5 FASA MASA (Petanda Kiamat) episod 5

Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi, dari Nu'aman bin Basyir dan Huzaifah. Rasulullah SAW bersabda :
MASA KENABIAN itu ada ditengah - tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah MASA KHILAFAH yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an nubuwwah),adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya MASA KERAJAAN MENGGIGIT (Mulkan 'Addhan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya MASA KERAJAAN YANG SOMBONG (Mulkan Jabariyyan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah MASA KHILAFAH yang mengikut jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an nubuwwah),adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian baginda Rasulullah SAW diam.
Dalam 5 fasa masa ini, 3 fasa telah berlalu pergi, 1 fasa sedang kita lalui dan 1 fasa yang akan kita lalui pada masa akan datang.

5 fasa masa sebelum kiamat
 Fasa masa keempat ini sedang kita lalui sekarang dimana dajjal akan keluar, yakjuj dan makjuj juga akan keluar serta perbagai lagi tanda kiamat besar akan muncul pada fasa masa ke-4 ini.

1. Apakah yang diisyaratkan tentang 5 fasa masa dalam Hadith tadi?

Hadith tadi datang dari perawi yang Thiqah (boleh dipercayai) boleh dijadikan sebagai 'milestone' atau tanda aras bagi umat islam. Bermula dengan perjuangan Rasulullah SAW selam 23 tahun dan akhirnya dipimpin oleh Imam Mahadi.

Berkaitan dengan itu juga, akan turun Dajjal serta Nabi Isa AS dan ketika itulah pertembungan kemuncak antara yang Haq (Imam Mahadidan Nabi Isa A.S) dan yang Batil (Dajjal, Yakjuj dan Makjuj).

Nabi mengingatkan kepada umat islam akhir zaman bahawa hidup ini amat mencabar pada era itu. Fasa ke 4 ini, yang berkaitan dengan Mulkan Jabariyyan , yang berkaitan dengan pemerintahan kuku besir iaitu pemerintahan yang sangat zalim.

Bukan bermaksud tiada kebaikan, masih ada, tetapi dominasinya  adalah dari kuku besi. Umat islam ketika era ini masih ada dan perlu menghadapinya dengan satu kekuatan.

Hadith ini juga menyatakan tentang dimana umat islam berada dan perkara bersifat futuristik iaitu perkara masa depan. Perkara yang belum berlaku, tetapi Nabi SAW telah beritahu untuk persiapan menghadapi dan menanganinya.

Surah Ar- Rum ayat 41 - 42

Ar-RÅ«m:41 - Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-RÅ«m:42 - Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

2.Apakah maksud 5 Fasa masa mengikut turutan dari satu fasa ke satu fasa?

Fasa terbaik adalah fasa Nubuwwah. Baginda datang dengan wahyu iaitu Al-Quran. Dibantu dengan Sunnah iaitu Hadith iaitu perinciannya.  Zaman Nubuwwah ini tidak panjang, iaitu 23 tahun tetapi penuh keemasan dan berkualiti.

Kemudian disusuli dengan era yang bagus juga iaitu Khilafah Manhaj Nubuwwah. Khalifah Ar-Rasyidin diperintah oleh 4 orang sahabat yang Agung dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib selama 30 tahun. Satu era contoh untuk kita.

Hendaklah kamu mengikut sunnahku, Sunnah Khulafah Ar-Rasyidin yang berjalan di atas petunjukku - Al- Hadith 
Pengiktirafan Nabi SAW kepada cara pemikiran dan penyelesaian para Khalifah Ar-Rasyidin.

Misalnya kenapa Abu Bakar perangi orang yang enggan membayar zakat? apa kaedahnya? kaedah itu yang perlu kita ambil sebagai panduan.

Nabi kata  "gigit kaeah itu dengan gigi dan gusimu". Ertinya ia sangat penting.

Kemudian zaman berubah pada era ke 3 iaitu Mulkan 'Addhan (Pemerintahan Zalim). Ia melibatkan dinasti tertentu serta Raja tertentu.

1. Zaman Umaiyyah selama 90 tahun dengan 14 orang Khalifah
2. Zaman Abbasiyyah selama 500 tahun dengan 37 orang Khalifah
3. Wakil Umaiyyah di Andalusia (Sepanyol Hari ini) memerintah pada 711 masihi tetapi tidak dipanggil khalifah, di gelar sebagai Gabenor.
4. Ketika serangan Monggol Tartar ke atas Baghdad dan Iraq, Uthmaniyyah mula bertindak pada tahun 1298 masihi.
5. Kemuncak Era khalifah iaitu Uthmaniyyah selama 600 tahun dengan 37 orang Khalifah yang digelar Sultan.

Ini adalah fasa masa ke 3. Kepimpinannya tidak sempurna. tidak seperti Khalifah Ar-Rasyiddin, tetapi masih meletak syariat Islam di atas pemerintahan namun masih ada sudut kelemahan.

Walaubagaimanapun, masih ada kekuatan seperti di zaman Abbasiyyah, lahir ulama - ulama 4 mazhab. Selepas itu lahir para ulama Muhaddisin seperti Bukhari dan Muslim.

Selepas itu, era berubah ke fasa masa ke 4 iaitu Mulkan Jabbariyyan atau Pemerintahan Kuku Besi. Bermula dari keruntuhan empyar Uthmaniyyah pada tanggal 3 Mac 1924 masihi, Mustafa Kamal Atartuk naik untuk menghancurkan syariat. Syariat tidak penting lagi. Politik digunakan hanya untuk politik bukan berpolitik untuk menjadi khalifah Allah.

Politi itu tidak salah, yang salah Adalah manusia. Jika dibuat berdasarkan panduan Allah, Politik sangat bagus.

Apabila Syariat tidak lagi penting, maka lahirlah Islam bebas, Islam liberal iaitu lahirnya pemikiran bahawa Al-Quran merangsang manusia menjadi pengganas dan akhirnya Al-Quran tidak lagi berada di atas.

Di atas adalah formula rekaan manusia. Formula yang mengikut syahwat manusia dan mengenepikan Allah, itulah Mulkan Jabariyyah.

Orang yang berpegang pada syariat Allah akan hadapi cabaran yang besar seperti dituduh sebagai pengganas, akan digelar golongan warak yang tidak betul.

Selepas era ini, era Khilafa 'ala Minhajun Nubuwwah akan berulang semula dengan kedatangan Imam Mahadi yang akan memerintah (mengikut sebuah riwayat sahih) selama 7 tahun. Ketika itu, bumi akan subur, hujan turun, keadilan berleluasa, kemewahan akan diagih sama adil dan itulah era yang ditunggu umat islam.

3. Ada umat islam yang langsung tidak memikirkan tentang kedatangan kiamat. Ada yang berfikir dan mengkaji tetapi menokok tambah fakta di dalam Hadith dan Al-Quran. Dimanakah Kita tergolong? Sama- sama kita fikirkan. Dalam Fasa masa ke 4, akan keluar Dajjal salah satu tanda kedatanag Dajjal ialah keringnya air Tasik Tiberias. Apakah benar Dajjal akan Keluar dalam masa terdekat ini?

Tasik Tiberias
Tasik Tiberias dikaitkan dengan keluarnya Dajjal. Berdasarkan Hadith dari sahabat Thamim Addhan R.A yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
Ketika Dajjal bertanya para sahabat, adakah tasik ini masih digunakan untuk mengairi tanaman dan memberi minuman untuk haiwan? para sahabat menjawab, Ya, Maka Dajjal menjawab, satu hari dia akan mengeringkan tasik itu. - Al - Hadith
Seolah - olah pada ketika tasik itu kering, itulah era Dajjal. Tasik Tiberias yang kering diisyaratkan di dalam hadith sebagai kehadiran Dajjal, dimana tasik ini letaknya di utara Israel (kini). Bersempadan kepada 4 buah negara iaitu Syria, Lubnan, Jordan dan Israel. 21km panjang dan 13km lebar.

Orang israel memanggilnya Lake Kinneret. Di dalam Atlas pula di tulis sebagai Sea of Galilee. Pada tahun 2008, israel mengeluarkan kenyataan bahawa air tasik ini semakin mengering. Bermakna, Dajjal semakin hampir.

4. Jika diberi Skala 1-10 pada tahap kerosakan umat islam pada hari ini, 7-8 markah diberikan menuju keterukan. Apakah persediaan kita menghadapi era Dajjal ini?

Sabda Nabi Muhammad SAW, ketika era Dajjal, Nabi menyuruh kita membaca 10 ayat pertama dari Surah Al - Kahfi. Ada riwayat menyuruh kita membaca 10 ayat terakhir Surah Al- Kahfi. Implikasi sebenar adalah bukan sekadar membaca, tetapi membaca ala sahabat iaitu membaca dan melaksana.

Surah Al - Kahfi ayat 1 :


Al-Kahf:1 - Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

Era kita tinggal ini penuh liku dan bengkang bengkok. Era kita banyak sekularisme iaitu mebezakan agama dengan kehidupan, ada juga Machiavellianisme iaitu niat suci tetapi cara tidak betul dan ada juga Hedonisme iaitu mengikut hawa nafsu manusia. Maka kekallah kita dalam kalangan orang - orang yang berfikir.

5. Adakah kita tidak perlu berusaha dalam Fasa keempat ini? 

Hadith riwayat Bukhari :

Akan ada satu golongan dari umat ini yang akan terus menerus menegakakan kebenaran, sesiapa sahaja yang mendatangkan mudarat pada mereka ini, tidak akan mendatangkan kesan kepada mereka sehingga hari kiamat. - Al Hadith 
 Golongan ini bertindak sentiasa berusaha meneruskan dakwah islam, sentiasa berjuang untuk islam dan terus menerus menghayati islam. Maka seharusnya kita tidak berpeluk tubuh sahaja untuk menunggu kedatangan Imam Mahadi memerangi Dajjal.

Surah Al- Mukminun ayat 99 - 100


Al-Mu'minÅ«n:99 - Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) 
Al-Mu'minūn:100 - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Analisis bersama Dr. Daniel Zainal Abidin
Indikator Al-Quran dari Ustaz Tarmizi.
#halaqahtv9

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?