Kenapa Ada Kiamat? (Petanda kiamat) episod 2
1. Setelah alam dicipta indah, mengapa kiamat pula dicipta?
Kiamat merupakan lambang kehancuran, secara dasarnya, Allah ada kehendak....
Surah Yassin Ayat 82
Yā-Sīn:82 - Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
Surah Ali Imran ayat 185
'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Hari Akhirat adalah hari Hisab, hari Ganjaran, bukan tempat untuk beramal. Dunia sekarang adalah tempat beramal iaitu dunia Kasab. Maka ketika manusia di dunia ini, 'mind set' kiamat yang betul dan benar adalah untuk persediaan hari kiamat.
Ketika manusia melakukan aktivitinya, manusia akan sentiasa berfikir tentang kiamat. Apa yang akan terjadi kepada kita di sana nanti?
Kiamat menjadi 'kompas' di dunia, oleh itu, kompas kita perlulah betul supaya elok di akhirat. Untuk elok diakhirat, di sini perlu elok. Kiamat yang menjadi arah tuju yang betul iaitu mengikut syariat islam akan menjadikan kewujudan serta penciptaan kiamat itu melahirkan manusia yang menuju kebaikan.
Kiamat perlu ada supaya manusia menyedari bahawa tindak tanduknya, tindakannya akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat nanti.
Akhirat merupakan tempat balasan yang sempurna. Menurut ahli Sufi," dunia ini adalah tempat bercucuk tanam dan diakhirat nanti adalah tempat menuai keuntungan."
Kecemerlangan hakiki bukan pada cemerlangnya pelajaran, tetapi apabila dijauhkan dari neraka dan dikurniakan syurga.
2. Terdapat kelompok manusia yang tidak mempercayai kiamat, siapakah mereka?
A. Golongan Atheist iaitu golongan yang menolak Tuhan dan Agama sekaligus menolak segala peranan Tuhan. Dalam jiwa mereka tiada Tuhan. Bagi mereka tiada kehidupan selepas mati, tiada bukti dan tiada isyarat. Peratusan golongan ini tidak tinggi tetapi semakin meningkat. Mereka ini berfikiran kritikal sehingga ingin pembuktian dalam semua perkara.
B. Golongan Saintism. Sains itu bagus tetapi tidak sainstism. Kepercayaan ini menolak perkara yang tiada bukti saintifik. Kepercayaan tentang alam ghaib tidak diterima oleh mereka.
Surah an nur ayat 40
An-Nūr:40 - Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
Bagaimana ingin mengkaji alam ghaib guna sains? maka golongan saintism menolak hal ini.
Surah Al- Hujarat ayat 1
Al-Ĥujurāt:1 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Bahaya bila akal tidak berpandukan wahyu.
3. Bagaimana perbetul golongan penolak agama?
Mereka perlu didekati, setiap orang di dunia ini perlu dakwah islam. Sebagaimana Rasulullah SAW berdakwah dengan masyarakat bukan islam. Golongan saintis, kadangkala menolak agama pada peringkat awal. Namun, apabila mereka mengkaji, mereka akan melihat kompleksnya ciptaan alam ini tetapi sangat sistematik.
Dr Anthony Flew misalnya, beliau merupakan pakar Atheist. Beliau akhirnya mengkaji DNA. Beliau melihat DNA sangat kompleks tetapi mengikut aturan dan sistem tersendiri. Siapa yang mengajarnya? akhirnya, selepas 50 tahun, Dr. Anthony Flew percaya adanya tuhan "There is a God".
Dr Anthony Flew misalnya, beliau merupakan pakar Atheist. Beliau akhirnya mengkaji DNA. Beliau melihat DNA sangat kompleks tetapi mengikut aturan dan sistem tersendiri. Siapa yang mengajarnya? akhirnya, selepas 50 tahun, Dr. Anthony Flew percaya adanya tuhan "There is a God".
4. Komunikasi bagaimana boleh dekati golongan penolak agama?
Allahu'alam.... Pintu masuk kepada Allah ialah akal melalui
Surah Al - Baqarah ayat 186.
Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Tanda ada Tuhan bagi orang yang mahu berfikir. Allah tiada tanda fizikal, tetapi kamu percaya ada Allah jika menggunakan akal. Jika mahu berfikir.
5. Bagaimana petanda dunia ini pasti berakhir?
Ia dikaitkan dengan alam atau perkara ghaib. Ia juga berdasarkan dalil iaitu dari Al- Quran dan As- Sunnah. Maka ia menegaskan kewajipan percaya pada hari kiamat.
Dekat atau jauh kiamat itu?
Kita perlu berpegang pada hadis - hadis yang menyokong kiamat iaitu hadis yang menceritakan tanda - tanda kiamat. Ada ulama mengkategorikan tanda - tanda ini kepada 3 iaitu yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.
Dr. Ali bin Hakimi melalui sahih Bukhari menyatakan Nabi Muhammad SAW pernah bercakap kepada Saidina Ali bin Abi Talib, " jika umurmu panjang, kamu akan melihat wanita berjalan sendirian dari Hira' (Iraq hari ini) ke Mekah dan bertawaf sendirian tanpa ketakutan". Ali berkata " aku sempat melihat keadaan itu. Nabi berkata lagi kepada Ali, "jika umurmu panjang, kamu akan melihat Islam mengusai Parsi" dan Ali menjawab "itu juga aku sempat". Rasulullah berkata lagi, " jika umurmu panjang, kamu akan melihat manusia menggunakan cemeti untuk menyebat manusia lain" Ali menjawab " yang ini aku tidak sempat". Namun, kita yang hidup selepas zaman itu, telah melihat kejadian ini. Ia tanda kiamat yang telah berlaku.
Tanda - tanda lain melalui pandangan dari sudut agama
a) KEJAHILAN
b) SEKS BEBAS
c) ARAK
d) Ruwaibidah (timbul orang Jahil tetapi banyak bercakap tentang agama) dari Hadis riwayat Ahmad tarafnya Hassan.
Tanda- tanda melalui sudut Sains
Laporan dari The Guardian bertarikh 10 Ogos 2015 yang bertajuk 'Universe slowly dying as old stars fade faster than new ones born'. Ini adalah tanda dunia semakin tua dan menuju kehancuran. Para saintis juga menerima bahawa alam ini akan hancur.
6. Adakah kiamat sudah dekat?
Memang sudah dekat, semakin dekat. banyak tanda kecil telah keluar. Isyarat tanda besar akan keluar juga telah nampak.
Surah Muhammad ayat 18
Muĥammad:18 - (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
7. Kenapa alam semesta bukan kehidupan abadi?
Surah Al- Ankabut ayat 64
Al-`Ankabūt:64 - Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Kitab Ibnu Katsir menyatakan 'hayawan' yang Allah tegaskan adalah Kekal Abadi. Dunia sementara lawan Dunia Kekal. 'Disana' ialah 'hayawan'. kehidupan sebenarnya.
Surah Ibrahim ayat 48
'Ibrāhīm:48 - (Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
Allah ingin menggantikan dunia ini dengan dunia yang lebih baik.
8. Kenapa kita bincang tentang kiamat?
Supaya kita dapat membentuk minda untuk bersedia pada hari kiamat kerana ia PASTI datang.
Surah An-nisa ayat 77
Surah An-nisa ayat 77
An-Nisā':77 - Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".
Membaca Al-Quran dengan kefahaman akan memberi kesan yang mendalam kepada hati. Beriman dengan kiamat mestilah dengan hati.
Hadis Bukhari menyatakan bahawa tidak akan jadi kiamat jika :
a) Islam tidak menguasai Baitul Maqdis. - pada zaman Umar Al- Khattab, Baitul Maqdis dikuasai tentera Islam.
b) Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia mati seperti kambing - kambing bergelimpangan. - pada tahun 18 Hijrah, manusia mati sperti kambing bergelimpangan akibat jangkitan kolera.
Tanda kiamat telah pun berlaku satu demi satu.
Hadis Bukhari menyatakan bahawa tidak akan jadi kiamat jika :
a) Islam tidak menguasai Baitul Maqdis. - pada zaman Umar Al- Khattab, Baitul Maqdis dikuasai tentera Islam.
b) Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia mati seperti kambing - kambing bergelimpangan. - pada tahun 18 Hijrah, manusia mati sperti kambing bergelimpangan akibat jangkitan kolera.
Tanda kiamat telah pun berlaku satu demi satu.
9. Barat juga tidak lekang dari mengkaji kiamat. Banyak kajian mahupun teori tentang berakhirnya dunia telah mereka paparkan.
Mereka yakin bahawa alam ini akan hancur. Bagaimana? antara teori dari Barat yang popular ialah :-
The Big Rip |
a) The Big Rip. ( Koyakan besar) mereka percaya bahawa alam ini mengembang dari zaman ke zaman dan akhirnya akan berakhir dengan koyakan.
The Big Freeze |
b) The Big Freeze. ( Kesejukan) mereka percaya bahawa alam ini akan beku dan tiada lagi makhluk kerana semua tenaga habis digunakan.
The Big Slurp |
c) The Big Slurp. ( Alam lain) mereka percaya bahawa ada alam lain yang akan berlanggar dengan alam kita.
The Big Crunch |
d) The Big Crunch - berlawanan dengan Big Bang iaitu alam ini menguncup dan termampat. mereka percaya bahawa pada hari kiamat nanti, alam ini akan terlipat seperti buku. Terdapat sedikit persamaan dengan Al-Quran tetapi ia bukan aqidah kita kerana kita berpandukan Al-Quran.
Surah Al- Anbiya ayat 104
Al-'Anbyā':104 - (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
AL QURAN ADALAH TETAP SERTA BENAR.
Analisis bersama Dr. Daniel Zainal Abidin
Indikator Al-quran oleh Ustaz Tarmizi.
#Halaqahtv9
Comments
Post a Comment