang sama seperti Imam Abu Hanifah. Dia juga merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah, banyak pemikiran teologinya mempunyai persamaan dengan Abu Hanifah [Lihat: Abu Hanifah, Syarh al-Fiqh al-Akbar, Hyderabad, 1321H, h.22.].

الله اعلم 
Mohd Nasyran 
Utara Perak

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?